Pernah tak dalam dompet mahu pun dalam saku hanya ada beberapa keping duit RM1 sahaja dan itulah duit terakhir yang kita ada untuk menunggu gaji nanti.

Dalam masa yang sama, dugaan yang Allah berikan dengan duit terakhir itu perlu diberikan kepada seseorang yang terdesak memerlukan. Mesti hati berbelah bagi.

Kalau diberikan duit terakhir ini, kita pula nak makan apa nanti. Susah juga. Malah, mulalah berkira-kira sama ada nak beri atau tidak.

Kita tak tahu dengan berikan duit terakhir itu, Allah gantikan dengan berlipat kali ganda. Jangan main-main dengan berkat sedekah yang kita berikan pada orang yang memerlukan.

Itulah yang berlaku kepada Hana Shahadan dalam perkongsiannya yang boleh mencuit hati dan jiwa untuk kita tidak berkira-kira dalam mengeluarkan sedekah kepada yagn memerlukan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ringankan Tangan Hulurkan Sedekah Walaupun 10 Sen, Tak Jatuh MISKIN Tapi Bertambah Rezeki

Bila Rasa Malas, Susah Hati, BERSEDEKAHLAH, Itu Amalan Yang Paling Senang Dan Tenang

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Duit Terakhir Beri Pada Orang Lain

Semalam pergi klinik, waktu saya nak bayar di kaunter nampak seorang wanita tengah menanti untuk membuat bayar tetapi seperti tercari cari sesuatu di dalam purse. Saya terdengar suara cashier, rupanya lagi RM5 tak cukup untuk membuat bayaran ubat.

Mata saya kembali tertumpu pada sosok seorang wanita yang kelihatan resah tadi. Kemudian saya lihat semula di dalam purse duit saya, mulanya ada RM70. Kebetulan lepas bayar bill klinik dan ubat di tangan, resit RM65. Dan hanya berbaki RM5 yang terakhir.

Baki RM5 yang terakhir, tak apa lah. Nanti terus saya beri pada kakak di kaunter tadi. Wanita itu menolak sekerasnya, katanya boleh ke bank untuk keluarkan duit.

Tapi saya masih berkeras untuk memberi RM5 yang terakhir tadi ke genggaman tangan wanita itu. Sambil wanita itu mengangguk angguk, saya pun hanya berpesan kalau kakak nampak saya susah nanti atau perlukan pertolongan suatu hari nanti, kakak tolonglah semula.

Lalu saya pun berlalu pergi melangkah ke kereta yang parkir tidak jauh dari klinik.
Sewaktu saya nak mengundur kereta keluar dari tempat parking. Ternampak satu motor buruk berlalu di depan saya, oh rupanya kakak tersebut menaiki motor tersebut. Terus terdetik betullah RM5 untuk kakak tersebut.

IKLAN

Duit Tak Disangka

Sampai di rumah, suami saya pun pulang dari tempat kerja lepas beri salam lalu dihulurnya 3 sampul duit. “Nahh pilih sorang satu, daripada bos bagi kat tempat kerja tadi”.
Lalu saya pilih satu, untuk anak satu dan suami satu. Apabila saya buka isinya Masya Allah, RM300 setiap satu sampul duit itu.

Allah ganti RM5 saya sedekahkan tadi dengan berganda ganda. Sungguhlah Allah Maha Kuasa. Kerana RM5, Allah beri semula RM300 sekelip mata.

Kuasa Sedekah

Perkongsian ini dari Bashariah ketika morning briefing mommyhana.
Apa yang mommy belajar dan percaya,

1)Never underestimate the power of sadaqah. Ada duit sedekah. Nak kaya sedekah. Kalau nak berkat sedekah. Begitu juga, kalau nak rezeki banyak dari pelbagai arah pun sedekah.
2) Hari gaji saja wajib bagi sedekah/ hadiah pada mak ayah dahulu, anak-anak kemudian pada anak yatim.
3) Hari Jumaat lebihkan belanja orang makan. Kalau tak ada duit lebih, belanjalah tenaga, senyuman atau kasih sayang serta keikhlasan.

MW: Jangan berkira untuk sedekah sebab kita tak tahu itulah berkat sedekah walaupun hanya sedikit yang kita berikan itu, Allah akan lipat gandakan. Percayalah.

Sumber: Hana Shahadan

IKLAN

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

 

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI