Bagi sesetengah pasangan, ada mempunyai skandal dan perempuan simpanan di luar pengetahuan isteri. Malah untuk menamatkan perhubungan ini pula bukan perkara yang mudah. Ini kerana ada yang begitu nekad untuk meneruskan hubungan terlarang ini.
Seorang wanita dari Luoyang, wilayah Henan, China menjadi perhatian ramai disebabkan kemahirannya dalam memujuk perempuan simpanan agar menamatkan hubungan dengan suami orang, lapor laman Oddity Central, semalam. Malah turut menjadikkan ia sebagai ‘kerjaya professional’.
Guru Pemujuk Perempuan Simpanan
Wang Zhenxi, dikenali sebagai Guru Pemujuk Perempuan Simpanan, yang merupakan satu pekerjaan profesional. Tugasnya adalah untuk meyakinkan wanita agar berhenti bercinta dengan suami orang.
Zhenxi menjadi terkenal apabila sebuah akhbar mendedahkan bahawa dia berjaya memujuk lebih 800 perempuan simpanan dalam masa setahun.
Pengalaman Peribadi Mencorak Kerjaya
Wanita yang dianggap sebagai salah seorang pemujuk perempuan simpanan China yang paling berjaya itu menggunakan pengalaman peribadi dalam mencorak kerjaya tersebut.
Ads
Ayahnya dikatakan curang terhadap ibunya ketika dia membesar, jadi dia mengetahui secara langsung kesan negatif hubungan luar nikah terhadap keluarga.
Zhenxi juga berdepan dengan situasi serupa apabila bekas suaminya bermain kayu tiga dengan teman wanita lama dengan alasan perkahwinan mereka adalah untuk memuaskan hati ibu lelaki tersebut.
Ads
Dia nekad memohon untuk bercerai dan mengejar kerjaya sebagai pemujuk wanita simpanan paling berjaya di China.
Demi mencapai impian memiliki tubuh idaman, ada yang sanggup melakukan apa sahaja. Termasuklah rela berhabis duit, menanggung kesakitan melakukan pembedahan plastik.
Seorang guru wanita di England sanggup berhabis lebih £50,000 (RM264,773) untuk melakukan pembedahan kosmetik agar rupa fizikalnya menyerupai idolanya, Kim Kardashian, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
Wanita berketurunan Korea Selatan, Cherri Lee berkata, dia sangat berpuas hati dengan transformasi tubuh badannya selepas pembedahan membesarkan punggung, payu dara dan mengubah raut wajah.
“Kim ialah manusia paling cantik di dunia dan saya sangat mahu kelihatan serupa dengannya.
“Dia ialah inspirasi dan motivasi untuk saya menjalani pembedahan kosmetik agar tampil lebih jelita,” kataCherri.
Tambah Cherri, pembedahan itu sangat berkesan sehingga ahli keluarganya sendiri sukar mengecam dirinya dengan wajah baharu.
Dalam tempoh lapan tahun, Cherri telah menjalani sekitar 15 pembedahan plastik bagi mencapai impian bergelar ‘kembar’ Kim Kardashian.
“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan satu-satunya sesalan saya adalah tidak melakukan dengan lebih awal.
“Meskipun ramai yang menyangka saya pelacur apabila keluar bersiar-siar, saya tidak benarkan ia mengganggu fikiran,” tegasnya.
Cerita seram di wad bersalin ini memang wujud sebenarnya. Mayang Sari berkongsi pengalamannya bersalin anak kedua ketika ditempatkan di wad hujung sebuah hospital lama.
Malam hari selepas dia bersalin, Mayang Sari diganggu ‘dia’ yang menyerupai jururawat bertugas. Terbau darah nifas wanita bersalin ‘dia’ yang sekian lama tidak muncul di wad, datang pula pada malam Mayang Sari di situ.
Kisah benar yang jadi ini melekat dalam ingatan Mayang Sari sehingga ke hari ini.
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Malam ni nak cerita sedikit tentang pengalaman saya duduk di wad hujung ketika melahirkan anak yang ke 2.
Masa lepak-lepak di ruangan menunggu menanti keputusan darah ayah keluar, saya teringat pada satu peristiwa sewaktu melahirkan anak perempuan yang kedua di sebuah hospital lama sebelum berpindah ke kawasan lain dan bangunan baru yang lebih selesa.
Selepas beberapa jam bertarung nyawa melahirkan puteri hati tercinta, saya di pindahkan ke wad biasa.
Memandangkan katil di bahagian hadapan telah penuh, jadi saya diletakkan wad paling hujung dimana beberapa langkah sahaja boleh sampai ke pintu kecemasan sekiranya berlaku kebakaran dan sebagainya
Pada hari tu, saya bersalin pada lewat petang selepas waktu Asar, oleh kerana itu lah juga saya terpaksa bermalam di wad bersalin untuk memastikan saya dan anak sihat apabila dibenarkan meninggalkan hospital kelak.
Petang itu, seorang demi seorang penghuni di wad hujung dibenarkan pulang, tinggallah saya berdua dengan seorang pesakit yang menunggu masa untuk di tolak ke ‘labour room’. Alhamdulillah anak tidak meragam, tidur lena ibarat sang puteri salji.
Sedang saya melayan mata untuk lelap, tiba-tiba pesakit di katil sebelah menjerit kerana ketubannya telah pecah, dengan segera dia ditolak ke ruang bersalin yang terletak beberapa meter daripada meja jururawat. Ketika itu jugalah saya dapati tuala wanita saya telah penuh. Memandangkan hanya beberapa orang sahaja jururawat bertugas dan mereka telah pun berkumpul di ruangan bersalin maka terpaksalah saya bersendirian ke tandas.
Sebenarnya tidak menjadi masalah pun untuk saya ke tandas kerana tandas hanya beberapa langkah sahaja dengan katil, cuma perasaan seram dan takut tu tetap ada memandangkan hijab saya ini yang senang terbuka jadi sangat memerlukan teman ketika itu.
Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam dan waktu melawat juga sudah tamat, mengharapkan suami datang jauh sekali kerana banyak perkara yang perlu beliau lakukan, daripada mencuci uri, menanam uri dan menguruskan anak sulung yang ketika itu berusia 2 tahun.
Memandangkan rasa tidak selesa itu mula menganggu ketenangan saya, maka saya cekalkan diri untuk ke tandas berseorangan. Masuk sahaja ke dalam tandas, bulu roma saya mula meremang. Saya duduk di kerusi khas yang di sediakan kepada pesakit untuk mandi. Selesai sahaja menukar tuala wanita, tiba-tiba ada suara seorang perempuan menegur saya.
“Sedang tukar kain darah ke tu…? Jangan di cuci yer, biarkan sahaja di situ nanti akak tolong cuci kan…” katanya sambil ketawa.
Saya cekalkan hati menjirus sebanyak mungkin air supaya darah yang tinggal di tuala wanita tidak ketara banyak. Saya tidak berani menoleh ke kiri atau kanan apatah lagi mendongak ke atas kerana dapat saya rasanya suara itu benar-benar berada di atas kepala saya.
“Jangaaaan laaahhh… Jangan laaaahhh, akak hausss,” perempuan itu merayu pula.
Saya kembali duduk di atas kerusi lalu menarik tali kecemasan untuk meminta bantuan. Kaki saya terasa berat dan lutut saya bergetar. Sepatah ayat AL Quran tidak terkeluar daripada mulut saya. Kaku dan menggigil ditambahkan lagi dengan saya yang banyak kekurangan darah kerana baru lepas bersalin. Mengenangkan anak yang masih ada sisa darah (belum mandi) keseorangan diluar saya menarik tali kecemasan berkali-kali.
Lega apabila mendengar derap tapak kasut menghampiri tandas dan pintu luar bilik air dibuka oleh seseorang. Saya gagahi diri untuk berdiri untuk membuka pintu bilik air.
“Kenapa tak panggil nak ke tandas. Kalau jatuh tadi tak pasal-pasal saya kena marah..,” omel jururawat itu kepada saya. Saya hanya berdiamkan diri. Jururawat itu membawa saya kembali ke katil.
“Kak, ‘pad’ saya belum dibuang. Masih ada di lantai…” Kata saya perlahan.
“Tak apa, akak tolong buangkan..” Kata jururawat tersebut lalu masuk kembali ke tandas.
Lama saya tunggu dia keluar. Hampir 30 minit dia tidak keluar. Pesakit yang pecah ketuban tadi kembali. Alhamdulillah dia telah selamat melahirkan anak perempuan. Saya meminta jururawat yang iringi pesakit itu tadi memeriksa kawannya di dalam tandas kerana terlalu lama dia berada di situ.
Setelah beberapa minit dia berada di dalam, dia keluar bersendirian dan berjalan laju meninggalkan saya bersama pesakit yang baru masuk tadi dan kemudian dia datang kembali dengan jururawat yang berbaju biru.
“Tolak katil-katil pesakit ni ke wad depan, tumpang di wad kelas kedua sementara untuk ‘discarge’ esok…” Kata jururawat berbaju biru itu memberi arahan.
“Saya dah bagitau, pesakit yang bermalam di hospital jangan letak di wad hujung. Suka sangat lah ‘dia’… Dah lama ‘dia’ tak datang, malam ni datang pula…”
Pada hujung pendengaran saya jelas kedengaran perbualan mereka sambil menolak katil. Entah siapa lah ‘dia’ yang dimaksudkan itu tadi. Walau siapa pun ‘dia’, saya tak ingin ambil tahu. Apa yang penting malam itu saya dan baby dapat tidur dengan tenang, aman dan damai kerana alunan AL Quran mula berkumandang memenuhi ruangan wad bersalin pada malam itu.
Diana Rafar syukur anak semakin sembuh. Sebagai seorang ibu sudah tentu akan berasa sangat risau apabila anak tidak sihat.
Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka hidup dalam kesengsaraan dan kesakitan lebih-lebih lagi anak itu masih di usia yang terlalu kecil. Namun kasih ibu dan ayah, mereka pastinya sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan anak sihat seperti kanak-kanak lain.
Pasangan pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisham terpaksa berhadapan dengan detik cemas apabila anak kedua mereka, Kayla Reysha, 5, mengalami sesak nafas secara tiba-tiba sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.
Seperti mana dikongsi menerusi akaun rasmi Instagram Diana Rafar menyatakan dia tidak menduga akan berhadapan dengan ujian sebegini.
“#bismillahirrahmanirrahim Bila Allah nak bagi ujian mesti ada rahmat… tak duga semua ni kan..Terima kasih ya semua doakan utk anak diana @kaylareysha .. Alhamdullilah dah beransur pulih nak kena kurang kan kahak je…
“Kisah ngeri pengalaman pertama bila tgk kayla tiba2 perut dia mcm ombak pukul 1 pagi, susah nak nafas… tak demam tak selsema tiba2 jd mcm tu pukul 1pg. nasib lah diana tak tdo lagi betul2 Allah nk tolong pandang dia … terus lah kelam kabut papa dia angkat and bawak ke emengency @avisenawcsh .
“Nasib lah service kat sini laju pantas terus masuk oksigen sb heart rate dia dah sampai 195 memang buntu tak penah tgk macam tu. sempat ambik fhone terus pos kat ig story… Diana yakin kuasa DOA followers diana memang sangat membantu.. doa korang semua kuat kan diana ngan zamarul.
“Ramai rupanya tak tdo lagi time tu , dgn keikhlasan doa ramai org . so syukur takde yg kritikal pada kayla.. cuma 3 hari juga dia duduk di HDU sape tak panic kan ..
“Doktor kata kayla jangan stress jangan takut kayla nyanyi lah , bercakap ke supaya oksigen kayla naik cepat, atlast dia yang minta phone kat diana dia nak buat tiktok sendiri lepas tu baring balik sb penat.
“Apa pun alhamdullilah kayla dah masuk wad dan pindah bilik dari HDU … so mama doa sgt esk lusa dah boleh balik rumah.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!