Musim durian ni, selain dimakan mentah begitu sahaja, isi durian juga boleh dibuat pelbagai jenis kuih muih mahupun tempoyak. Namun kerja nak mengasingkan isi durian ini agak renyah, apatah lagi jika dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya ada cara mudah untuk mengasingkan isi durian ni, dengan menggunakan periuk kukus. Sagat isi durian laju-laju dalam periuk kukus yang berlubang dan hasilnya memang mudah, senang dan cepat siap.
Nak faham lebih lanjut boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Norfaizah Abdul Jobarini sebagai rujukan;
Mak kami kongsi ilmu asingkan isi durian daripada biji, untuk jadikan TEMPOYAK kome. Sagatlah laju-laju sebab ini sekadar demonstrasi sahaja.
Jika sesuai boleh diikutkan, sekadar cara tersendiri. Kalau lubang kukus besar lagi cepat jua.
Moga bermanfaat ilmunya yang dia peroleh dari rakannya jua, kami di sini sebak dapat dengar suarapun rasa seronok beno la haiii.
Kredit mak Noraini Mahmood rindu amat masa muat naik video pun sebak, cepatlah boleh rentas.
Mak kata cara ni dia selesa, cepat dapat banyak. Dah macam pernah buat, kebetulan kawannya jual tempoyak sama ajar. Lagi besar sikit lubang kukus lagi senang.
Mingguan Wanita : Menarik juga tip yang dikongsikan ini. Asingkan isi durian sagat dalam periuk kukus, mudah dan cepat siap. Sesuai sangat kalau berniaga tempoyak, atau nak asingkan isi durian dalam jumlah yang banyak.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Ibu ini, Mcyah Joanjett tekad penuhi impian anak dara, teruna ciliknya. Yang mahukan bilik sendiri. Walaupun, rumah yang diduduki pasangan kelamin ini cuma ada 2 bilik saja, ibu tetap penuhi impian anak.
Dan ini yang ibu buat. Stor simpan baju, permainan, cadar dan lain-lain diubah menjadi bilik anak dara, teruna cilik yang comel lagi sweet.
Ini Kisah Bilik Stor Simpan Baju Yang Berubah Wajah
Bismillah..
Anak-anak kian membesar, rumah kesuntukan ruang. Rumah ni hanya ada 2 bilik setelah bilik belakang diubahsuai menjadi dapur.
Jadi anak-anak memang tidur sekali dengan kami semuanya. Bilik tengah ni kami jadikan stor simpan baju, mainan, cadar dan lain-lain.
Bila anak asyik request nak bilik sendiri, Pening fikir nak renovate cemano jadi bilik dorang. Biasanya aku amik masa 24 jam sahaja deco satu ruang.
Tapi bilik anak ni memakan masa 48 jam (2hari) kerana banyak menda nak kena asing dan cari tempat untuk susun.
“Lepas aku asingkan yang mana perlu dan yang mana tak, aku simpan semua cadar atas almari bilik master dan baju-baju aku asingkan yang mana tak pakai aku sedekah bagi orang.”
Mcyah Joanjett
Lihat Hasil.. Terasa Hilang Penat 2 Hari
So jadilah kamar idaman putera dan puteri ku. Anak-anak gembira tak terucap, hilang penatku sekelip mata. T kasih pada suami banyak bantu aku deco.
Disebabkan bilik ada satu, dan anak yang nak stay bilik ni 2 orang girl (5 tahun) and boy (4tahun) aku jadikan bilik ni 2 in 1.. tema. Biru pink, barulah dua-dua tak bergaduh.
Katil 2 tingkat ni rendah je 130cm (paras dada dewasa) memang khas untuk kids. So takdelah aku risau anak jatuh. Anak aku siap terjun je tak pakai tangga pun…
Penyidai baju dan cermin aku buat rendah paras pinggang dewasa, khas untuk dorang bersolek dan mengemas sendiri baju-baju mereka.
Langsir pula aku gabungkan 2 corak. Nak kasi balance biru dan pink. Ok juga jadi trend. Setiap detail harga dan barangan aku mention pada setiap gambar okay.
Ini Detail Ubah Bilik Stor Jadi Bilik Anak Dara, Teruna Cilik
Asalnya bilik stor simpan barang; baju, cadar dan sebagainya.
Asalnya cuma bilik stor simpan barang.
Selepas 2 Hari Kerja Mendeko, Inilah Hasilnya..
Wallpaper ala ikea (4 roll RM100) Papan hitam ikea (RM69)
Almari baju hitam putih RM500 (perabot terpakai. Tapi fully kayu memang berat dan tahan lasak) Almari mainan bertingkat putih pink Ikea (RM200 lebih)
Frame gambar Mr.DIY (Yang kecil RM12, flamingo RM28, zirafah RM25)
Katil double kids ikea rendah sahaja paras dada dewasa -130cm ketinggian (RM499)
Cadar patchwork single (RM45 siap sarung bantal)
Penyangkut baju ikea (RM35)
Cermin Mr.DIY (RM35)
Langsir Mr.DIY (RM13 satu)
Bahagian dalam kamar dari sudut lain
Wallpaper ala ikea (4 roll RM100)
Papan hitam ikea (RM69)
Jagung bila kita hendak leraikan isinya bukan main mencabar lagi bukan. Berbagai cara sudah dicuba namun kerja-kerja meleraikan isi jagung sangatlah menguji kesabaran. Bila hendak masak bubur mulalah rasa malas itu datang sebab memikirkan hendak meleraikan isi jagung.
Antara teknik yang digunakan untuk meleraikan isi jagung ialah mencungkil isi jagung menggunakan pisau atau melurut dengan pisau. Cara pertama itu, akan membuatkan tongkol keras ikut sekali. Cara kedua pula buatkan isi manis jagung separuh terbuang.
Lerai Jagung Cara Mudah
Sebenarnya ada cara mudah dan cepat untuk meleraikan isi jagung. Cara ini diajarkan oleh peniaga jagung. Memang mudah dan tidak ambil masa yang lama pun. Kalau hendak buat bubur jagung, ‘corn in a cup’ atau ‘popcorn’ memang mudah.
Mak-mak boleh ajak anak-anak turut serta melerai isi jagung. Mana yang ada anak-anak tu, boleh ajak anak terut serta melerai. Memang boleh jadi aktiviti menyeronokkan ketika di dapur. Ini juga cara hendak bagi anak seronok makan bila sama-sama bantu mak sediakan bahan masak.
Tak Perlu Lagi Cungkil, Lurut Isi Jagung Dengan Pisau
Cara Mudah Lerai Jagung
Bahan-bahan:
Jagung
Screwdriver
Cara membuat:
1. Pastikan ada screwdriver dan jagunglah ya.
2. Belah jagung kepada dua bahagian.
3. Cungkil jagung dengan srewdriver tadi.
4. Cungkil sampai jadi kecil-kecil seperti ini.
5. Jagung sedia dileraikan. Tolak sahaja sudah boleh lerai dengan cantik.
6. Inilah hasilnya. Elok cantik isi jagung dileraikan. Boleh sudah rebus buat ‘corn in a cup, masak bubur jagung atau jemur biar kering dan dijadikan popcorn.
Tak susah pun hendak leraikan jagung. Bolehlah mak ayah mencubanya ya!
Buah lemon dan madu asli memang mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Perahan buah lemon yang kaya dengan vitamin C boleh dinikmati dengan campuran air suam, dicampur dalam teh atau boleh juga dicampur dengan sedikit madu untuk dijadikan ubat batuk semulajadi. Memang macam-macam kegunaannya. Lebih mudah jika kita buat sendiri stok pati lemon madu ini. Buat dalam kuantiti yang banyak, bila nak minum dah sedia ada.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Siti Hasnah AR sebagai rujukan.
Lemon madu buat stok, lagi lama simpan lagi sedap. Boleh makan dengan buahnya sekali. Rasa pahit? TIDAK sama sekali.
Yang ni betul-betul pati ya. Nak makan/minum kena tambah air!. Nak buat untuk ubat batuk pun boleh ataupun campur dalam teh, jadi teh lemon.
Bahan-Bahan Diperlukan:
6 Biji Lemon
Garam
1 senduk gula perang
300ml madu asli
secubit garam
Halia *optional
Cara Membuat:
1. Rendam lemon sekejap dengan air garam dalam 10 minit
2. Kemudian bilas, basuh bersih, potong nipis dan buang biji.
3. Tambah halia, kalau tak suka halia tak payah taruk. Tapi halia bagus.
4. Masukkan pula gula perang, madu asli dan secubit garam. Jangan tambah air. 5. Gaul sampai sebati, nanti air jus dari lemon akan keluar sudah cukup.
6. Dah sebati boleh lah masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Esoknya boleh guna.
Saya minum sehari sekali sebelum tidur untuk kurangkan kolestrol.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika nak buat pati lemon madu yang tak pahit, boleh ikut cara yang dikongsikan ini. Bila dah buat stok mudah, boleh minum bila-bila masa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...