bersedekah

Tangan yang memberi sedekah lebih mulia daripada tangan yang menerima. Dalam Islam, sedekah adalah pembuka pintu rezeki. Dengan bersedekah, dapat menyuburkan rezeki seseorang. Semakin pemurah, semakin mencurah-curah rezeki yang Allah turunkan kepada kita. Malah, setiap agama di dunia ini mengajak penganutnya membuat kebaikan termasuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Ada orang yang beranggapan, mereka akan bersedekah bila sudah kaya, sudah ada banyak duit. Sekarang mereka tak perlu bersedekah kerana duit mereka ‘cukup-cukup makan’ saja. Mereka tak sedar, bukan kena tunggu kaya raya baru nak bersedekah. RM1 pun lebih besar nilainya daripada RM1juta ringgit jika derma/sedekah itu lebih untuk tujuan mendapat nama dan populariti.

Terselit Kes Penipuan Dalam Sedekah

Tak dinafikan sekarang ini banyak kes penipuan yang didalangi oleh pihak tertentu sehinggakan bila nak bersedekah kita rasa was-was. Bagi saya mudah saja. Kalau hati kita sudah digerakkan untuk bersedekah, teruskan saja niat itu. Selebihnya berserah pada Allah SWT. Lainlah kalau kita terangan nampak mereka menipu kan.

Begitu juga sekiranya tengah menjamu selera, saya akan ‘kalah’ jika ada yang datang minta sedekah/derma walau pun tingkah laku mereka agak mencurigakan. Tak sampai hati pula kerana kita sedang mengadap rezeki. Jadi, saya akan sedaya upaya ikhlaskan hati untuk berkongsi sedikit rezeki dengan mereka juga.

Jangan salah faham, kalau tak mampu sedekah wang ringgit, macam-macam cara kita boleh ‘sedekah’, seperti sumbangkan tenaga. Kalau masjid/surau berhampiran kediaman kita mengadakan gotong-royong, ringankan badan untuk turut serta. Badan sihat, pahala pun dapat.

IKLAN

Malah cara sedekah yang lebih mudah adalah memberi salam atau menghadiahkan senyuman kepada orang lain. Mudah kan? Bahkan macam-macam lagi kita boleh bersedekah dan mendapat pahala yang berpanjangan. Kongsi ilmu dengan orang lain juga sedekah dan bayangkan jika ilmu itu dapat membantu seseorang itu merubah kehidupannya jadi lebih baik?

Tapi perlu lakukan dengan keikhlasan dan kesucian hati. Jangan ada agenda tersembunyi. Sekarang pasti kita ada macam-macam grup whatsapp yang terdiri daripada grup rakan-rakan sekolah, rakan sepejabat, persatuan penduduk dan macam-macam lagi.

Jika tahu ada rakan atau ahli yang dalam kesusahan, apa salahnya bantu dia. Tapi sila PM tepi, janganlah sengaja up di dalam grup; “bagi no akaun, please,”, “ok done bank in…”. Hai…Takkan nak tolong kawan semata-mata dengan harapan dapat pujian daripada rakan-rakan lain pula kan? Nanti pahala ke mana, dosa pula yang dapat!

IKLAN

Antara Kelebihan Sedekah:

1. Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT

2. Mendapat ganjaran pahala

3. Melahirkan Rasa Syukur

IKLAN

4. Terhindar daripada sifat kedekut

5. Sembuhkan penyakit

6. Suburkan rezeki

7. Beri ketenangan pada hati dan jiwa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI