Hamil Kembar 4 Sebaik Ambil Anak Angkat 4 Beradik, Bertuah Sungguh!
Jake dan Maxine Young bersama-sama sembilan orang anak mereka.

Sepasang suami isteri di Pennsylvania kini menjadi ibu bapa kepada sembilan anak setelah menerima kelahiran anak kembar empat mereka. Semua itu berlaku kira-kira setahun setelah mereka sah bergelar ibu bapa angkat kepada empat beradik.

Maxine dan Jake Young telah mempunyai seorang anak kandung lelaki bernama Henry apabila mereka mengambil keputusan menjadi ibu bapa angkat secara rasmi kepada empat beradik itu pada bulan Disember 2019.

Keputusan untuk menjadi ibu bapa angkat rasmi itu dibuat setelah setahun pasangan suami-isteri ini menjaga empat beradik kandung tersebut.

Selepas mengambil anak angkat, pasangan ini telah memutuskan untuk mencuba memiliki seorang lagi anak kandung. Terkejut besar pasangan ini apabila Maxine hamil anak kembar empat. Ini sekaligus mengubah jumlah ahli keluarga menjadi 11 orang dalam masa tiga tahun.

Hamil Kembar 4 Sebaik Ambil Anak Angkat 4 Beradik, Bertuah Sungguh!
Maxine hamil anak kembar 4 tanpa melakukan kaedah IVF

Impikan Keluarga Besar

Menurut apa yang ditulis di laman gofundme oleh ArLette Young yang juga ibu kepada Jake, anak dan menantunya ini telah berkahwin pada bulan Mei 2016. Dan mereka mahu memulakan keluarga sendiri dengan secepat mungkin.

Tulis ArLette, Maxine mahu menjadi ibu angkat dan dia sentiasa mengimpikan untuk memiliki keluarga besar dengan adanya anak kandung dan anak angkat.

Jake menyokong impian isterinya itu. Walau kemungkinan akan berlaku sedikit ‘huru-hara’ di dalam rumah, Jake sebenarnya juga suka kepada idea untuk mengisi rumah mereka dengan penuh kasih sayang dan gelak ketawa anak-anak.

Namun di sebalik sangkaan akan berlaku ‘huru-hara’, pasangan ini tidak menjangka akan dilimpahi kasih sayang yang tidak terhingga.

IKLAN

Sebelum bergelar ibu bapa angkat, Jake dan Maxine telah berjaya menamatkan kursus dan latihan sebagai ibu bapa angkat terlebih dahulu.

Hamil Kembar 4 Sebaik Ambil Anak Angkat 4 Beradik, Bertuah Sungguh!
4 beradik kandung jadi anak angkat Jake dan Maxine

Kisah dan perjalanan Jake dan Maxine sebagai ibu bapa angkat bermula sebaik mereka menjaga tiga beradik pada bulan 28 Julai 2017. Ketika itu tiga beradik itu berusia 4 tahun, dua tahun dan 11 bulan. Sebulan kemudian, seorang bayi perempuan yang baru lahir yang juga adik kandung kepada tiga beradik itu turut menyertai keluarga mereka.

Jelas ArLette lagi dalam laman web gofundme itu lagi , “Pada masa sama, Jake dan Maxine tetap mencuba untuk memiliki anak kandung sendiri. Malah, pelbagai cabaran dihadapi Jake dan Maxine.

Ini termasuklah mengalami keguguran berganda, kehamilan kimia, dan rawatan IVF dan IUI sebelum mereka dikurniakan dengan anak kandung lelaki yang diberi nama Henry pada bulan Oktober 2018.

Artikel berkaitan:
Sebab Inilah Kos IVF Telan Belanja Tinggi, Walau Jaminan Berjaya Tidak 100 %
“Anakku Yang Cantik Baru Meninggal Dunia, Tak Tahu Bagaimana Aku Hendak Bersedih,”

IKLAN
Hamil Tanpa Kaedah IVF

Pada Disember 2019 iaitu setahun selepas anak kandung mereka Henry dilahirkan, Jake dan Maxine secara rasminya telah disahkan bergelar ibu bapa angkat kepada empat beradik kandung tersebut.

Dalam satu temuramah yang dilakukan di di stesen berita tempatan WFMZ, Maxine menjelaskan keadaan rumah mereka memang kecoh dan ‘huru-hara’.

Daripada kosong dan tidak ada anak, jumlah keluarga kami bertukar menjadi lima orang. Semuanya dalam masa kurang dari setahun.

Hamil Kembar 4 Sebaik Ambil Anak Angkat 4 Beradik, Bertuah Sungguh!
Maxine tidak sangka mampu hamil tanpa melakukan kaedah IVF

Jake dan Maxine fikir dengan 7 orang ahli, keluarga mereka telah lengkap. Tetapi ketika minggu akhir sebelum proses pengambilan anak angkat disahkan, Maxine mendapati dirinya hamil lagi. Kali ini tanpa melakukan sebarang kaedah IVF.

IKLAN

Saya tidak menyangka bahawa diri akan hamil tanpa sebarang kaedah IVF atau IUI, seperti mana yang saya lakukan ketika mengandungkan Henry. Saya masih ingat lagi ketika menulis mesej kepada suami. Ya Tuhanku! Itu sahaja yang mampu saya,” ujar Maxine.

Hamil tanpa disangka adalah satu kejutan buat pasangan ini. Namun kejutan yang diterima mereka tidak berakhir di situ. Tanpa disangka, semasa pemeriksaan dilakukan, Maxine bukan hamil seorang anak sebaliknya anak kembar empat.

Hamil Kembar 4 Sebaik Ambil Anak Angkat 4 Beradik, Bertuah Sungguh!
Ingatkan seorang sebaliknya 4 bayi yang dikandung Maxine

Berbaloi

Maxine telah selamat melahirkan anak kembar empatnya pada 31 Julai 2020. Ketika itu usia kandungannya adalah 32 minggu.

Pasangan ini telah menamakan anak-anak mereka dengan nama Silas Ledger, Theo Alexander, Beck Killian, dan Cecilia Hudson.

Hamil Kembar 4 Sebaik Ambil Anak Angkat 4 Beradik, Bertuah Sungguh!
Dua bayi telah keluar daripada hospital, manakala 2 lagi masih di dalam wad

Kesemua bayi ini dilahirkan antara pukul 8.00 dan 8.02 pagi. Masing-masing memiliki berat antara tiga dan empat paun. Kesemua bayi ini terpaksa dimasukkan ke dalam NICU. Minggu ini (ketika artikel ini diterbitkan) hanya dua orang bayi telah dibenarkan keluar daripada hospital.

Hamil Kembar 4 Sebaik Ambil Anak Angkat 4 Beradik, Bertuah Sungguh!
Kesemua anak kembar 4 ini telah dimasukkan ke dalam NICU sekurang-kurangnya sebulan

Jelas ibu bapa ini lagi, mereka bersyukur kesemua anak kembar empat itu berada dalam keadaan baik.

Rasa syukur Maxine itu turut ditulis di akaun Facebook miliknya.

“Saat ditemukan dengan keempat-empat bayi kami itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dengan serta-merta kami telah melupakan kesemua perjuangan dari beberapa bulan sebelum itu.

“Pada masa itu kesakitan dan stress juga tidak menjadi masalah. Segala apa yang telah kami lalui itu berbaloi.”

Sumber/ Foto: Daily Mail / gofundme/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI