Bagi mak-mak yang suka berkebun, memang geram bila pokok mahupun tanaman tak sihat dan bermasalah pada bahagian daun dan batang. Seperti diserang kulat/hama/kutu/ulat dan sebagainya. Sebenarnya dengan menggunakan bahan-bahan dapur yang semula jadi seperti serbuk kunyit, cili padi dan bawang merah berkesan menjadi semburan organik bagi mengatasi masalah ini.

Untuk faham lebih lankjut, boleh cuba buat sendiri semburan organik di rumah seperti yang dikongsikan oleh Puan Liyana Mohd Poad ini.

Air kuciba (semburan organik).

Bahan-Bahan:

Botol minuman 1.5L.
1 sudu besar serbuk kunyit
5 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah

Saya sediakan cara-caranya di sini.

1. Sediakan botol minuman 1.5L.
2. Ambil sesudu besar serbuk kunyit dan masukkan ke dalam botol yang sudah disediakan.
3. Ambil 5 tangkai cili padi sama saiz. Patahkan 2 atau 3. Masukkan ke dalam botol.
4. Ambil 5 ulas bawang merah yang kecik (bukan bawang putih atau bawang besar). Belah dua dan ketuk sikit bagi pecah lalu dimasukkan ke dalm botol tadi. Kulitnya sekali ya.
5. Isikan penuh air biasa ke dalam botol.Goncang.
6. Peram semalaman dalam suhu bilik. Saya letak bawah sinki.
7. Keesokannya (selepas 24 jam) dah boleh digunakan.Isi dalam botol spray.Tak perlu tambah air lagi.

Buat Sendiri ‘Air Kuciba’ Semburan Organik Atasi Masalah Pada Daun & Batang Pokok!

Spray pada pokok yang bermasalah terutamanya daun.
Sesuai untuk semua pokok sayur dan bunga berumur sebulan ke atas.

Buat Sendiri ‘Air Kuciba’ Semburan Organik Atasi Masalah Pada Daun & Batang Pokok!

  • Fungsi kunyit untuk mematikan kulat /hama/kutu/ulat dan sebagainya pada daun dan batang. Cili padi dan bawang sebagai agen pemangkin kematian.Ibarat wajah yang berjerawat, kunyit digunakan untuk mengecutkan jerawat dan digunakn pada waktu malam.
  • Syor saya, gunakan dua atau tiga kali seminggu. Petang sahaja,pukul 6.30 ke atas.
  • Bakinya boleh simpan. Bukan dalam peti sejuk.Letak dalam suhu bilik. Air semburan ini boleh tahan sehingga 7-10 hari sahaja.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini :
Daun Berlubang-Lubang Sembur Air Rebusan BUNGA CENGKIH, Racun Serangga Organik!
Buat Sendiri Racun Organik Daun Neem, Wanita Tani Ini Buktikan Ulat Jauhi Tanaman

IKLAN

Mingguan Wanita : Jika pokok sayur dan bunga bermasalah terutamanya bahagian daun, boleh cuba semburkan ‘Air Kuciba’ semburan organik ini. Sembur dua atau tiga kali seminggu, ia berfungsi dalam mematikan kulat /hama/kutu/ulat dan sebagainya.

Sumber: Liyana Mohd Poad

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

IKLAN

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

Buat Sendiri ‘Air Kuciba’ Semburan Organik Atasi Masalah Pada Daun & Batang Pokok!

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Buat Sendiri ‘Air Kuciba’ Semburan Organik Atasi Masalah Pada Daun & Batang Pokok!

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah.(https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

IKLAN

Buat Sendiri ‘Air Kuciba’ Semburan Organik Atasi Masalah Pada Daun & Batang Pokok!

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI