Sumber Foto: Koleksi Peribadi Nur Ain Sumaiyah

Islam itu sememangnya sangat indah. Apatah lagi apabila seseorang itu dibukakan pintu hati untuk menerima agama suci ini. Begitulah yang diluahkan oleh saudara baru, Nur Ain Sumaiyah Valaitham @ Abdullah, 27. Permulaan pengislamannya, dia mempelajari agama ini lebih mendalam di rumah rakannya.

Namun selepas menuntut di menara gading, gadis ini giat mempelajari ilmu dan kuliah agama di kampus untuk dirinya lebih memahami tentang Islam. Malah, Nur Ain Sumaiyah juga sering melayari Youtube untuk mencari ilmu agama dan mengikuti ceramah ustaz-ustaz terkenal.

Rahsiakan Pengislaman Selama 7 Tahun, Nur Ain Sumaiyah Syukur Keluarga Terima Baik Keputusannya

Nur Ain Sumaiyah Suka Dengar Kisah Sirah

“Saya memeluk Islam masa umur 18 tahun iaitu pada tahun 2010 di Pejabat Agama Ipoh, Jabatan Agama Islam Perak. Ketika itu saya langsung tidak fikir tentang penerimaan keluarga.

“Saya menyimpan rahsia pengislaman saya selama tujuh tahun, pada tahun 2017 baru saya memberitahu keluarga. Pada permulaannya keluarga menolak tetapi alhamdulillah kini mereka sudah menerima saya sebagai seorang anak dan adik di rumah.

“Sebelum ini saya beragama Hindu, saya memang mengenali Islam sejak kecil sebab saya membesar dikelilingi orang Melayu. Saya lebih mendalami ilmu agama ini ketika umur saya lapan tahun.

“Saya juga terpaksa masuk kelas untuk subjek Pendidikan Islam disebabkan tiada guru untuk gantikan subjek Moral. Saya suka sangat mendengar kisah Sirah, kehebatan Nabi Muhammad S.A.W. itu buat saya rasa terpegun.

“Kisah Nabi Muhammad S.A.W. bagi saya perjalanan kehidupan baginda agak mencabar dan bukan orang biasa-biasa boleh melaluinya.

“Titik permulaan saya ingin mempelajari Islam apabila saya ditawarkan mengambil Tassawur Islam ketika tingkatan 4 dan ada satu bab dalam buku teks yang menjadi persoalan saya iaitu yang bertajuk Al Quran Adalah Petunjuk Orang Islam.

“Ketika itu, saya tidak bersetuju dengan tajuk itu, mana tidaknya saya lihat kawan-kawan Islam saya tak macam itu,” terang Nur Ain Sumaiyah membuka bicara.

Rahsiakan Pengislaman Selama 7 Tahun, Nur Ain Sumaiyah Syukur Keluarga Terima Baik Keputusannya Rahsiakan Pengislaman Selama 7 Tahun, Nur Ain Sumaiyah Syukur Keluarga Terima Baik Keputusannya Rahsiakan Pengislaman Selama 7 Tahun, Nur Ain Sumaiyah Syukur Keluarga Terima Baik Keputusannya Rahsiakan Pengislaman Selama 7 Tahun, Nur Ain Sumaiyah Syukur Keluarga Terima Baik Keputusannya

Proses Belajar Agama Hingga Akhir Hayat

Gadis ini juga menerangkan dia yakin dengan Allah kerana rasa lebih dekat dengan Maha Pencipta.

“Aspek ibadat pastinya solat lima waktu dan saya rasa lebih bermakna hidup di muka bumi ini bila membaca Al -Quran, Allah memperingatkan tugas sebagai seorang hamba Allah dan khalifah maka ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bukan sekadar mencari kekayaan, hidup begitu sahaja dan meninggal dunia.

IKLAN

“Bahkan Islam juga memberi saya hala tuju bahawa dunia adalah platform untuk melakukan kebaikan dan menyebarkan agama Allah bagi bekalan menghadap Allah pada hari akhirat,” sambung Nur Ain Sumaiyah.

Ditanya berapa lama masa yang diambil untuk mendalami Islam. Nur Ain Sumaiyah menerangkan proses pembelajaran agama tidak pernah terhenti.

“Sehingga kini saya masih belajar lagi tentang Islam. Cuma daripada aspek ibadat, alhamdulillah dalam masa dua tahun saya dah boleh baca al-Fatihah dengan lancar dan solat. Namun begitu, saya masih belajar lagi lebih mendalam, jadi proses belajar ini sampai akhir hayat.

“Malah kini, saya berasa hidup saya begitu indah, walaupun ujian itu ada tetapi saya sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa ada dalam setiap perjalanan saya. Bahkan ada yang mencela, mengkeji tetapi hati ini tenang selagi mengingati Allah.

“Saya juga meneruskan pengajian saya dalam Sarjana Pengajian Islam dan cuba bergiat aktif dalam kegiatan dakwah kepada non-muslim bagi mendapatkan lagi ilmu untuk menyantuni non-muslim terutama keluarga saya.

“Kepada keluaga saya hanya menunjukan daripada perbuatan buat masa ini. Saya berusaha mengamalkan Islam sebaiknya dan tidak melanggar perintah Allah supaya mereka dapat melihat adanya perbezaan Islam dan bukan Islam,” ungkap Nur Ain Sumaiyah.

Sentiasa Menjaga Solat

Antara aktiviti yang sering dilakukan dalam mendekatkan diri dengan Islam, gadis ini menerangkan dia sentiasa menjaga solat.

“Semestinya saya menjaga amalan saya terutamanya solat diawal waktu kerana saya sangat menghargai waktu solat disebabkan sebelum pemberitahuan pengislaman, sangat mencabar untuk solat dan sentiasa mencari strategik supaya saya boleh solat.

IKLAN

“Bagi saya solat adalah hadiah Allah kepada saya untuk saya bermunajat dengan Allah. Satu lagi, saya sentiasa hadiri majlis ilmu dan banyakkan doa ketika dalam majlis ilmu agar Allah menerima amalan saya. Cuma baru awal tahun ini, saya jatuh cinta lagi dan lagi terhadap Allah dan Al–Quran. Apabila saya menghadiri kuliah-kuliah Taddabur Surah dalam al-Quran, masyaAllah hebat cerita dan ibrah yang boleh diambil daripada taddabur itu.

“Harapan saya ialah ingin menjadi seorang muslim yang benar-benar muslim berpandu syariat Allah dan menyebarkan agama Allah serata dunia. Saya ingin meneruskan perjuangan Nabi dan para sahabat kerana bagi saya pengorbanan mereka tiada tandingan dengan kita pada hari ini.

“Barangkali hanya sebesar debu pasir sahaja. Saya ingin memberi sumbangan kepada masyarakat dan memberi kefahaman masyarakat tentang Islam terutama di Malaysia,” cerita Nur Ain Sumaiyah lagi.

Baca Disin Juga:

Saharul Gosok Baju Sekolah Anak “Membesarlah Dengan Didikan Islam Yang Sempurna”

Usaha Ustaz EBIT LEW, Satu Kampung Peluk ISLAM Rela Tanpa Paksaan!

Gadis ini juga menasihati kepada saudara-saudara baru agar belajar dan kenalilah Islam dengan mengenali Allah.

“Sifat-sifat Allah tiada pada manusia kerana Allah itu Maha sempurna. Mengenali Allah akan buat kita jatuh cinta berkali-kali kerana kebaikan yang Allah berikan kepada kita tidak terkira.

IKLAN

“Manusia hanya asbab Allah yang dihantar untuk berbuat baik pada kita. Beringatlah memeluk Islam bukan bermakna tiada ujian tetapi ujian yang dilalui akan terasa manis apaibila bersandar kepada Allah.

“Hayati dan yakinlah dengan dua kalimah syahadah yang diucapkan ketika memeluk Islam kerana kalimah itu bukan sebarangan bahkan kalimah itu yang akan menyelamatkan kita pada hari akhirat nanti,”akhirin Nur Ain Sumaiyah.

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Ramai yang hidup susah kesan pandemik Covid 19. Namun, kempen Bangkit Wanita anjuran Mingguan Wanita umpama rahmat di sebalik apa yang terjadi. Ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda yang terjejas dan ingin tambah pendapatan melalui perniagaan. Susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk kita dapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Letak link inihttps://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/

Rahsiakan Pengislaman Selama 7 Tahun, Nur Ain Sumaiyah Syukur Keluarga Terima Baik Keputusannya

Rahsiakan Pengislaman Selama 7 Tahun, Nur Ain Sumaiyah Syukur Keluarga Terima Baik Keputusannya

Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI