Tak dinafikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Tak kiralah bagaimana kita usahakan baik rawatan secara moden mahupun tradisional. Sebaiknya-baiknya diusahakan kedua-duanya, disamping melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan doktor, tak salah usaha juga untuk rawatan alternatif.
Daun sup dan bawang putih sememangnya terbukti mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Malah amalan meminum air kisaran Daun Sup dan Bawang Putih, dikatakan petua ikhtiar bagi merawat penyakit darah tinggi supaya tekanan darah sentiasa di paras normal.
Baca perkongsian daripada Asrie Baker sebagai rujukan;
Semasa usia hujung 20an dan masuk 30an catatan tekanan darah aku selalu nya menunjukkan peningkatan yang sememangnya akan menaikkan lagi bacaan. Gerun bukan?
Kalau waktu tengahari, kerap aku rasa pening yang amat dan rasa tak selesa bahagian kepala dan tengkuk. Pernah cuba nak mohon skip atau tukar aje jadual mengajar di tengahari, tapi aku redo kerana penyakit keturunan katanye.
Pernah satu ketika catatan aku melebihi tahap ke2 hipertensi iaitu 160 ke atas dan doktor arah aku ditahan. Aku bagi macam-macam alasan tak nak masuk wad sebab janji nak rehat betul-betul di rumah.
Balik rumah, aku cari daun belimbing buluh sebab kata orang, ianye boleh kurangkan sakit. Merata aku pusing Kg Sg Buaya, cari pokok belimbing, sehinggalah terjumpa pokoknya di sebuah rumah berhampiran sungai.
Ubat Darah Tinggi
Aku bagi salam untuk kebenaran ambik daun tu. Muncul dari tingkap seorg budak perempuan dalam usia awal 20an, tanya sebab apa nak ambik daun tu? Aku cakap untuk ubat darah tinggi. Dia keberatan nak bagi sebab dia kata ada yang lebih mujarab dan terbukti berkesan dari daun belimbing.
“Abang, mak saya dulu pengidap darah tinggi yang agak kronik tapi alhamdulillah, ada seorang Indonesia bagi petua untuk amalkan. Dia minum air daun sup dan bawang putih yang sudah diblender. Amalkan selalu, sampai sekarang mak saya dah takde darah tinggi “
Owh ye ke. Setelah berterima kasih, aku pulang dan terus cuba. Cari daun sup, campur bawang putih dan air, kemudian blender. Walaupun pada awalnye tak confident, tapi aku tetap nak try jugak.
Alhamdulillah, setelah mengamalkan minum beberapa hari, aku chek, darah tak tinggi lagi. Aku terus amalkan dari minum hari-hari, aku minum jarang-jarang dan kini jadi kadang-kadang. Sampai sekarang bila chek, tekanan darah sentiasa di paras normal.
Cuma kena tahan le. Rasanye memang tak sedap cuma nak sihat tak? Jangan hirau bab yang tak sedap tu, teruskan minum. Insya Allah ada kesembuhan di situ.
Ads
Terima kasih kat budak perempuan yang kasi petua ni. Agak-agak sekarang dah masuk usia lebih 40 kot, semoga Allah Merahmati serta permudahkan hidupnya serta yang empunya susunan asal usul petua ini. Cubalah, mudah-mudahan ada kesembuhan di situ. InsyaAllah.
Bahan-Bahan:
Daun Sup
Bawang Putih
Air Suami secukupnya
Cara Membuat:
1. Ambil bawang putih dalam bilangan ganjil dan beberapa helai daun sup yang diamik dengan batangnye sekali.
2. Potong-potong daun sup tu, masukkan dalam jug blender bersama bawang putih dan air. Aku guna air suam je.
Ads
3. Hasil selepas blender, cantik warna hijau.
4. Tapis airnye ke dalam cawan. Boleh la campur sikit air suam. Pastu bismillah, minum lah jangan cium baunya, nanti tak tahan. Lepas minum, boleh la kulum gula-gula untuk hilangkan rasa tak sedap tu. Cubalah selalu, mudah-mudahan ada kesembuhan di situ, Insya Allah.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Boleh cuba amalkan air kisaran daun sup dan bawang putih sebagai salah satu ikhtiar untuk mengawal darah tinggi. Namun paling penting, pastikan dapatkan rawatan doktor dan lakukan pemeriksaan terlebih dahulu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Telur rebus adalah menu yang paling ‘simple’, mudah disediakan dan kaya dengan protein. Ada yang suka telur rebus keras sepenuhnya, ada yang suka separuh masak mahupun 3/4 masak. Semuanya bergantung pada citarasa dan selera masing-masing. Namun jika nak buat telur 3/4 masak, yang keras bahagian putihnya dan cair bahagian kuningnya ada caranya.
Boleh cuba tip dan cara yang dikongsikn oleh Sue Fami ini untuk buat telur 3/4 masak ini.
Ada ke yang macam saya atau ada yang tak lalu makan telur 3/4 masak macam ni.Telur macam ni yang pada saya yang paling sedap! Campur sikit dengan kicap! tabur sikit lada sulah. Best woo.
Cara Membuat :
1. Rebus air bagi mendidih dulu.
2. Baru masukkan telur perlahan-lahan (saya guna grade A).
3. Setting time – 5.5 minit! (kena tengok masa) dan api masih ON ya.
4. Cukup masa, keluarkan – rendam dengan air sejuk.
5. Selepas 3-4 minit boleh kopek! (masa kopek tu lalukan le dekat air paip).
Mingguan Wanita : Begini caranya nak buat telur 3/4 masak.Sedapnya campur kicap dan lada sulah. Boleh cuba tip yang dikongsikan ini nanti, memang sempurna telurnya 3/4 masak.
Kalau masak sambal, mak-mak suka guna cili kering dan ada juga yang suka guna cili boh yang siap dibeli di kedai. Masalahnya, kalau gunakan cili kering, ada bijinya yang tidak hancur sepenuhnya.
‘Bercinta’ nya bila nak buang cili kering. Kadang-kadang, untuk sediakan ia sahaja dah ambil masa berapa lama. Inilah yang berjam-jam duduk di dapur, tambah masa untuk memasak lagi.
Kali ini, mak-mak tak perlu risau kalau nak asingkan cilik kering. Ada cara yang mudah dan jimat masa. Perkongsian daripada Umi Watie ini sesuai untuk mak-mak yang suka guna cili kering untuk masak sambal dan masa sama asingkan bijinya sekali.
Hari ini kakchik nak share cara paling senang nak buang biji cili. Selalu kena potong atau gunting halus-halus lepas itu asingkan apa semua kan?
Cara ni paling mudah, pakai alatan pun murah saja. Bagus untuk melatih anak dara belajar masak. Ini pun salah satu subjek penting musim pkp.
Cili kering itu kakchik tak cuci pun. Tak potong kecil, hanya masukkan dalam bekas chopper tu saja. Chopper pun pakai manual saja. Sambil bersenam gitu.
Sekali buat dalam 20 biji cili kering. Cukuplah untuk sekali masak bagi rencah mee goreng.
Nak lebih sila buat sampai cukup ya.
1. Cili dah siap asingkan biji cilinya.
2. Lebuh semua masuk dalam manual chopper.
3. Lepas tarik zipzap zipzap. Biji cili nampak dah terasing.
4. Bubuh dalam tapis. Senang saja kan?
5. Biji cili yang tertinggal. Ini kalau geng kebun mesti geram je nak semai kan. Guma bijinya.
6. Dah siap. Jom masak.
Selamat mencuba.
#DapurMakRerama
MW: Mak-mak yang ada chopper kat dapur, boleh cuba buat. Guna yang murah pun dah cukup membantu. Jimat masa kat dapur.
Manfaat Simpan Air Dalam LABU SAYONG, Boleh Sejukkan Ruang Dalam Rumah! Cuaca panas melampau ketika ini membuatkan kita tak selesa, selalu berpeluh tak kiralah pada waktu siang mahupun malam. Pelbagai cara dilakukan bagi mengurangkan kepanasan.
Rupanya dengan menyimpan air di dalam labu sayong dan diletakkan di sudut dalam rumah mampu menyejukkan ruang.
Baca perkongsian pengalaman dari Puan Aqilah Norini.
Sebelum ni saya menyimpan air di dalam labu sayong. Tapi, sekian lama air dia kering macam tu sahaja. Tapi saya perasan masa tu, ruang rumah jadi sejuk sedikit. Saya mencari perkaitannya.
Rupanya, ada satu kajian telah dibuat oleh UPM tentang labu sayong dan kaitannya dengan penyejukan. Saya rasa macam ada menyumbang kepada suhu bilik juga.
Saya letak satu labu sayong dalam bilik, dipenuhi air untuk menyejukkan ruang kamar tidur.
Nampaknya kena beli lagi labu sayong untuk diletakkan di ruang lain. Betapa khazanah warisan sebegini, sangat ‘di luar kotak’ manfaatnya.
Mingguan Wanita: Cuaca panas melampau ketika ini, boleh cuba simpan air di dalam labu sayong dan letakkan di dalam rumah untuk membantu penyejukan ruang.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.