Gambar hiasan

Tidak dinafikan selepas berkahwin, setiap pasangan kena menerima keluarga kedua belah pihak termasuklah mak ayah serta adik beradik suami/isteri. Namun ramai yang mengambil remeh hubungan diantara adik beradik ipar. Hubungan ipar masih mempunyai hukum dari segi aurat serta boleh berkahwin jika ditakdirkan berlaku perceraian.

Sebolehnya elakkan kebiasaan berduaan dengan ipar sendiri, malah ada batasan yang perlu dijaga.Ini kerana walaupun anggap ipar macam adik beradik sendiri, syaitan akan jadi ‘orang ketiga’ dan takkan pernah berputus asa mengambil kesempatan dalam merosakkan hubungan suami isteri.

Berikut perkongsian daripada Muhammad Hassan sebagai peringatan buat kita;

Minggu lepas lepak dengan seorang sahabat di kedai mamak. Sedang kami berbual isteri sahabat saya ini call minta ambil adik ipar perempuan di sekolah.

Adik ipar sahabat saya ini tingkatan 5,sekarang kan musim ada kelas tambahan waktu malam. Saya tanya biasanya kau pergi ambil tanpa isteri atau adik beradik yang lain ke?

Dia jawab Ya. Dah selalu sangat. Kadang-kadang kebetulan aku ada kerja di KL balik kampung di utara tumpangkan sekali adik ipar aku,tapi dengan kereta lah. Alah matt adik ipar ini dah tanggungjawab kita juga,macam adik beradik sendiri dah.

Aurat Adik Beradik Ipar Sama Seperti Wanita Lain

Saya ambil masa juga nak jawab. Saya kata,sebenarnya tak boleh beb,walaupun adik ipar,walaupun kita anggap dia macam adik beradik sendiri. Adik beradik ipar ini kita tak boleh tengok aurat mereka,tak boleh bersentuhan dengan mereka,tak boleh berduaan dengan mereka,apatah lagi tumpangkan adik ipar untuk perjalanan jauh. Sebab aurat adik beradik ipar ini sama seperti wanita lain.

IKLAN

Aku awal-awal kahwin dulu pun tak ambil cakna sangat pasal ini,tapi bila tanya beberapa ustaz mereka jawab tak boleh tumpangkan ipar perempuan sehingga adanya mahram,lagi lah tak boleh jika tumpangkan adik ipar perempuan dengan motor.

Sekarang walaupun kebetulan lalu depan sekolah adik ipar,tetap juga pergi ambil isteri atau mertua,walaupun terpaksa patah balik ke sekolah.

Rupanya masih ada lagi yang pandang remeh tentang perkara ini. Pernah tahun lepas rakan facebook kongsi kepada saya. Adik ipar perempuan tinggal bersama di rumah,untuk jimatkan sewa rumah. Pada awalnya tutup aurat,lama kelamaan dah biasa terus free hair.

IKLAN

Setiap hari tumpangkan adik ipar pergi kerja. Akhirnya adik ipar jatuh cinta dengan abang ipar sendiri. Bila cinta di tolak adik ipar buat laporan polis kes cabul. Maka terpaksalah meringkup dalam lokap sehingga kes selesai.

Fitnah Terbesar

Inilah fitnah besar tanpa kita sedari. Pada awalnya kita anggap adik beradik ipar seperti adik beradik sendiri,tapi syaitan tidak akan pernah berputus atas untuk kita jatuh dalam FITNAH sehingga rosak hubungan suami isteri.

Sebab itulah saya pesan kepada rakan-rakan lelaki yang tumpangkan adik ipar perempuan di rumah. Sebolehnya elakkan perkara ini berlaku tanpa sebab. Kita mungkin tak mampu nak tegur,tapi gunakan hikmah dari isteri atau mertua untuk adik ipar fikir supaya tidak terlalu lama tinggal di rumah kita.

IKLAN

Moga ambil cakna.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat sebagai peringatan buat kita. Walaupun anggap ipar macam adik beradik kita sendiri, pastikan jaga perhubungan, batasan aurat dan mahram. Paling penting elakkan berdua-duaan, kerana setiap yang berdua pasti akan ada yang ‘ketiga’ untuk menggoda dalam menghasut merosakkan rumahtangga.

Sumber: Muhammad Hassan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI