Zakat merupakan kewajipan Rukun Islam ketiga. Zakat secara ringkasnya adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Tujuan disyariatkan berzakat adalah mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. Secara tidak langsung dapat membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah At-Taubah: 103)

Hati-Hati Jangan Sebab Harta Yang Dimiliki, Jadi Punca Kesusahan Di Akhirat!

Jenis-Jenis Harta Perlu Dibayar Zakat

Umumnya ramai mengetahui bahawa zakat fitrah dan zakat pendapatan merupakan kewajipan zakat yang perlu ditunaikan. Namun hakikatnya ramai yang terlepas pandang pada pemilikan jenis-jenis harta lain yang turut menjadi kewajipan untuk dibayar zakat. Antaranya seperti Zakat Wang Simpanan, Zakat KWSP, Zakat Perniagaan, Zakat Pelaburan, Zakat Emas & Perak.

Namun demikian, sebelum membuat taksiran perlu penuhi syarat-syarat wajib berzakat ini terlebih dahulu.

IKLAN

1. Islam

Zakat difardhukan ke atas pemilik harta yang beragama Islam sahaja. Orang kafir tidak difardhukan menunai zakat, bahkan zakat mereka tidak sah jika ditunaikan kerana zakat mempunyai ciri-ciri ibadat.

2.Pemilikan Sempurna

Milik sempurna bermaksud “Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas ( إخْتِيَارُ ) untuk mengurus ( حَقُّ التَصَرُّفِ ) dan memperolehi manfaat dari harta tersebut tanpa sekatan / kawalan undang-undang dan peraturan.”

3.Cukup Nisab

Nisab ialah kadar minimum pemilikan sesuatu harta yang mewajibkan zakat ke atas harta itu. Segala jenis harta yang mempunyai ‘illah yang sama dengan emas akan dicampurkan kesemuanya bagi tujuan kiraan zakat, seperti jumlah simpanan Tabung Haji, wang simpanan di bank-bank, jongkong/dinar emas dan lain-lain lagi digabungkan untuk mencukupkan nisab 20 mithqal.

4. Cukup Haul

Haul ialah tempoh setahun (12 bulan) qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang.

IKLAN

Rebut Keberkatan Ramadan Tunaikan Zakat

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, janganlah berlengah dalam kewajipan menunaikan zakat pada setiap harta yang kita miliki. Perlu ingat setiap harta yang kita kumpul, adanya bahagian orang lain malah akan dipertanggungjawabkan kelak. Jadi berhati-hatilah, jangan disebabkan harta yang dimiliki menjadi punca kesusahan kita di akhirat pula nanti.

Bukan itu sahaja, perlu perbetulkan fahaman dengan menganggap perlu kaya, baru boleh bayar zakat. Hakikatnya, cukup syarat dah wajib tunai zakat. Malah tak perlu bertangguh tunaikan zakat kerana orang yang suka menangguh daripada membayar zakat juga boleh disifatkan sebagai kedekut dan bakhil.

Firman Allah SWT: “Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada Kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan langit dan bumi. Dan Allah Maha Mengetahui akan segala apa yang kamu kerjakan.” (Ali Imran: 180)

Hati-Hati Jangan Sebab Harta Yang Dimiliki, Jadi Punca Kesusahan Di Akhirat!

IKLAN

Bayar Zakat Secara Online

Dalam keadaan sekarang, musim pandemik COVID-19 mungkin ramai yang risau untuk pergi ke tempat umum mahupun membuat pembayaran secara tunai. Namun jangan bimbang kerana Lembaga Zakat Selangor (LZS), telah memperkenalkan kaedah mudah bayar zakat tanpa tunai iaitu melalui platform bayaran (online) secara dalam talian dan e-wallet. Kini semuanya dihujung jari, lebih selamat mudah dan pantas!

Boleh taksir zakat sama ada di 23 cawangan LZS atau hendak taksir sendiri pun boleh di: www.zakatselangor.com.my

Hati-Hati Jangan Sebab Harta Yang Dimiliki, Jadi Punca Kesusahan Di Akhirat!

Menariknya nak semak dan cetak pembayaran zakat yang telah dibuat pun mudah melalui platform LZS di EZAKATONLINE ezo.zakatselangor.com.my

Hati-Hati Jangan Sebab Harta Yang Dimiliki, Jadi Punca Kesusahan Di Akhirat!
Jadi jangan lupa tunaikan tanggungjawab pada setiap jenis-jenis harta yang dimiliki dengan membayar kewajipan zakat. Ini kerana zakat dapat membersihkan dosa dan setiap harta yang dimiliki ada bahagian orang lain. Bahkan jangan sebab harta menjadi punca kesusahan kita di akhirat kelak.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI