Sumber Foto : Instagram Ellie Suriaty

Ellie Suriaty tidak terkejut bekas suami mahu bernikah dalam masa terdekat. Begitulah yang  diberitahu oleh pengarah dan pelakon yang baru saja berpisah dengan bekas suaminya, Azri Iskandar seperti mana yang dilaporkan.

Ellie Suriaty Akui Tidak Terkejut Bekas Suami Mahu Bernikah

Ellie dan Azri yang sah berpisah pada 17 Mei lalu menerusi Kosmo Online menjelaskan dirinya tidak terkejut dengan hal tersebut. Malah hatinya juga sudah nekad untuk menarik diri dari perkahwinan yang dibina selama 19 tahun.

Masing-masing juga sedang melalui proses edah selama tiga bulan yang akan berakhir pada 28 Ogos nanti.

“Tidak terkejut malah saya sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri dari perkahwinan ini.

“Saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain. Waktu saya failkan cerai pun, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan,” ungkap ibu kepada tiga orag anak itu.

Ellie Suriaty Tidak Terkejut Bekas Suami Mahu Bernikah “Hati Dia Bukan Dengan Saya Lagi”

IKLAN

“Hati Dia Bukan Dengan Saya Lagi”

Ellie juga menerangkan dia tidak kisah siapa pun wanita yang bakal dikahwini Azri.

“19 tahun saya bersamanya. Selama tempoh itu, kami telah melalui segala susah senang bersama.

“Bila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi” kongsi Ellie yang mahu memberi sepenuh perhatian pada anak-anak dan kerjaya seni.

Sebelum ini menerusi laporan portal berita Azri berkongsi berita gembira apabila bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita berstatus anak dara bernama Dr. Azra Diera.

IKLAN

Baca Disini : ‘Keputusan Ini Bukan DiBuat Dalam Masa Singkat.’ Ellie Suriaty, Azri Iskandar Sah Bercerai

Ellie Suriaty Akui Sudah Divaksin Tanda Hormat Pada Suami “Saya, Anak Mengambil Vaksin Sinovac”

Mingguan Wanita : Semoga Ellie tabah harungi kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.

IKLAN

Sumber : Kosmo Online

Sumber Foto :  Instagram Ellie Suriaty

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI