Seringkali apabila pasangan janda dan duda berkahwin, membentuk keluarga baru malah masing-masing memiliki anak, anak-anak mereka dianggap mempunyai pertalian hubungan ‘adik beradik’. Hakikatnya mungkin ramai yang terlepas pandang dari segi hukum Islam, anak-anak ini sebenarnya tiada pertalian darah langsung malah tidak boleh dipanggil adik beradik. Mereka sama sekali bukan mahram, boleh berkahwin malah kena jaga batasan aurat dan pergaulan.

Untuk faham lebih lanjut baca perkongsian ilmu daripada Prof.Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian ini, Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Istilah kekeluargaan dalam Bahasa Melayu mungkin agak umum berbanding Bahasa Arab yang lebih tepat dan spesifik. Jika disebut adik-beradik tiri dalam Bahasa Melayu, adakah bermaksud se ibu atau se bapa atau bagaimana.

Bukan Adik Beradik

Adik-beradik tiri seharusnya merujuk kepada adik-beradik yang berkongsi salah satu ibu atau bapa. Manakala mereka yang dihubungkan dengan perkahwinan ibu dan bapa masing-masing seperti kes EE dan Nabila mungkin tidak sesuai dipanggil adik-beradik tiri kerana mereka langsung bukan adik-beradik kerana berlainan ibu dan bapa dan langsung tiada pertalian darah.

Dalam Bahasa Arab, adik-beradik tiri sebapa dipanggil akh li ab (adik lelaki/abang sebapa) atau ukht li abb (adik perempuan/kakak perempuan sebapa) atau adik-beradik tiri seibu dipanggil akh li umm (adik lelaki/ abang satu ibu) atau ukht li umm (adik perempuan/kakak seibu). Jika bukan adik-beradik maka tidak dipanggil akh atau ukht sebab tiada pertalian. Bahasa pasarnya they are strangers dari sudut aurat dan pewarisan.

Adik-beradik kandung (akh shaqiq/ukht shaqiqah) seperti adik-beradik tiri sama ada sebapa atau seibu selain haram secara kekal juga mempunyai hak ke atas pewarisan harta. Tidak seperti anak-anak yang tiada pertalian darah sebab itu tidak boleh dipanggil adik-beradik kerana mereka boleh berkahwin dan tidak mewarisi harta. Besar kesannya. Mereka adalah ajnabi, orang asing. Tiada pertalian.

Jaga Batas Aurat

Begitu juga pakcik. Pakcik dalam bahasa Arab sama ada dipangil am (adik beradik lelaki bapa) atau ammah (adik beradik perempuan bapa) dan khal (adik beradik lelaki ibu) dan khalah (adik beradik perempuan ibu). Isteri pakcik dan suami makcik tidak dipanggil ibu atau bapa sedara tetapi dipanggil zaujah li amm. Isteri pakcik bukan ibu saudara yang ada kaitan darah dengan kita.

IKLAN

Sukar jaga batas pergaulan? Perlu dididik sejak awal. Ia sama sahaja seperti anak angkat, kakak ipar, abang ipar atau isteri kepada pakcik. Nak duduk serumah tiada masalah, jaga sahajalah batas aurat dan janganlah berpeluk cium pula ya.

Bukan Mahram

Anak Engku E dan anak Nabila bukan mahram ya walaupun Engku E dan Nabila berkahwin. Perkahwinan ibu bapa mereka tidak menjadikan mereka mahram kerana masing-masing berlainan ibu dan bapa.

Tiada Pertalian Darah Tidak Boleh Dipanggil Adik-Beradik, Bukan MAHRAM Kena Jaga Batas Aurat!

Pengharaman abadi disebabkan perkahwinan atau persemendaan musaharah ada empat iaitu usul zaujah (emak isteri dan ke atas termasuk line nenek isteri dan ke atas tapi emak saudara isteri bukan mahram kita).

Ini berdasarkan ayat Allah;

IKLAN

وأمهات نسائكم
Kedua; zaujah usul (isteri bapa atau isteri datuk tapi bukan isteri bapa saudara atau isteri atuk saudara) Ini berdasarkan ayat لا تنكحوا ما نكح آباؤكم من النساء إلا ما قد سلف
Lagi dua ialah zaujah ibn (isteri anak lelaki) قال تعالى : و حلائل أبنائكم الذين من أصلابكم dan bintu zaujah (anak kepada isteri).

Engku E memang tak boleh berkahwin dengan anak Nabila jika anak dia lelaki. Tetapi anak mereka boleh berkahwin sesama mereka.

Pengharaman sementara pula yang berkaitan dengan perkahwinan ialah isteri orang, mengumpulkan dua isteri dari adik beradik atau anak emak saudara, perempuan dalam eddah, dan perempuan mushrik.

Sekian subjek ahwal syaksiah fiqh munakahat untuk hari ini. Dan kalau boleh jangan gunakan istilah batal air sembahyang untuk merujuk kepada lelaki mahram atau pun bukan. Mazhab lain pegang laki pempuan tak batal air sembahyang.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:
Adik Beradik Susah Kita Patut Tolong, Bukan Umpat Dan Pulau Mereka!

Walaupun Anggap Ipar Macam Adik Beradik Sendiri, Tak Boleh Tumpangkan Hingga Adanya Mahram!

Engku Emran & Nabila “Kami Pernah Melalui Pengalaman Berumah Tangga. Masing Masing Matang”

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, menambahkan lagi ilmu kita berkaitan hukum hakam dan batasan dalam Islam.Perlu faham bahawa meskipun mak ayah berkahwin baru, anak-anak yang tiada pertalian darah tidak boleh dipanggil adik-beradik. Mereka bukan mahram, boleh berkahwin dan tiada mewarisi harta.Malah ada batasan aurat yang perlu dijaga.

Sumber:ياسمين حناني محمد سفيان

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI