Ketika pelitup muka atau facemask menjadi keperluan utama dalam membantu mencegah penyebaran coronavirus, seorang artis dari Brazil mengambil peluang untuk menjana rezeki.
Kreatif sungguh lelaki ini!
Melalui laporan yang dipetik daripada Reuters, artis bernama Jorge Silva Roriz, 65, sudah biasa mencipta dunia ajaib Karnival Rio de Janeiro yang terkenal dengan pelbagai hiasan menarik dan kostum berwarna-warni.
Dan kini, ketika dunia sedang berjuang menghadapi pandemik coronavirus, lelaki ini menggunakan bakat seninya untuk membuat pelitup muka yang kelihatannya seperti tidak menutup bahagian bawah wajah.
Jorge Silva Roriz memakai pelitup muka sambil melukis atas pelitup muka yang ditempah pelanggan. (Kredit Gambar : Reuters/ Pilar Olivares)
Sebaliknya ia seakan menonjolkan wajah si pemakai kelihatan seperti tidak memakai pelitup muka.
Ads
Roriz melukis pelitup muka atau topeng muka dengan begitu teliti, tepat dan hasilnya luar biasa. Semasa dia bercakap sambil memakai pelitup muka, mulutnya seperti ventriloquist, nampak tidak bergerak.
Akui Roriz, “Saya menggunakan pelitup muka ini agar tidak kehilangan identiti saya.”
Roriz melukis bahagian bawah wajah si pemakai di atas pelitup muka berwarna putih. Dia mengambil masa lama untuk meneliti dan melukis setiap butiran seperti warna kulit dan bibir agar sama seperti wajah si pemakai pelitup muka itu.
Pelitup muka ini telah menjadi popular di kalangan orang yang kelihatannya seperti tidak mahu menyembunyikan wajah mereka semasa wabak tetapi berminat untuk melindungi diri daripada virus.
Ads
“Sangat penting bagi setiap orang menjaga diri mereka sendiri, amat bagus apabila setiap orang menggunakan pelitup muka,” katanya.
Jorge Silva Roriz menunjukkan pelitup muka yang ditempah pelanggan serta wajah pelanggan yang menempah di telefon. (Kredit Gambar : Reuters/ Pilar Olivares)
Reaksi yang diterima oleh Roriz amat positif.
“Ada yang ketawa. Sesuatu perkara yang patutnya sedih menjadi sesuatu perkara yang membawa kegembiraan.”
Berita baik buat wanita jika cuti haid, subsidi tuala wanita, tambahan cuti bersalin terlaksana. Perkara ini masih di peringkat perbincangan dan penelitian, namun jika ianya terlaksana maka ia menjadi berita buat wanita di luar sana.
Selain cuti bersalin, cuti datang bulan atau haid adalah perkara yang perlu diteliti dengan baik kerana rata-rata wanita mengalami period pain dan sesetengahnya amat teruk hingga tidak dapat melakukan tugas harian.
Pengenalan cuti haid memerlukan penelitian dan libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Sumber Manusia, kesatuan-kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan, Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, proses pengenalan cuti itu bukan sahaja tentang kesejahteraan wanita, tetapi juga melibatkan implikasi ekonomi negara.
Jika Cuti Haid
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu memberitahu Dewan Rakyat, buat masa ini, kajian melibatkan 57,000 responden tentang cuti haid dan subsidi tuala wanita sedang dijalankan dan dijangka selesai pada Oktober.
‘Buat masa ini, ada cuti sakit, cuti rehat kepada pekerja, sama ada di sektor swasta atau awam,” katanya ketika menjawab soalan Charles Santiago (DAP-Klang).
Subsidi Tuala Wanita
Charles bertanya mengenai rancangan kerajaan memperkenalkan cuti haid dan subsidi tuala wanita, sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40.
Tambah Siti Zailah, kemiskinan haid secara relatifnya merujuk kepada situasi individu yang tidak mendapat akses tuala wanita sebab kekangan kewangan.
“Kementerian berpandangan kajian lanjut perlu dilaksanaknan berhubung subsidi tuala wanita, bagi membolehkan kerajaan mendapat gambaran sebenar berhubung isu ini, khususnya b40.
“Selain itu dapatan kajian juga membolehkan satu pendekatan komprehensif bersasar, bagi menangi isu ini, dan kajian itu dijangka siap pada Oktober,” tambahnya.
Siti Zailah mengakui, negara-negara maju sudah ke depan dalam melaksanakan cuti haid bagi kesejahteraan wanita.
Katanya lagi, jika kajian tersebut sudah selesai dan didapati mempunyai kepentingan yang signifikan, ia akan dibentangkan kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.
Media sebelum ini melaporkan kenyataan Bank Dunia pada 2018, yang menganggarkan lebih kurang 500 juta wanita di seluruh dunia tidak mampu memperoleh keperluan asas sewaktu haid atau turut diistilahkan sebagai “kemiskinan haid”.
Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata, kementerian setakat ini sudah membelanjakan RM2.39 juta, iaitu 77 peratus daripada bajet yang disediakan, untuk menyediakan tuala wanita kepada pelajar sekolah B40, serta program bersifat pendidikan tentang kebersihan.
Mingguan Wanita : Semoga ada sinar buat wanita-wanita atau ibu yang bekerja di luar sana dalam menuntut hak untuk cuti.
Impian Vanidah Imran genggam Master tercapai, berkat nasihat bapa tersayang “terasa bagaikan mimpi” begitulah bahagianya pelakon senior terkenal Vanidah Imran apabila berkongsi khabar gembira tentang dirinya yang berjaya menamatkan pengajian Sarjana Seni Persembahan (Drama).
Siapa sangkan pada usia 48 tahun ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu menjadi seorang daripada penerima ijazah daripada lebih 7,682 pelajar yang menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen ke-61, Universiti Malaya yang berlangsung Sabtu lalu di Dewan Tunku Canselor universiti berkenaan.
Impian Vanidah Imran Genggam Master Tercapai
Terlebih dahulu Vanidah bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris pada tahun 2015 di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Kemudian bertekad menyambung, perjalanan empat tahun bagi melengkapkan tempoh pengajian Sarjana pula.
“Terima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan tahniah.
“Akhirnya sampai jua impian yang dimanifestasi sekian lama. Terasa bagaikan mimpi. Segala penat lelah, perit getir menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.
“Syukur Alhamdullilah.
“T.kasih my children rakamkan detik2 indah ini untuk Ibu.
“Semoga menjadi pembakar semangat mu di masa akan datang. InshaAllah.
“Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan kepada semua urusetia konvokesyen @unimalaya yang banyak membantu.
“My Masters degree is specially dedicated to my 1st love, my advisor and motivator, my father, Hj. Imran Abdullah @ Indiran Koothayan,” tulis Vanidah menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Tanggungjawab Berat
Akui Vanidah bergelar ibu, pensyarah dan pelajar bukanlah satu perkara mudah.
“Saya perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, pensyarah di Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM), tuntutan seni dan belajar pada masa sama.
“Anak saya tahu bila ibu mereka perlu lunaskan itu dan ini. Contohnya kalau saya kena mengadap tesis, tarikh akhir serahan tugasan dan sesi virtual. Tambah pula berdepan fasa genting di era pandemik COVID-19.
“Kalau saya tak sempat masak dan sediakan makanan, mereka pandai-pandai buat makan sendiri atau tempah dari luar.
Vanidah pernah mengakui sebelum ini betapa ruginya tidak menyambung pengajian ketika masih muda.
“Apabila belajar di usia melewati angka empat siri dengan tuntutan tanggungjawab serta komitmen sebagai ibu dan anak, ia bukanlah fasa mudah.
“Berbanding masa muda, kita kurang bebanan. Tapi saya terima segala-galanya dengan lapang dada. Menyambung pengajian ketika ada anak kecil dan keluarga itu lebih buat saya jadi kuat.
“Namun sebanyak mana tekanan, tanggungjawab mahupun suntikan motivasi atau nasihat daripada orang lain, pada akhirnya kita yang mengharungi ‘battle’. Nak buat terbaik atau sebaliknya terserah kepada diri sendiri,” tambahnya.
Ayah Pembakar Semangat
Vanidah juga beruntung ayah tercinta pembakar semangat.
“Bapa tak pernah jemu dan berhenti meminta saya sambung belajar. Kata-katanya seperti sampai bila nak kerja berlakon balik lewat pagi terus berbekas.
“Saya bersyukur Tuhan gerakkan hati untuk saya jadi realistik sekali gus sambung belajar.
“Orang selalu kata buat sesuatu harus ambil kira nasihat ibu bapa. Ternyata apa yang bapa saya tekankan selama ini ada keberkatannya.
“Saya tak pernah menyangka akan dapat tawaran masuk dunia akademik termasuk bergelar pensyarah.
“Itu semua antara hikmah yang dihamparkan apabila saya mula membuat keputusan besar dalam hidup untuk mengutamakan sisi akademik selain mengimbangi kehidupan hakiki.
“Paling penting bapa yang tidak menentu tahap kesihatannya masih berpeluang menyaksikan kejayaan ini,” sambungnya.
Nurul Izzah coret perjuangan bapa, pernah terseret ke penjara dan menunggu sejak 1998 sebelum dilantik Perdana Menteri. Teka teki siapa Perdana Menteri ke-10 Malaysia akhirnya terjawab apabila Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik sebentar tadi.
Dalam pada itu, selepas perlantikan Perdana Menteri diumumkan, anak suungnya, Nurul Izzah mencoretkan sesuatu mengenai kisah perjuangan bapa itu sejak 1998 lagi iaitu ketika pemecatan sebgaai Timbalan Perdana Menteri.
Tulis Nurul Izzah di fbnya, dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.
Ketika kalah kita diduga, Ketika menang juga kita diduga.
Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini – adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan – menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.
Cabaran tetap menanti – dan selepas upacara angkat sumpah – usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
I love you, Papa Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.
Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InshaaAllah.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...