
Isi Kandungan
ToggleCuti sekolah yang masih berbaki beberapa hari lagi ini, apa kata penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba buat sendiri ‘Giant Bubble’ atau buih sabun ni. Biasanya, buih sabun ‘Giant Bubble’ ini dijual ditepi pantai atau di taman-taman rekreasi dengan harga RM5 untuk 1 mangkuk kecil.
Mak ayah tak perlu nak merungut lagi dah bila anak minta belikan giant bubble ni. Buat sendiri lagi senang, puas hati & paling penting jimat kos. Anak-anak pun pasti suka dengan aktiviti ini dan boleh main sepuas hati. Jom cuba, ikut langkah dibawah ni.
Bahan-Bahan:
250 ml pencuci pinggan
4 sudu besar tepung ubi kayu/jagung
1.5 liter air
1 sudu besar serbuk penaik
Cara Membuat (Buih Sabun):
Campurkan kesemua bahan-bahan ini dan kacau sebati.
Bahan-Bahan:
Penyangkut baju jenis dawai
Tali jenis kain
Pita Pelekat
Cara Membuat (Bubble wand/ pemegang):
1.Lenturkan penyangkut baju jenis dawai seperti dalam gambar.
2.Lilitkan dengan tali jenis kain pada sekeliling penyangkut ini.
3.Lilitkan dengan pita pelekat pada bahagian pemegang.

Info Ekstra:
Pastikan pencuci pinggan mempunyai kadar kepekatan yang tinggi.
Penggunaan tali jenis kain membantu penyerapan buih sabun yang lebih banyak dan menghasilkan ‘giant bubble’ yang lebih berkualiti.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Pesanan Penting Bila Guna Steam Iron Macam Ni

Isi Kandungan
ToggleSteam Iron atau seterika Stim menjadi idaman ramai sebab fungsinya yang best walapun harganya agak mahal. Ia memudahkan mak-mak sebab kerja mengosok jadi lebih cepat dan pantas.Bila dah beli mahal, kena lah jaga lebih elok-elok seterika ini agar ia dapat bertahan lama serta tak mudah rosak.Sebab bila dah rosak kos nak baikinya pun boleh tahan harganya, lebih-lebih lagi jika warranty dah habis.
Baru-baru ini, Puan Wnsyakiran Wan Abdul Rashid ada kongsikan pesanan penting bagi pengguna steam iron macam ni. Ia berikutan seterikanya tidak berfungsi, mengalami masalah stim tak keluar serta air tangki berkeladak hingga perlu dihantar servis.
Steam Iron – Tip Penting
Berikut perkongsian wanita ini;
Setelah 11 hari kat service centre, akhirnya si purple ni pulang ke pangkuan keluarga.
Kena la RM350(nak raya ni oi)
Masalah: steam tak keluar, tangki ada keladak.
Barang yang diganti: valve, tank, & waterpump.
(Kepada yang tanya: warranty dah habis, dan saya dah guna iron ni dekat 3 tahun rasanya. Saya hantar ke philips service centre, saya google je kat mana. Bila hantar ke service centre, nanti mereka akan check dan bagi tahu apa masalah dan kos repair atau kos ganti, bila kita setuju baru mereka proceed untuk repair).
Pesanan kepada sesiapa yang menggunakan steam iron macam ni:
1. Kosongkan Tangki
Jangan biarkan air dalam tangki tu lama-lama. Paling baik setiap kali lepas guna, kosongkan tangki..kalau memang hari-hari guna masih ok tinggalkan dalam tu. Kalau contohnya balik kampung, bercuti, tinggalkan iron ni, tolong kosongkan tangki dulu ya. Kalau air bersih sekalipun, kalau ditinggalkan air dalam tu, masih boleh mengundang semut dan lain-lain masuk dalam tangki.
2. 2 Minggu Atau Sebulan Sekali Buat Descale
Kalau kuat guna better 2 minggu sekali buat descale or sebulan sekali tak payah tunggu lampu decalc nyala, masukkan air bersih dalam lubang easy decalc (time sejuk), keluarkan air kotor, buat sampai bersih.
3. Balut Cable
Untuk jaga cable, balut cable (tiub salur air/elektrik) untuk elak putus, rosak sebab bergesel dengan iron board.

4. Guna Air RO
Gunakan air bersih. (Kadang-kadang air paip pun ada time keruhnya kan, elakkan la) Elok guna Air RO yang takde mineral tu. kalau kat kedai yang air penutup putih tu.
5. Jangan Sambung Plug Ke Extension
Jangan sambungkan iron pada extension, Sebaiknya gunakan direct ke plug dinding. Sentiasa off plug dinding juga bila tidak menggunakan iron.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan panduan terutama buat mak-mak yang gunakan seterika jenis stim ini. Ada baiknya berhati-hati dalam menjaganya, bila dah rosak satu hal nak kena ganti dengan kos yang mahal pula.
Sumber:Wnsyakiran Wan Abdul Rashid
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cubalah Tanam Pokok Pudina Guna Keratan Batang Segar, Merimbun Daunnya!

Isi Kandungan
ToggleTeringin hendak ada pokok pudina di rumah? Cubalah tanamnya dengan menggunakan keratan batang yang segar. Cara ini lagi mudah sebab kita tak perlu semai anak benih pokok ini terlebih dahulu.
Boleh Cuba Tanam Pokok Pudina Guna Keratan Batang Segar Seperti Yang Disyorkan Oleh Euis Maemunah Dalam Grup Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Pudina atau mint, dengan nama saintifiknya Mentha Arvensisi, diketahui umum banyak sekali manfaatnya. Yang paling terkenal dan mudah disediakan adalah teh pudina. Teh pudina dikatakan mampu untuk menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut. (Cramps and colic).
Dengan banyak lagi manfaat lainnya, tentunya bila kita tanam sendiri, maka mudahlah kita untuk mendapat bekalan pudina bila-bila masa sahaja. Bila kena caranya, sebenarnya mudah saja tanam pudina ni. Benih pula boleh beli pudina yang dijual di market.
Kalau dapat keratan fresh, lagi tinggi peratusan pudina untuk hidup. Di bawah saya kongsikan pula cara penyediaan keratan pokok pudina/mint untuk ditanam. Sesiapa saja boleh tanam. Tiada alasan lagi tak boleh tanam pudina.
Artikel berkaitan:
Rupanya Selain Tanah, Ini 4 Medium Boleh Digunakan Untuk Bercucuk Tanam
Cara Tanam Pokok Pudina
Jom Kita Tengok Cara-Cara Tanam Pudina.
1. Beli segenggam /seikat pudina dari market.
2. Sediakan pasu yang diisi tanah. Tanah boleh beli tanah nursery yang siap guna. Atau guna tanah sedia ada.
3. Siram tanah sampai air menitis dari bawah pasu. Dengan kata lain, sampai tanah betul-betul basah.
4. Sediakan batang/keratan batang untuk ditanam. (Rujuk Gambar)
Potong batang dalam 4-5 inchi dari pucuk.
Setelah dipotong, sekarang buang pula daun yang paling bawah.
Setelah dibuang daun yang paling bawah.
Kemudian buang pula pucuk. Sebelah kanan yang dah siap potong.
5. Cucuk batang dalam tanah, paras daun paling bawah.
6. Letak tempat teduh.

7. Siram hanya apabila tanah nampak agak kering.
8. Selepas seminggu, Insya Allah akan mula naik pucuk baru.
9. Selepas itu, baru boleh letak baja, kalau boleh yang organik.Jika menggunakan baja npk, usahakan jauhkan dari batang pokok. Boleh menyebabkan lecur.Lepas ni, senang saja nak dapatkan pudina. Boleh buat teh bila-bila masa. Mudahkan? Jom tanam pudina.
-Nota PENTING :
KERAT selalu pudina yang dah membesar. Untuk jangka hayat yang panjang. Inilah tujuan dibuang pucuk, untuk menggalakan batang yang berada di antara daun membesar. Pokok cepat rimbun dan banyak.
Sumber: Euis Maemunah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tingkap Nako ‘Berwajah Baru,’ Tak Perlu Guna Modal Besar Pun Nak Bagi Lawa

Tingkap nako kebiasaannya mudah ‘ditemui’ di kediaman yang telah berusia binaannya. Tidak perlu ambil peduli andai ada orang cakap tingkap nako sudah tidak trend, tapi idea yang diolah dapat memberi nafas baru kepada tingkap kediaman.
Jika anda perasan, bagi pembangunan yang berkonsepkan industri dan minimalis, tingkap nako ini telah diguna pakai semula. Jadi bagi anda yang kediamannya menggunakan tingkap nako, jangan sedih. Ia masih ada nilai yang tersendiri.
Seperti yang dikongsikan oleh Pn Suhana Mat Rasau ini, bukanlah sesuatu yang rumit dan menelan belanja yang banyak. Cukup sekadar melekatkan mirror sticker pada setiap bilah tingkap.
Nak tahu cara pasang mirror sticker pada tingkap nako? Anda perlu ikut ENAM langkah mudah dan cepat ini.
Bahan-bahan:
1 gulung Mirror sticker (saiz 90cmx2cm @RM23.50)
Air bercampur sabun
Gunting atau pisau
Pen marker
CARA-CARA:
1. Keluarkan cermin dari bingkainya dan cuci bersih. Masa ini lah akak excersice, mana yang tidak pernah cuci tu boleh la bawak-bawak dicuci ye.
2. Dah kering betul, letak cermin atas gulungan mirror sticker. Ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin. Kepingan mirror sticker yang sudah siap dilukis tadi dijadikan sukatan untuk memudahkan ketika proses memotong bilah lain nanti
– Potong mirror sticker ikut panjang dan lebar yang telah di tanda
3. Basahkan cermin dengan air yang bercampur sabun sikit.
4. Buka kepingan plastik dari mirror sticker yang telah dipotong. Plastik lapik ini sangat nipis kena betul-betul tengok untuk kopek tu
5.Tampal pada cermin yang permukaannya licin dan rata. bukan yang bertekstur tau dan ratakan elok-elok. Gunakan kain untuk tolak mirror sticker dari tengah ke tepi di samping hilangkan gelembung udara (air bubble)
6. Cermin yang telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali dibingkai tingkap
Ini gambar bahagian dalam dan luar tingkap setelah dipasang mirror sticker. Mudah sahaja nak pasang tambahan pula kos murah dan tak makan masa yang lama pun.

Dengan pemasangan mirror sticker ini maka terjagalah privasi penghuni seisi rumah. Tiadalah orang luar boleh nampak terus ke dalam rumah.
Sumber: Suhana Mat Rasau
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI