“Bengkak, Lebam Teruk Di Batang Hidung” Mak Ayah Pantau Anak Main Lato-Lato!.Sekarang menjadi trend anak-anak bermain lato-lato ni. Memang leka dibuatnya, sebab lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat. Namun hati-hati iya, dalam pada seronok anak-anak bermain, mak ayah kena pantau kerana ia mungkin boleh mencederakan diri mahupun orang lain.

Baca perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini;

Kebelakangan ni selalu nampak video permainan yang dipanggil lato-lato ni. Awalnya nampak video kebanyakan dari Indonesia. Sekarang dah masuk Malaysia. Mana saya tahu?

Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato.

Lato-lato ni ada dua (ladung)pemberat, dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayung kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.

Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung.

“Bengkak, Lebam Teruk Di Batang Hidung” Hati-Hati Pantau Anak Main Lato-Lato!

Main Cara Selamat

Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain.

IKLAN

Ibubapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:

1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.
2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.
3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.
4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.

“Bengkak, Lebam Teruk Di Batang Hidung” Hati-Hati Pantau Anak Main Lato-Lato!

IKLAN

Sepertimana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibubapa perlu memantau anak-anak bila bermain.

Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
#notadrkamarul

Mesti Baca:Bahaya Latto Latto, Barang Mainan Kanak-Kanak Ini Merupakan SENJATA Berburu Pada Zaman Koboi
Baca Lagi Di Sini:Anak Menangis Merayu Ayah Bagi Peluang Bermain, Bukan Hanya Asyik Disuruh Belajar
Artikel Menarik:Detik Cemas Main Lepas Sekolah, Kon Lekat Di Kepala Murid 10 Tahun!

IKLAN

Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak ayah pantau anak-anak main lato-lato ini iya. Jangan sampai mencederakan diri sendiri mahupun orang lain pula nanti.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI