Baliklah nak, ayah tunggu, ayah kekal setia tunggu jasad anak lemas setiap hari sejak 2 bulan lalu. Kasih seorang ibu membawa ke syurga. Kasih seorang ayah sepanjang masa.
Jika orang lain merasakan tempoh dua bulan itu lama tapi bagi seorang ayah ianya amat sekejap. Apa tah lagi, orang yang ditunggu-tunggu itu anak darah dagingnya sendiri yang masih belum ditemui semenjak lemas pada 3 Mac lalu.
Baliklah Nak, Ayah Tunggu…
Kasih sayang yang ditunjukkanya bukan kepalang. Kalau tidak menunggu di jeti tempat anaknya, Nur Hafizah jatuh, si ayah akan menyusuri bot mencari jasad anaknya itu.
Kasih seorang ayah, tak pernah jemu menanti jasad anaknya akan timbul. Sejak dua bulan lalu, setiap hari dirinya menunggu. Sama ada di atas jambatan atau mencari menggunakan bot.
Memetik laporan Utusan Malaysia, kakak kepada arwah Nur Hafizah mengakui ayah mereka masih mengharap adiknya itu yang mesra disapa kak Ngah dapat ditemui walau apa sekali pun keadaan jasadnya.
“Kami sekeluarga terutama ayah, masih berharap pada bulan Syawal ini Kak Ngah pulang. Tidak kira dalam keadaan macam mana sekali pun, asalkan dia pulang”.
Demikian jelas Nur Wahida Zailan, 25, kakak kepada Nur Hafizah, 23, atau mesra dipanggil ‘Kak Ngah’ yang hilang selepas terjatuh dari jambatan gantung di Kampung Aur, Muadzam Shah di sini pada 3 Mac lalu.
Gambar-gambar yang menjadi kenangan hingga kini buat keluarga ini
Ayah Kekal Setia Tunggu Jasad Anak Lemas Setiap Hari Sejak 2 Bulan Lalu
Nur Wahida berkata, jika adiknya itu meninggal dunia, sekurang-kurangnya ada kubur untuk diziarahi mereka sekeluarga.
“Sambutan Aidilfitri kali ini, kami sambut dalam keadaan suram dan ala kadar, sebelum ini, Kak Ngah paling teruja jika nak sambut hari raya kerana dia semangat untuk kemas rumah dan pasang pelita.
“Tahun ini pun, Kak Ngah juga sudah bercadang nak pakai baju raya sedondon warna biru dan membuat kuih gunting.
Ads
“Namun begitu, kami sekeluarga tidak melakukan apa-apa persiapan kali ini tambahan pula rumah baharu sahaja pulih daripada ditenggelami banjir,” katanya ketika ditemui.
Setakat ini operasi pencarian Nur Hafizah sudah dihentikan pada 4 April lalu, namun keluarga mangsa masih tidak berputus asa mencarinya.
Nur Wahida berkata, hampir setiap hari bapanya akan turun ke sungai menaiki bot untuk mencari Nur Hafizah sama ada di sebelah pagi mahupun petang.
“Orang kampung juga membantu meneruskan usaha mencari Kak Ngah. Sambil mereka memancing ikan di sungai, sambil mereka mencari Kak Ngah, setiap hari.
“Kak Ngah seorang ustazah, mengajar mengaji di kampung ini dan disebabkan itu Kak Ngah sangat dikenali orang kampung. Mereka semua juga berharap Kak Ngah segera ditemukan,” katanya.
Nur Hafizah tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum kehilangannya pada 3 Mac lalu, apabila jambatan gantung yang dilaluinya terlingkup akibat dipukul arus deras.
Ads
Menurut Nur Wahida, seminggu sebelum kejadian, adiknya ada menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp tertulis ‘saya sayang awak’.
“Sebagai adik-beradik yang sangat rapat, saya sangkakan dia bergurau kerana dia suka mengusik dan ceria dalam keluarga kami. Saya pun anggap biasa dengan mesej tersebut dan tidak menyangka itu mesej yang penuh makna,” katanya.
Nur Hafizah adalah pelatih Program Pembangunan Tamadun Orang Asli (Petama) anjuran Yayasan Pahang pada 2021 dan kemudiannya dilantik sebagai Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Orang Asli (Pepima) bagi kampung Orang Asli Gadak di Bukit Ibam, tahun lalu.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bertebaran di grup WhatsApp report polis siap nama 7 remaja yang ditahan bagi membantu siasatan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat. Semalam kamera litar dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia membuka lembaran baru dalam kronologi mencari punca kebakaran.
Dibimbangi ianya adalah perbuatan khianat. Penahanan 7 remaja termasuk lima suspek utama untuk membantu siasatan ini seakan menjawab persoalan. Turut dipanggil pihak polis, 3 pelajar tahfiz dari pusat berkenaan. Mereka ini remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun.
Ternyata terdapat satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat. Dari situlah dapat menunjukkan perbuatan suspek yang mencurigakan.
Menurut sumber terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol jam 1.30 pagi iaitu beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan.
Siasatan polis masih lagi berjalan. Kebakaran itu dikatakan menjurus kepada perbiatan khianat dan balas dendam. Namun, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Ketika ada jasad anak-anak syurga ini disemadikan di kampung halaman masing-masing. Rupanya dicatatkan ada pengakuan yang dicatatkan oleh suspek semasa mereka ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.
Malah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak menafikan penahanan perkenaan namun tenggan mengulas lanjut.
Kebakaran yang meragut nyawa 23 pelajar dan 2 guru tahfiz pada jam 5.15 pagi ini sememangnya bersifat kejam jika ianya hanya disebabkan dendam. Lebih terkejut bila yang ditahan itu adalah anak-anak remaja sebaya usia dengan anak-anak syurga itu.
Pelakon Ashraf Muslim, yang juga bapa kepada empat orang anak ini berkongsi tip mendidik anak bongsunya baca Iqra. Jelas terpancar kesabaran bapa ini semasa mengajar Iqra di rumah.
Pesan Ahsraf tak perlu nak marah-marah anak kecil jika tersalah baca. Asalkan anak bongsunya Safiyyah selesa dengan pengajarannya.
Sememangnya mengajar anak kecil ini memerlukan kesabaran yang tinggi daripada kedua ibu bapa. Begini Ashraf kongsikan cara bertenang ajar anak mengaji.
“Kira boleh bacalah tu..” tulisnya yang turut berkongsi video Safiyyah membaca Iqra.
“Bukan senang nak ajar si Safiyyah yang 3 tahun ni. Tapi bila dia tengok abang-abang dan kakak dia baca, dia pun nak jugak. Itupun kita dah seronok.”
Tipnya Sabar, Tak Perlu Marah-marah Kalau Anak Salah Baca Iqra
Nak ajar anak baca Iqraq kena sabar dan bagi dia minat serta suka untuk baca. Jangan marah-marah anak-anak kalau salah baca. Bagi anak-anak selesa.
InsyaAllah road to read Al-Quran akan tercapai tak lama lagi. Nak sangat anak-anak cepat baca Quran supaya dia boleh jadikan amalan dia setiap hari.
Kepada mak ayah ingatlah tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak.
Didiklah dengan penuh kasih sayang dan janganlah sesekali berputus asa. Urus masa kita dengan baik bukan sahaja untuk kerja, tapi keluarga pun nak kena ada masa.
InsyaAllah barulah berjaya dunia dan akhirat.
Ashraf Muslim mendirikan rumah tangga dengan Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Perkahwinan bersama Noor Dayana dikurniakan cahaya mata lelaki, Anas.
Dan perkahwinan bersama Sakinah, diserikan dengan kehadiran, Sarah, Adam dan Safiyyah.
Georgetown: Jumlah mangsa banjir di lima daerah di Pulau Pinang hingga awal pagi ini terus meningkat kepada 5,845 berbanding 3,779 mangsa malam tadi yang di tempatkan di 62 pusat pemindahan.
Seberang Perai Utara Paling Ramai
Daerah Seberang Perai Utara mencatat jumlah mangsa paling ramai dengan 3,371 orang di 30 pusat pemindahan diikuti daerah Seberang Perai Tengah dengan 2,119 mangsa di 27 pusat pemindahan.
Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata bilangan mangsa banjir yang dipindahkan meningkat malam tadi berikutan hujan dan air pasang besar sehingga beberapa kawasan lagi turut dinaiki air.
Kawasan yang terlibat di Seberang Perai Utara ialah Sungai Dua, Nyior Sebatang, Lahar Yooi dan Desa Murni manakala di Seberang Perai Tengah ialah Kampung Tanjung Putus dan Permatang Tinggi.
Sejumlah 33 mangsa pula ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Seberang Perai Selatan manakala di Barat Daya 130 mangsa di dua pusat pemindahan dan 192 mangsa di dua pusat di daerahTimur Laut.
Ragut 7 Nyawa
Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – Bernama
Tarif elektrik dah naik, mak-mak jangan seterika baju & buka aircon waktu pantang ini. Menangis bil melambung.kena tahu bila tarif elektrik naik mulai 1...