Dalam rumahtangga, adat melayu jangan ditinggalkan dan selarikan dengan sunnah Islam untuk memastikan rumahtangga yang dibina oleh suami isteri kekal bahagia.

Ada juga suami isteri yang keliru dengan apa yang diajar oleh orang tua tentang adab melayu dan sunnah Islam yang patut dipraktikkan dalam perkahwinan. Lebih-lebih lagi, suami perlu dilayan bagai ‘raja’.

Sebab itu, ada suami yang merasakan dirinya ‘raja’, nasi perlu dihidang, pingan tinggalkan untuk isteri angkat dan ada yang langsung tidak membantu isteri dalam kerja-kerja rumah, kononnya itu semua tanggunjawab isteri.

Jangan salah perkiraan dan sebagai suami isteri kena lihat keadaan sekarang ini. Tak salah ikut adat melayu tapi kena ada caranya. Malah, jangan ketepikan sunnah Islam agar rumahtangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.

Jadi, jangan keliru ye tentang adat melayu dan sunnah Islam untuk kita amalkan dalam rumahtangga. Contohilah cara Rasulullah s.a.w melayan isteri dengan penuh kasih sayang.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami, Jangan Buat Isteri ‘Tawar Hati’. Hilang Rasa Sayang, Apatah Lagi Taat

Nak Rumahtangga BARAKAH, Suami Isteri Kena Berebut Buat KEBAIKAN Bukannya Banyak Komplen

Info Lebih Menarik DI SINI

Adat Melayu vs Sunnah Islam Dalam Rumahtangga

Tunggu Suami Makan

Adat :
Isteri hidang makanan untuk suami, isteri berdiri tepi, apa-apa yang tak cukup, isteri kena tambah. Suami habis makan, isteri angkat pinggan suami dan basuh. Lepas itu, barulah isteri boleh makan.

Sunnah :
Rasulullah s.a.w mengajak isteri Baginda makan sepinggan dengannya. Rasulullah s.a.w hanya menggunakan 1 cawan dan Baginda minum di tempat yang sama yang diminum isterinya, malah Rasulullah s.a.w juga menyuap isterinya makan.

Sediakan Makanan

Adat :
Bila suami balik, makanan wajib ada bawah tudung, atas meja.

Sunnah :
Rasulullah s.a.w pulang ke rumah lalu melihat tiada makanan utk dimakan…ini kerana isteri Baginda belum ke pasar…Lantas Rasulullah s.a.w menyoal Saidatina Aishah, “Belum ada makanan ya Humaira?”

Saidatina Aishah menjawab belum ada kerana beliau belum ke pasar lagi…
Rasulullah s.a.w terus berkata, “Jika begitu, aku puasa saja hari ini…”

Iringi Suami Ke Pintu

Adat :
Isteri kena hantar suami smpai depan pintu rumah, isteri kena tunggu suami balik depan pintu rumah…

Sunnah :
Pernah sekali Rasulullah s.a.w pulang ke rumah dan Saidatina Aishah telah terlelap tidur. Baginda masuk perlahan-lahan ke dalam rumah dan Baginda tidur di luar bilik kerana tidak mahu membuatkan isterinya terjaga dari tidur.

Kerja Rumah Tanggungjawab Isteri

Adat :
Kerja-kerja rumah semuanya tanggungjawab isteri dan tanggungjawab suami ialah keluar mencari rezeki sahaja.

Sunnah :
Rasulullah s.a.w sering membantu isteri Baginda selepas Baginda pulang ke rumah. Baginda merupakan seorang pemerintah, pemimpin umat islam. Banyak perkara yang Baginda kena fikirkan dan lakukan, namun Baginda masih menolong isteri Baginda melakukan kerja-kerja rumah.

Isteri Kena Hormat

Adat :
Kedudukan suami itu tinggi, isteri perlu taat dan hormat walau macam mana pun keperibadian seorang suami itu.

Sunnah :
Rasulullah s.a.w pemimpin tertinggi umat islam, namun bila pulang ke rumah, Baginda merupakan orang yang paling bertolak ansur dan lemah lembut dengan isteri. Baginda sedikit pun tidak meninggikan suara terhadap isteri Baginda. Bahkan Baginda bersabda, “Sebaik-baik kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya dan aku baik terhadap isteriku…”

Kena Pandai Masak

Adat :
Seorang isteri wajib pandai memasak, suami dah bayar hantaran tinggi, kalau tak pandai masak, maka isteri itu tak setimpal dengan wang hantaran yang dibayar…

Sunnah :
Ada satu ketika di mana Saidatina Aishah masak sesuatu dan ianya masin…Lalu Rasulullah s.a.w panggil Saidatina Aishah dan menyuapnya makan. Tersedarlah Saidatina Aishah yang makanan itu masin dan Rasulullah s.a.w sedikit pun tidak menunjukkan muka yang kurang senang dengan masakan tersebut.

Siapkan Pakaian Suami

Adat :
Isteri yang menyiapkan pakaian suami dari membasuh, mengeringkan, melipat dan menggantungkan baju suami.

Sunnah :
Rasulullah s.a.w menjahit dan menampal sendiri bajunya yang koyak tanpa perlu menyuruh isterinya.

Kesimpulannya, amalkanlah sunnah dlm kehidupan rumahtangga berbanding adat. Tak salah untuk ikut adat, tapi biarlah bertempat. Jangan terlalu menjunjung adat sehingga memudaratkan dan menghambakan orang lain yang ada di dalam rumahtangga tersebut…

Saidatina Aishah berkata, “Kalau Rasulullah s.a.w berada di rumah, Baginda Nabi selalu membantu urusan rumahtangga…”
Kalau Rasulullah s.a.w yang dijamin syurga pun boleh buat macam ni, kita yang tiada jaminan syurga ni, takkan semudah ini pun tak nak ikut dan amalkan dalam rumahtangga…?

Renung-renungkan…

Kredit: Tanyalah Ustaz

MW: Kalau dulu, isteri hanya uruskan rumah tapi sekarang isteri turut bekerja membantu suami. Macam mana pula tu?

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI