Ads

Resipi Nasi Lemak Terbang Sampai India, Nampak Sedap Betul!

Resipi Nasi Lemak
Resipi Nasi Lemak

Wow, dahsyat kali ini resepi nasi lemak sampai ke negara India! Ini antara menu yang paling melambangkan Malaysia, memang teruja lah kalau dimasak oleh bangsa dan di negara lain.

Nak-nak nasi lemak mempunyai kaitan yang sangat kuat dengan Malaysia, bukan sekadar makanan tradisional tetapi sudah menjadi simbol identiti, budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia.

Resipi Nasi Lemak Terbang Sampai India

Resipi Nasi Lemak Terbang Sampai India, Nampak Sedap Betul!

Ads

Baru-baru ini, sajian nasi lemak ini sekali lagi menjadi bualan dunia selepas tular video masakan dimuat naik oleh pempengaruh di Facebook Villatic Foods.

Menerusi klip yang dikongsikan, memaparkan dua lelaki bekerjasama menyediakan bahan-bahan masakan untuk memasak hidangan simbolik Malaysia berkenaan.

Ads

Bertemakan suasana kampung, kedua pempengaruh itu menunjukkan setiap bahan yang digunakan dengan teliti dan kelihatan menarik. Bermula dari proses mencuci sehinggalah sehingga siap untuk dijamah.

Resipi Nasi Lemak Terbang Sampai India, Nampak Sedap Betul!

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Nampak Sedap Betul!

Apa yang menarik, perkongsian berkenaan nyata mendapat perhatian ramai. Malah rata-ratanya khususnya rakyat Malaysia mengakui terliur melihat masakan asal negara berkenaan meskipun dihidangkan oleh orang luar.

Resipi Nasi Lemak Terbang Sampai India, Nampak Sedap Betul!

Menarik, bukan? Walaupun berakar daripada tradisi Melayu, nasi lemak diterima dan dinikmati oleh masyarakat pelbagai kaum. Malah, lauknya turut berkembang mengikut cita rasa tempatan ada ayam goreng berempah, rendang, sambal sotong, paru, kerang dan pelbagai variasi lain.
Resipi Nasi Lemak Terbang Sampai India, Nampak Sedap Betul!
Haaa… dalam konteks ini, nasi lemak menjadi satu titik pertemuan budaya. Apabila makanan Malaysia diperkenalkan di luar negara, terbukti nasi lemak berada dalam kelompok hidangan yang paling mudah dan mampu memikat hati sesiapa sahaja yang sudah merasa.
Info melalui video: Villatic Foods
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ibu Syed Saddiq Syed

Ibu Syed Saddiq Pernah Menangis, Sampai Orang Kata Tak Pandai Didik...

Ibu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz meluahkan rasa syukur dan gembira selepas anaknya bersama selebriti Bella Astillah mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 10 Oktober depan.