Sejak kebelakangan ini, segala aktiviti dan apa yang dilakukan dalam sehari-hari mesti nak tunjuk di media sosial. Maklum sahaja, diri rasa bahagia dan perlu dikongsi dengan semua orang.

Bukan saja nak tunjuk tentang apa yang kita lakukan, bukan saja apa yang dilakukan di rumah, tapi turut apa saja kegembiraan, dapat hadiah, kejutan daripada pasangan. Tak kurang juga yang menunjukkan suasana romantik dengan pasangan.

Semua ini sebab nak tunjuk kita, pasangan dan keluarga sentiasa dalam kegembiraan, dengan kata lain, bolehlah dapat ‘like’ mahu pun pujian daripada kawan-kawan.

Walaupun kadang kala kita tidak berniat atau sengaja nak tunjuk sekadar untuk kongsi, tapi kita tak tahu perasaan kawan-kawan yang melihat. Mungkin dengan cara nak tunjuk itu dari sekadar perkongsian boleh jadi timbul rasa riak dalam diri. Apatah lagi perasan kawan-kawan yang melihat.

Apa yang boleh dikatakan, tak perlulah nak tunjuk, simpanlah sikit untuk raikan bersama keluarga kita. Seperti apa yang dikongsikan oleh Aminah Mat Yusoff tentang kisah hidup kita supaya diraikan dengan keluarga sahaja. Bahagia kita sorokkan sedikit dan untuk diraikan dengan keluarga kita.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jadilah Isteri Tidak Menyusahkan Suami Penuhi Kehendak, Mampu Beri Nafkah Dah Cukup Bahagia

Kalau Rasa REZEKI SEMPIT Dan Tidak Bahagia, Puncanya Adalah Dari Rumah Kita Sendiri

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Nak Tunjuk, Sekadar Berkongsi Bahagia

Kisah kita
1. Pesan orang tua, jangan seronok sangat cerita kisah hidup kita, keluarga kita pada orang lain. Kisah bahagia, kejayaan, anugerah, hadiah, penghargaan, derita, sengsara, keperitan hidup dan macam-macam lagi. Sekarang baru saya faham kenapa.

Ketika 10 orang mendengar cerita kita, mereka menerimanya mengikut kefahaman dan emosi masing-masing. Tafsiran mereka tidak sama dengan niat kita. Jika emosi penerima baik, maka baiklah jalan ceritanya. Jika sebaliknya, itulah yang buat kita sengsara.

2. Bahagia kita sorok sikit, biar takat kita dan anak-anak yang raikan. Kita tak tahu apa rasa hati orang yang melihat. Bagi yang baik pasti mendoakan tapi yang tak baik akan berusaha untuk menghancurkan.

IKLAN

Seburuk mana pasangan kita, cubalah cari baiknya untuk pujuk dan sejukkan hati. Benda yang buat kita menyesal tak sudah ialah bila menceritakan kelemahan pasangan kepada orang lain.

3. Anak kita, sehebat mana bakatnya, secerdik mana akalnya, sebanyak mana pencapaiannya, banyakkan bersyukur. Tidak salah kita meraikan di media sosial tapi kesannya hanya Allah sahaja yang tahu. Tanpa sedar kita membuatkan dirinya dalam bahaya.

Begitu juga dengan ragamnya, tantrumnya, buruk perangainya, Urusan anak-anak dan keluarga kita simpan elok-elok dari pengetahuan umum. Anak kita ada kekurangan, tanggungjawab kita cukupkan. Bila anak kita kurang akhlak, tanggungjawab kita penuhi tangki nuraninya.

4. Mak ayah kita, jika banyak kekurangan, berantakan, siang malam gaduh, kuat membebel dan sebagainya simpanlah ia rapat-rapat dari pengetahuan umum. Kasihan, jangan duduk cerita pada orang, walaupun niat kita baik tapi manusia lebih cenderung untuk menghukum berbanding mengadili. Jangan marah jika suatu hari kelak mak ayah yang kita sayangi diburuk-burukkan dan dipandang sinis.

IKLAN

5. Diri kita, jaga baik-baik.. Hiasi peribadi. Jika ada kebaikan yang ingin dikongsi jangan nisbahkan pada diri, takut timbul rasa riya’ dan ‘ujub. Hidup ini kena teliti dan hati-hati. Biar emosi kita meronta-ronta ingin dipuji dan disanjung daripada kita menjunjung bumi menongkat langit.

MW: Betul tu, railah cara kita sebab kita tak tahu tafsiran orang lain pada kita kan…

#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati

Sumber: Aminah Mat Yusoff 

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI