Kongsi ilmu anak ‘speech delay’ Tasha kurangkan gajet, “akhirnya umur 3 tahun anak sebut ayat lengkap”. Bersyukur ke hadrat Ilahi penyanyi Tasha Mashahar sebelum ini pernah berhadapan dengan situasi anak sulungnya mengalami masalah percakapan atau ‘speech delay’.
Namun dia dan suami Raqib Majib berasa sangat bersyukur apabila kini anak sulungnya Muammar Rafiqi kini berusia tiga tahun boleh menyebut ayat lengkap.
Kongsi Ilmu Anak ‘Speech Delay’ Tasha Kurangkan Gajet
Tasha menerusi perkongsian di akaun Instagramnya telah berkongsi ilmu bermanfaat kepada mak-mak di luar sana yang mengalami masalah yang sama dengan anaknya itu.
Paling utama Tasha menerangkan dia dan suami mengambil langkah dengan mengurangkan penggunaan gajet di rumah.
“There was one time I sgt risau sebab Muammar belum sebut apa-apa perkataan.
“Kalau ikut guideline, Muammar kira lambat jugak bercakap. Pernah masa pergi check up 1y6m, doktor tanya perkataan apa je dia dah sebut. I kata, “takde”. Sebab mmg takde.
“Dia buat bunyi, tp takde perkataan bermakna. Apa mksd perkataan bermakna? Contoh anak sebut “mama” dan mama tu mmg dia tujukan utk ibu dia.
“Bukan semua benda mamamamamama. Tu tak dikira perkataan bermakna. Contoh lain, susu. Contoh dia sebut “shu” walaupun pelat, tp dia sebut bila dia nak susu. Dan kita faham perkataan “shu” tu dia maksudkan susu. Tu dikira perkataan bermakna. Faham kan?
“Generally, 1y6m anak dah mula sebut beberapa perkataan bermakna. Tp Muammar lgsg takde masa tu. Lg pulak doktor tanya if kitorg nak dia buatkan referral letter ke therapist. As first time mom, tipulah kalau tak risau. Tp at the same time, tak adil utk Muammar kalau I in denial.
“For me, if kita betul syg anak kita, kita patut bg peluang utk dia dptkan bantuan kalau dia mmg perlukan. Itu hak dia. So I discuss dgn Raqib, then we decided utk bg masa sampai dia 2 tahun. Jd dlm tempoh ni kitorg try mcm2 (I share dlm comment section).
Boleh Borak Dengan Rakan & Pandai Menyanyi
“Alhamdulillah, masa umur 2 tahun dah mula ada perkataan bermakna. Kitorg continue lg usaha, and seingat I masa dia nak masuk 2y6m, dia dah boleh gabung 2 – 3 perkataan. Lambat sikit kan? Tp ada progress Alhamdulillah. Ni dah nak masuk 3 tahun Jun 2022, masyaAllah tabarakAllah, dah boleh buat ayat lengkap, dah boleh buat kawan borak, dah pandai nyanyi.
“Ahamdulillah what makes me feel like sharing this is because yesterday I belikan dia nugget, sambil buka box nugget tu dia cakap,
“Asheh mami beyi naget” (terima kasih mommy beli nugget)
And this morning before Raqib left to work, Muammar tgh main toys baru dia, tiba2 dia ckp,
“Asheh dedi beyi ball” (terima kasih dedi beli ball).
“Banyak ayat lain dia dah ckp tp ayat atas ni sgt random terus I teringat masa I risau dia lambat cakap dulu. Setiap anak progress dia berbeza2. Don’t compare. Tp as parents, do our best to help them, appreciate them sebab sesungguhnya anak-anak ni lah yang ajarkan kita byk perkara ♥️ Semoga anak-anak kita sentiasa dlm lindungan Allah,” kongsi Tasha.
Tip Buat Mak-Mak Semoga Bermanfaat
Apa kitorg buat?
- Kurangkan gajet.
- Mulakan dgn buat bunyi mcm “waaaahhh”, “o’oooo”, “opsss”, “haaaaa” beserta eksperi wajah.
- Gunakan ayat yg pendek2 je.
- Banyak repetition (ada masa I buat video demo)
- Kurangkan tanya soalan tp bykkan guna ayat penyata.
- Bg dia minum guna straw, bg dia mengunyah tekstur makanan berbeza (utk train otot sekitar mulut)
- Boleh gajet sekali sekala tp sebaiknya tengok bersama dia, berbual tentang apa yang dia tengok tu.
- Jgn push dia utk repeat perkataan yg kita nak ajar.
- Elak guna baby language (pelat).
- Main dgn dia. Bukan longgokkan mainan, biar dia main sendiri.
Baca Disini Juga: Tasha Doa Allah Berikan Ganjaran Pahala, Kesudian Mendoakan Kesejahteraan & Kesihatan Ibu Bapanya
Bab Didik Anak, Hanis Zalikha Tegas Dalam Lembut “Saya Tak Garang”
Mak Ayah HEBAT Bila Berjaya Didik Anak Jaga ADAB & SOPAN Tingkahlaku
View this post on Instagram
“Auntie Doakan Muammar Sentiasa Dilindungi Allah Dunia Akhirat”
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan Muammar dilindungan Allah SWT dan menjadi anak soleh. Malah mereka juga berterima kasih kepada Tasha kerana sudi berkongsi ilmu bermanfaat ini.
Mingguan Wanita : Seronok lihat cara Tasha mendidik anak-anak.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Tasha Mashahar
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI