Untitled design (47)

Benarlah kata orang, lelaki diuji ketika ada segalanya. Perempuan pula diuji ketika tidak mempunyai apa-apa. Bagi sesetengah orang, mungkin wang bukan segalanya. Tetapi satu hakikat yang perlu kita terima ialah segalanya perlukan wang.

Ikuti kupasan lanjut bersama Abdul Muiez Ruslee, Guru Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah Menengah & Yang Dipertua Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Sabak Bernam tentang hal ini.

Isteri Tak Pernah Kedekut Pasal Duit Belanja, Jadi Suami Janganlah Sombong

Contoh Kes:

Saya teringat kepada satu perbualan antara saya dengan adik. Dia kini bertugas sebagai jururawat lelaki di sebuah hospital di Singapura.

Katanya, “Kalau mahu beli beg berjenama mewah, bagitahulah. Dekat sini harganya jauh lebih murah. Jika di Malaysia harganya mencecah RM6,000, tetapi di sini boleh dapat separuh dari harga itu.”


Saya termenung panjang. Seumur hidup saya, belum pernah memegang beg semahal itu. Jika pegang pun belum, apatah lagi terfikir untuk memilikinya. Kemudian, saya menjawab dengan perlahan.
“Saya berpegang kepada prinsip, biar harga dompet RM10, tetapi dalamnya ada RM100, daripada harga dompet RM100, tapi dalamnya ada RM10 sahaja.” Langsung kami ketawa.

IKLAN


Tidak lama selepas itu, saya berbual dengan isteri. Saya tanya kepadanya, “Andai kata saya mempunyai duit RM3,000, mahukah awak jika saya hadiahkan beg berjenama itu?”

Saya tunggu jawapannya dengan penuh sabar.

“Tak perlu susah-susah. Bagi saja duit tiga ribu itu, tahulah saya bagaimana mahu dibelanjakan.” Sungguh saya terhibur dengan jawapannya. Jawapan itu juga seperti yang saya jangka.

Fakta yang perlu para suami tahu:
1.Wanita memang tidak pernah kedekut terutamanya bab kewangan.
2.Hulurlah sekeping wang pada isteri dan apabila keluar makan bersama, wang yang diberikan itulah digunakan.
3.Bila ingin isi minyak kereta, wang itu jugalah dia gunakan.

IKLAN

Tidak Kedekut

Tidak dinafikan, saat isteri membeli dia tidak meghabiskan wang untuk dirinya sendiri, sebaliknya untuk kegunaan keluarga. Jawapan yang diberikan oleh isteri cukup mudah.

“”Kalau saya tak beli, abang nak beli?”

IKLAN

Jadi, apabila isteri membeli, jangan dihalang kerana dia tahu apa yang perlu untuk keluarganya.

Satu lagi yang perlu diingatkan, apabila isteri mengatakan dia tidak mempunyai wang. Sebenarnya, masih ada wang yang terselit di sana sini.

Keadaan ini sangat berbeza dengan suami kerana jika dia mengatakan tidak ada wang, memang itulah yang sebenarnya.

Ciri-ciri Isteri, Menteri Kewangan Keluarga

1.Selalu mengatakan tidak ada duit, sedangkan apabila tiba pertengahan bulan, dia senang hati menghulurkan duit minyak kereta kepada suami tanpa banyak bicara.
2.pada hujung tahun, suami pening kepala memikirkan wang untuk membayar yuran dan membeli keperluan sekolah anak. Tetapi, isteri akan tersenyum sambil mengatakan untuk menggunakan duit simpanan yang ada.
3.Biarkan nampak isteri seakan menyongkong dalam hal-hal kewangan tetapi percayalah setiap apa yang dilakukan itu memberi manfaat kepada keluarga di saat memerlukan.
4.Jarang suami dapat menyimpan wang kerana pendapatan yang diperolehinya akan dihabiskan untuk membayar utiliti dan keperluan rumah.
Wahai Suami!
* Jangan culas untuk memberi nafkah dan wang belanja rumah setiap bulan. Walaupun isteri mempunyai pekerjaan sendiri tetapi nafkah itu satu kewajipan yang perlu ditunaiakan.
* Jangan berkira untuk membelanjakan wang demi keluarga. Biar pun nampak wang suami akan habis tetapi itulah letaknya keberkatan.
* Jangan mengungkit atas segala pemberian kepada keluarga.

Jangan Sombong
Boleh dikatakan isteri adalah menteri kewangan terbaik. Jadi, para suami jangan sombong dengan isteri. Hulurlah kepada isteri walaupun sedikit kerana satu hari nanti, suami tentu perlukan bantuan isteri juga. Percayalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI