Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita 4 Selebriti Wanita Yang Memilih Bidang Seni Ini, Pernah Dapat Keputusan Cemerlang...

4 Selebriti Wanita Yang Memilih Bidang Seni Ini, Pernah Dapat Keputusan Cemerlang Dalam SPM

keputusan spm

Hari ini, keputusan SPM telah diumumkan. Rata-rata mak ayah turut berdebar-debar menanti keputusan anak masing-masing, sama ada cemerlang atau sebaliknya.Biar apa pun keputusan yang dimiliki, semoga mak ayah dapat berlapang dada. Berikanlah kebebasan dan sokongan penuh buat anak-anak untuk memilih bidang yang mereka gemari tak kiralah dalam bidang apa pun.

Jika ada anak-anak yang berhasrat untuk menceburi bidang seni, walaupun cemerlang dalam SPM mungkin 4 selebriti ini boleh dijadikan kayu ukur.Ini kerana 4 selebriti wanita ini pernah memiliki keputusan SPM yang cemerlang namun memilih untuk menceburi bidang seni kerana minat yang mendalam dalam industri ini.

Berikut pencapaian 4 selebriti yang pernah mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mungkin ramai tak tahu.

1. Dr Soo Wincci

Tahun: 2002
Keputusan: 7A, 2B
Sekolah: SMK Damansara Utama

Dr Soo Wincci, 33 antara selebriti Malaysia yang hadir dengan pakej lengkap ‘beauty with brain’.Beliau dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia pada 2008 dan pernah mewakili Malaysia untuk Pertandingan Ratu Cantik Dunia pada 2013.

Penyanyi, pelakon, komposer, pengacara, model dan selebriti chef berbangsa Cina ini, berjaya memperoleh keputusan cemerlang SPM, 7A, 2B dalam peperiksaan SPM ketika menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.

Soo Wincci mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Kesibukan dalam bidang seni, bukanlah menjadi penghalang Soo Wincci mengejar impian selama 6 tahun untuk menggenggam ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan yang diperoleh dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).Malah,Dr Soo Wincci juga telah menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

4 Selebriti Wanita Yang Memilih Bidang Seni Ini, Pernah Dapat Keputusan Cemerlang Dalam SPM

IKLAN

2. Neelofa

Tahun: 2006
Keputusan: 10A
Sekolah: MRSM Langkawi

Noor Neelofa binti Mohd Noor,29 atau lebih dikenali sebagai Neelofa merupakan salah seorang pelajar cemerlang dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.Teraju utama drama ‘Ti Amo, Sweeheart 100 Hari’ dan ‘Suri Hati Mr Pilot’ ini berjaya memperoleh keputusan 10A pada peperiksaan SPM tahun 2006. Bukan sekadar SPM, Neelofa turut mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR (5A) dan PMR (8A).

Pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini kemudiannya telah melanjutkan pengajian A Level di Kolej Damansara Utama (KDU) sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Asing dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College, Petaling Jaya.

Neelofa mula melibatkan diri dalam lapangan seni hiburan tanah air apabila beliau dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10. Selepas memenangi Dewi Remaja, Neelofa menerima banyak tawaran berlakon filem dan drama serta tawaran menjadi pengacara di stesen TV, termasuk juga tawaran menjadi duta dan jurucakap produk.Malah Neelofa sendiri merupakan ikon usahawan wanita yang berjaya dan memiliki perniagaan sendiri.

4 Selebriti Wanita Yang Memilih Bidang Seni Ini, Pernah Dapat Keputusan Cemerlang Dalam SPM

3. Mira Filzah

Tahun: 2010
Keputusan: 8A 2B
Sekolah:SMK Aminudin Baki, Kuala Lumpur

IKLAN

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman, 24, merupakan bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki, Kuala Lumpur.

Gadis kelahiran Negeri Perak yang juga pelakon utama Drama bersiri ‘Cinta Si Wedding Planner’ ini pernah memperoleh keputusan cemerlang 8A didalam PMR. Malah Mira berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dengan memperolehi 8A 2B dalam SPM pada tahun 2010, kira-kira lapan tahun yang lalu.

Kerana minat yang mendalam, Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun, namun tetap berjaya memiliki Ijazah Jurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

4 Selebriti Wanita Yang Memilih Bidang Seni Ini, Pernah Dapat Keputusan Cemerlang Dalam SPM

4.Janna Nick

Tahun: 2013
Keputusan: 6A, 2B
Sekolah: SMK Danau Kota

IKLAN

Nurul Janna Muner, 22, atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan salah seorang artis yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.Beliau dilahirkan di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya.Pelakon utama drama bersiri ‘Dia’ ini memiliki darah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya.

Janna memulakan kerjaya awalnya sebagai model iklan komersial dan video korporat sebelum muncul dalam pelbagai rancangan televisyen. Ketika itu, usia beliau dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana ingin menumpukan perhatian pada pelajarannya.

Janna Nick pernah bersekolah di asrama penuh dan juga sekolah harian. Beliau merupakan bekas pelajar MRSM Pendang,Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota. Hasil keputusan SPM 6A 2B yang diperolehi,Janna pernah mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arau, Perlis tetapi menolak kerana ingin menumpukan kepada bidang lakonan.

4 Selebriti Wanita Yang Memilih Bidang Seni Ini, Pernah Dapat Keputusan Cemerlang Dalam SPM

Tahniah diatas kecemerlangan keempat-keempat selebriti ini. Bukan sahaja berbakat dilapangan seni malah membuktikan golongan artis pun bijak dalam bidang akademik.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI