Rupanya Mak-mak Yang Malas Bersenam Pun Boleh Sihat Dengan 5 Rutin Ini

Bila mak-mak dah terlalu sibuk dengan urusan cari duit, urus anak-anak malah perihal rumah pun nak kena fikir, bersenam bukan lagi satu keutamaan padanya.

Ini kerana masa itu betul-betul mencemburui mak-mak. Sehingga nak fokus 20 minit untuk buat rutin senaman pun belum tentu mak-mak sempat.

Tapi jangan tak tahu, rupanya ada 5 rutin senaman yang boleh dilakukan tanpa sedar kita tengah bersenam pun.

5 Rutin Sihat Ini Untuk Orang Yang Malas Bersenam

1. Bersenam Atas Katil Saja!

Andai senaman itu satu hal yang meletihkan, anda boleh mencuba aktiviti mudah ini. Sebaik saja celik jangan terus bangun, sebaliknya lakukan senaman di tempat tidur dahulu.

Lakukan bangkit tubi atau senaman kaki dan tangan agar membantu memecahkan lemak di tubuh. Lakukan sekerap mungkin agar kalori dapat dikurangkan dalam tempoh sebulan.

Tak ambil masa yang lama pun, 5 minit pun dah memadai untuk satu hari. Sambil bangun, sambil lakukan gaya hidup sihat.

2. Katakan Tidak Pada LIF

Bagi mak-mak yang tinggal di rumah pangsa, itu sebenarnya satu kelebihan. Elakkan lif, sebaliknya gunakan anak tangga baik ketika waktu pagi atau petang hari. Menaiki tangga mampu melatih otot kaki dan pinggul. Ia juga boleh membakar sehingga 302 kalori.

Kalau pejabat ada lif sekalipun, cuba elakkan. Naik dan turun tangga itu lebih bagus sebenarnya. Tak perlu tergesa-gesa. Orang kata, biar perlahan asal konsisten.

4. Lari-lari Anak Di rumah Sendiri

Bagi anda yang sibuk dengan urusan anak-anak di dapur, anda sebenarnya sedang melakukan senaman yang bagus. Terutama ketika berdiri dan berjalan untuk mengambil barang.

Berkejar ke sana ke mari menguruskan hal rumah juga satu perkara yang baik untuk anda mengurangkan berat badan.

Menyapu rumah, membasuh bilik air, membuang sampah, menyidai pakaian.. itu antara rutin senaman mak-mak yang membakar kalori.

5. Ketawa Penawar Gundah

Tekanan boleh membuatkan anda hilang pertimbangan untuk fokus melakukan satu-satu pekerjaan. Sebaiknya gunakan cara paling mudah untuk mengembalikan kesihatan minda.

Caranya cubalah ketawa atau mencari aktiviti yang boleh membuatkan anda ketawa.

Ia dapat mengurangkan rasa sakit, meredakan ketegangan malah meningkatkan fungsi kekebalan tubuh. Jadi, jika malah mahu melakukan senaman, apa kata praktikkan senaman mulut yang satu ini.

Sebab itulah peranan suami sangat membantu. Bergurau sendalah dengan pasangan, agar hati lebih bahagia dan sentiasa berbunga-bunga.

 

Rupanya Mak-mak Yang Malas Bersenam Pun Boleh Sihat Dengan 5 Rutin Ini

Kena Tahu Ni! Paling Syok Teknik Peluk Pasangan

Mak-mak yang berpuas hati dengan pasangan, akan mewujudkan perasaan tenang dalam diri. Ia juga menonjolkan perasaan selesa yang lebih baik kepada tubuh dan juga fikiran. Ia akan bertambah tenang sewaktu memeluk pasangan yang dicintai.

Berdasarkan kajian yang dilakukan di negara Barat, pelukan yang menenangkan boleh membebaskan hormon kortisol sekaligus mengurangkan tujuh peratus tekanan yang dialami. Tak ke syok namanya tu..

 

Rupanya Mak-mak Yang Malas Bersenam Pun Boleh Sihat Dengan 5 Rutin Ini

Limau Purut Rupa Buruk Tapi Kaya Khasiat

Rupa limau purut tidak seindah khasiatnya. Buah yang semakin sukar ditemui ini mempunyai khasiat:

Segarkan dan wangikan badan.

Cara guna: Gosok buah itu di bahagian ketiak bagi membuang daki yang melekat. Gosok juga ke kepala untuk mengembalikan kesegaran kulit kepala.

Jangan Lupa Komen