Tanyalah mana-mana pasangan atau keluarga., pasti akan pernah mengalami keadaan seperti ini. Orang orang bermain guli, perabut atau kerusi di tarik dan tak kurang juga barang terhempas. Biasanya, keadaan ini berlaku bila tinggal di rumah bertingkat, pangsapuri dan sebagainya.

Fikirkan ada jiran di tingkat atas mengemas rumah, lebih teruk bila fikirkan jiran ‘tersangat rajin’ bila tengah-tengah malam masih lagi mengemas rumah. Ada juga yang pernah terkena keadan ini, sedangkan rumah di bahagian atas tidak ada penghuninya.

Kenapa keadaan ini berlaku dan seba apa. Adakah rumah yang kita diami itu ada masalah atau mungkin itu rumah atas sahaja.
Ini perkongsian daripada Tengku Daeng Mawelle tentang persoalan ini.

Tanda Rumah Kita

Ramai yang salah faham bila dengar bunyi perabot diseret , bunyi guli , bunyi pasir jatuh atas atap, bunyi barang dihempas, bunyi bertukang sedangkan di rumah jiran kita tu tiada orang. tak kira lah rumah flat, apartment dan condo.

IKLAN

Bunyi-bunyi macam tu bukan sebab rumah jiran kita tu berhantu , Tapi itu tanda dari rumah kita atau diri kita ni ada sesuatu berkaitan dengan gangguan jin/saka/sihir dan yang berkenaan.

Rumah kalau dah tak hidup dengan ibadah , sunnah nabi , dan mengaji al-quran , Memang tak pelik benda tu tinggal sekali dengan kita , Hanya kita saja yang tak nampak , Tapi segala tanda tu mesti ada yang benda tu ada di dalam rumah kita.

Hidupkan Rumah

Kalau masuk rumah tu rajin-rajinlah bagi salam, baca surah lazim ke, kebersihan kena jaga terutamanya dalam tandas, Maghrib dan subuh rajin-rajinlah mengaji quran, Tengah malam bangun solat tahajud. Rumah pun ada istilah rumah mati dan hidup.

Rumah yang hidup adalah rumah yang hidup dengan sunnah-sunnah Nabi S.A.W , Bila rumah hidup dengan ibadah, Malaikat pun selalu berada di rumah kita. Tapi kalau rumah yang sekadar rumah buat tempat makan tidur berak dan tidak ada ibadah yang dilakukan, Jin Syaitan pun suka dan tumpang tinggal sekali dengan kita.

Ada Gangguan

Jadi jangan salahkan orang lain hantar santau dan sebagainya, kalau ada gangguan, kelibat makhluk halus dan bunyi-bunyi yang kita dengar, kalau diri kita pun malas nak beribadah dan hidupkan sunnah Nabi dalam rumah sendiri.

Selalu lah berdoa meminta perlindungan dari Allah, kita hanya usaha dan ikhtiar seperti mana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W dan para ulama untuk menjauhkan gangguan jin/syaitan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa melindungi dan memberikan kita pertolongan.

MW: Moga dijadikan panduan dan iktibar. Hidupkan rumah dengan amalan sunnah.

Sumber: Tengku Daeng Mawelle