Kematian Waraluck mencetuskan perdebatan hebat di media sosial dan menggerakkan inisiatif kerajaan untuk memasang lampu isyarat pejalan kaki di persimpangan Jalan Phaya Thai.
“Pemasangan lampu isyarat jadi sia-sia.” Pemandu di Thailand tidak berhenti, walaupun lampu merah.
Susah betul, kalau macam tu. Apa gunanya pasang lampu isyarat kalau tak digunakan dengan betul.
Pemasangan Lampu Isyarat Jadi Sia-Sia
Setiausaha Agung Majlis Perubatan Thailand menggesa kerajaan supaya melaksanakan kempen mendidik pemandu tentang kewajiban untuk berhenti semasa lampu isyarat merah dan di lintasan pejalan kaki atau lintasan zebra, lapor laman berita The Thaiger semalam.
Dalam catatan di halaman Facebooknya, Ittaporn Kanacharoen berkata, pemandu perlu diajar tentang hak pejalan kaki di lintasan zebra dan peraturan lampu isyarat.
Pemandu Di Thailand Tidak Berhenti
“Pemasangan lampu isyarat menjadi sia-sia sekiranya pemandu tidak dididik untuk berhenti semasa lampu merah,” katanya.
Terdahulu, perancangan sedang dilakukan untuk menjadikan lintasan zebra di bandar raya itu lebih selamat susulan kes kemalangan ngeri melibatkan pakar oftalmologi, Dr Waraluck Supawatjariyakul.
IKLAN
Mangsa maut dilanggar seorang anggota polis yang di luar waktu bertugas. Anggota berkenaan menaiki motosikal yang dipandu laju dan melanggar mangsa ketika dia menggunakan lintasan pejalan kaki.
Walaupun Lampu Merah
Kematian Waraluck mencetuskan perdebatan hebat di media sosial dan menggerakkan inisiatif kerajaan untuk memasang lampu isyarat pejalan kaki di persimpangan Jalan Phaya Thai.
Menurut laporan portal berita Thai PBS World, kerja pemasangan dijangka siap dalam masa seminggu dan selepas itu, lampu isyarat tersebut akan diuji sebelum mula beroperasi.
IKLAN
Kamera berteknologi kepintaran buatan (AI) juga akan dipasang pada peringkat seterusnya untuk mengesan pemandu yang gagal berhenti di lintasan pejalan kaki dan persimpangan lampu isyarat. – Agensi
Baru nak lena, tetiba terganggu dengan orang sebelah yang tidur berdengkur. Mungkin ada sesetengah orang dah biasa tidur berdengkur dan anggap itu perkara biasa. Namun macam mana pula kalau tidur berdengkur itu sampai mengganggu orang lain?
Haaa… jaga-jaga ya, itu menandakan individu berkenaan memerlukan rawatan bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan dengkurannya.
Realitinya ramai yang masih tak tahu yang berdengkur mengakibatkan seseorang itu tak dapat kualiti tidur yang diinginkan. Ketika berdengkur badan sebenarnya tak mendapat rehat secukupnya. Akibatnya mereka mudah mengantuk pada siang hari, kerap tidur, kelihatan tidak bermaya dan tidak boleh fokus pada kerja.
Sebenarnya jika seseorang itu berdengkur, itu menandakan saluran pernafasannya terhalang. Ini disebabkan halangan dalam saluran pernafasan. Getaran tisu pada bahagian kerongkong menyebabkan bunyi dengkuran itu muncul.
Buat mak-mak yang nak tahu lebih tentang punca berdengkur, baca pengisian Dr Ezairy M.Sallih ini…
Punca Berdengkur
Kenapa kita tidur berdengkur?
Cuba lihat perkara ini
1. Terlalu penat letih
Tisu dan otot yang lemah akibat keletihan di bahagian dalam mulut dan belakang tekak akan mengakibatkan pesakit mudah mengalami berdengkur. Anda, saya dan kita semua boleh menghadapi masalah ini
2. Berat badan berlebihan
Pengumpulan lemak akibat berat badan berlebihan di sekitar salur pernafasan mengakibatkan masalah berdengkur. Turunkan berat badan ke tahap ideal!
3. Masalah hidung
Nasal polyp salah satu puncanya. Buat pemeriksaan doktor jika anda ada masalah pada hidung.
4. Masalah tekak
Ramai ada masalah tonsil yang besar, tapi mereka tak sedar. Selain boleh menyebabkan serangan berulang kali, pesakit turut boleh mengalami masalah berdengkur.
5. Lain-lain
Ini termasuk ubat tidur, meningkat usia, merokok, alkohol, saiz anak tekak dan lidah yang besar dan berbagai-bagai lagi.
Seperti yang dijangkakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bakal berakhir pada 28 April akan diteruskan sehingga 12 Mei. Walaupun ramai mak, ayah yang mula rindukan anak-anak yang berada jauh di mata tetapi inilah langkah yang terbaik buat masa ini.
Bawa bersabar dan bertenang kerana jika keadaan masih belum reda mungkin mak,ayah tak dapat pulang beraya di kampung.
Kelihatan Perdana Menteri juga begitu prihatin dalam setiap masalah dan aduan yang dialami rakyat namun demi keselamatan bersama, PKP harus diteruskan dalam tempoh dua minggu lagi. Malahan Perdana Menteri tidak menolak PKP akan berlangsung lebih panjang, segalanya bergantung kepada situasi semasa.
Pengumuman Perdana Menteri
Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 29 April hingga 12 Mei ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada perutusan khas tadi.
Lanjutan itu adalah PKP fasa keempat yang dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini sejak 18 Mac lalu.
Perdana Menteri berkata, berdasarkan data yang dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), beliau dapati usaha untuk membendung wabak COVID-19 masih perlu diteruskan.
Ini kerana, katanya walaupun angka menunjukkan perkembangan positif, langkah yang diambil hendaklah diteruskan sehingga kerajaan yakin wabak COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya.
Dilanjutkan Lagi 2 Minggu
“Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan PKP yang dijangka berakhir pada 28 April akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei.
“Dalam tempoh ini, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya.
“Saya tidak menolak kemungkinan PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini. Ini bermakna, saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung. Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.
“Walau bagaimanapun, jika kes-kes COVID-19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial.
“Ini untuk membolehkan saudara-saudari menjalani kehidupan yang lebih selesa. Majlis Keselamatan Negara sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini,” katanya.
Sumber: Berita Harian
MW: Harapnya dengan pelaksaan PKP fasa keempat dapat memulihkan keadaan negara kita kepada yang lebih baik. Insyallah.
Dua tiga hari ni, perkakasan elektrik pelbagai guna Thermomix berlegar-legar di media sosial. Dikatakan boleh memasak sehingga 50 ribu resipi dan mempunyai 20 fungsi tersendiri. Punyalah hebat, sehinggakan ramai yang berangan dan bercita-cita untuk memiliki Thermomix di dapur rumah sendiri walaupun harganya boleh tahan juga mahalnya.
Namun itulah, orang kata ukur baju di badan sendiri. Jika berkemampuan, memang duit berkepuk tak tau nak beli apa, tiada salahya. Namun demikian jika kita dikalangan golongan M40, B40 dalam keadaan ekonomi sekarang, sebelum berhasrat meneruskan untuk membeli Thermomix ini ada baiknya, simpan je duit RM7,000 tu untuk keperluan lain yang lebih penting nanti.
Jarang saya menulis pagi-pagi. Tapi oleh sebab tengah viral pasal Thermomix ni eloklah saya tulis sikit pasal benda alah ni.
Firstly, mahal weh RM7000 tu! Serius, main kutu pun rasa tak berbaloi RM7k ni. Kalau kita golongan T20 yang jenis duit tak tau nak buat apa, okay je boleh pejam mata beli tapi pada golongan M40, B40 yang dok terliur sama, pada saya elok simpan je duit RM7k tu.
Kenapa saya cakap better simpan duit? Tahukah anda, dengan RM7000 tu anda boleh beli 7 bijik periuk Noxxa, boleh beli 7 vakuum takde wayar, boleh beli 4 iron Phillips, 10 air fryer jenama bagus, yang jadi wishlist kaum perempuan kat Malaysia. Ye, dengan RM7000 tu anda boleh berkongsi macam-macam peralatan wishlist kaum perempuan ni untuk kegunaan keluarga sendiri dan kegunaan keluarga mertua, betul tak?
Bahkan dengan RM7000 anda boleh beli completed set perkakas dan barang dapur yang lebih berbaloi berbanding RM7000 untuk satu thermomix sahaja. Silap-silap RM7000 tu siap pakej sekali table top dan kabinet simple + perkakas memasak.
Tapi itulah, kalau teringin jugak nak beli Thermomix ni, pada saya ada baiknya kalau duit tu anda pi beli emas. Sekurangnya ada la jugak gelang emas boleh menunjuk sap, sap angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? 😊 Emas, kalau takde duit, time susah boleh pi Ar-Rahnu. Kalau beli Thermomix nak gadai macamana, kan?
Alternatif Harga Lebih Murah
Yang tak sabar nak beli tu boleh tak sabar sikit sebab benda elektronik ni dia kejap je akan ada pesaing syarikat lain yang akan bagi alternatif pada kita dengan harga yang lebih murah. Tak percaya cuba tengok periuk Noxxa kan berapa banyak syarikat yang dah tiru buat periuk dengan function macam tu. Sama jugak macam Iron Philips, banyak dah syarikat yang dah tiru buat iron dengan function macam tu. Dan paling penting, harganya lebih murah. Ya, yang periuk Thermomix ni pun saya tengok dia pun dah ada yang lebih murah, cer Google atau cari kat Lazada, Shoppe kalau tak percaya.
Hilangkan Nostalgia Memasak
Dan, satu lagi benda paling penting Bila dah banyak sangat alat elektronik ni, antara kita sedar atau tak, ia dah menghilangkan sedikit demi sedikit nostalgia bunyi ketang-ketung kuali hitam yang mak-mak kita selalu pakai. Hilang dah nostalgia bunyi tumbuk bawang pakai lesung, sampai keluar air mata. Hilang dah nostalgia menguli, mengadun tepung guna tangan nak buat karipap. Hilang dah bunyi sreng, sreng bunyi minyak yang mak-mak tumis bawang yang baunya sampai ke ruang tamu. Then, hilang dah sikit keberkatan air tangan mak-mak sebab semua dah diganti dengan air tangan mesin, kan?
Saya ada tengok video ada orang guna Thermomix untuk masak, saya tengok hasilnya sama je macam kita guna dapur ketang, ketung. Takde beza. Kecualilah kalau Thermomix ni kita boh segala bahan lepas tu kita kata kat dia ‘weh aku nak ikan singgang’ tet, keluar ikan singgang. Kita kata kat dia ‘weh nak nasi goreng kampung’ tet, keluar nasi goreng kampung. Memang berbaloi la beli.
Fikirkan Kehendak Atau Keperluan
Tapi itulah, pada saya simple je.
Saya tak berniat pun nak halang sape nak beli, beli jangan tak beli. Siapa yang berkepuk-kepuk duit tu boleh je pi beli cumanya kalau setakat kita yang beli penapis air dan penapis udara pun kadang terskip sebulan dua, pada saya elok kita guna je perkakas yang biasa-biasa je. Alah membeli, menang memakai, betul tak? Haa gitew..
Saya tak kata mesin ni tak bagus sebab ia sangat funtional, cuma yang lebih penting time-time PKP ni kita fikir-fikirkanlah antara kehendak atau keperluan, mana satu yang lebih penting?
p/s: boleh share status ni, takdak masalah. Harap status ni boleh bagi pencerahan pada semua yang tengah ketaq tangan, ketaq lutut, ketaq pala-pala nak suruh suami beli benda alah ni. Boleh jugak follow pengulas runcit-runcit pinggan mangkuk dan perkakas dapur.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang berhasrat nak beli Thermomix viral ni, fikirkanlah sebaiknya. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita kena lebih berjimat dan bersedia. Betul, perkakasan canggih kita guna mudahkan kerja, tapi air tangan dan kesungguhan kita rajin memasak di dapur, lebih mengikat kasih sayang keluarga.
Tentu ada masanya akan ada juga berlaku perselisihan faham antara suami isteri. Janganlah terlalu ikutkan 'kepala' masing-masing sehingga akhirnya merosakkan sesebuah rumah tangga yang dibina.