Menginap di hotel, inilah paling menggembirakan anak-anak. Walaupun hanya duduk di bilik dan mungkin bermain kolam di hotel tersebut pun sudah cukup buat mereka.

Bukan saja bercuti di satu tempat peranginan, tapi menginap di hotel menjadi satu kemestian buat kita yang ditugaskan bekerja di luar daerah. Inilah tempat tinggal yang mudah dan memberi keselesaan.

Tak kisahlah menginap di hotel yang bertaraf lima bintang ataupun hotel biasa-biasa, ia sudah cukup untuk kita rasa selesa tanpa perlu memikirkan tentang tempat makan kerana hanya perlu turun ke bawah saja. Semua kelengkapan sudah disediakan.

Walaupun, menginap di hotel atas urusan kerja mahu pun bercuti, tentu ada pengalaman yang kurang enak dialami oleh sesetengah orang. Ada saja yang bercerita hotel ini ‘agak keras’ tak kurang juga ada gangguan.

Kalau diikutkan semua tempat ada ‘gangguan’ yang mungkin kita tak sedar. Namun, kita boleh elakkan keadaan ini berlaku bila kita amalkan perkara berikut. Selalunya inilah yang dikatakan oleh orang tua-tua, bila nak menumpang kenalah ada adabnya. Seperti apa yang dikongsikan ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Biarkan Bilik Kosong Dalam Rumah, Bimbang Ada ‘Menumpang’, Jenguk & Gunalah

Adab Jemur ‘Anak Baju’, Sidailah Tempat Tertutup, Bukan Dilihat Jiran Atau Orang Luar

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Menginap Di Hotel, Amalkan Perkara Ini

Kepada mereka yang selalu ke outstation sama ada untuk urusan rasmi ataupun bercuti, ketika menginap di hotel, cuba amalkan perkara berikutnya :

1) Selepas check in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tak tahu dalam bilik tu ada ‘benda’ atau tidak. Sekurang-kurangnya kalau ada tu, ‘dia’ tahu kita ini jenis beradab.
2) Kasut/selipar tu kalau boleh jangan disusun rapat. Salah satu sengaja terbalikkan. Kerana ‘benda’ ni mereka suka ‘mencuba’ barangan kepunyaan kita. Bila tercuba dengan sesuatu yang ‘ngam’, dia akan terus berada di situ, tak berganjak sehingga ‘dia’ ikut kita balik rumah.
3) Sekiranya kain jendela bilik tertutup dan hari masih siang, bukakan kain dan jendela itu sekejap. Dengan membuka tingkap ni, ‘haba’ dari luar akan masuk memenuhi ruangan dalam dan apa-apa yang ‘sejuk’ di dalam akan keluar. Pendek kata, pastikan bilik tu ada peredaran udara.
4) Ketuk dan buka pintu bilik mandi dan pasangkan lampu dan biarkan pintu itu terbuka (seketika), juga untuk tujuan peredaran udara kerana bilik mandi adalah ruangan yang paling ‘sejuk’ di dalam sesebuah bilik hotel dan jangan lupa juga, flush kan tandas sekali (tujuan untuk membuang aura negatif yang mungkin telah lama bertakung) dan bukakan pili untuk biarkan air mengalir sebentar dan basuhkan tangan dan kaki.
5) Sekiranya anda seorang sahaja dan diberikan bilik berkatil kembar, penuhkan salah satu katil tu dengan barang-barang seperti beg, baju, seluar, dokumen-dokumen dan bantal yang tak digunakan itu kalau boleh, letakkan di katil yang anda akan tidur.
Sekiranya mendapat bilik dengan katil jenis Queen atau pun King, gunakan ke semua bantal yang ada dan tidur di tengah katil. Jangan tidur di sebelah sahaja dan biarkan sebelah lagi tu kosong.
6) Ketika nak masuk tidur, biarkan salah satu lampu dalam bilik terpasang ataupun sekurang-kurangnya pasangkan lampu dalam bilik mandi.
7) Membaca doa sebelum tidur agar kita dijauhi gangguan yang tidak diingini.

Jangan tinggal solat

Semoga bermanfaat.

IKLAN

Mingguan Wanita : Rasanya kebanyak kita akan buat seperti di atas. Bukan nak percaya tetapi sebagai peringatan sebab kita tak tahu benda-benda yang tak nampak ni.

Sumber: Kaki Cuti

Baca Artikel Lain DI SINI: Bunyi Guli, Barang Terhempas Atau Diseret. Cubalah Hidupkan Rumah Dengan Amalan Sunnah

IKLAN

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
InstagramMingguan Wanita 
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI