Sehari Sebelum Hari Lahir Ke-29, Isteri Terima Hadiah Duka Suami Meninggal Kemalangan

Hari ini, wanita ini, Asyrafiah Sabri meraikan hari lahirnya yang ke-29. Pagi semalam, mendapat perkhabaran duka, suaminya meninggal kemalangan langgar lari.

Tiga hari sebelum suami meninggal, suami ada minta isteri pilih mahu hadiah apa. Rupanya tak sempat nak rai hadiah yang diinginkan, Allah sudah ambil suaminya pulang ke kampung abadi.

Sejak itu, doanya tak pernah putus untuk suami, agar Allah memasukkan suaminya ke syurgaNya tanpa hisab.

Sayu catatan isteri ini.

Perginya Seorang Kekasih Hati Ke Sisi Kekasih Abadi

Hari ini, genaplah saya berumur 29 tahun. 3 hari lepas, suami saya mintak saya pilih, nak staycation atau barang sebagai hadiah birthday saya.

Tapi minggu lepas, kami berjalan habis-habisan. Berjalan ke KLCC, esoknya tawaf Sunway Pyramid. Dan sempat beliau pilihkan travel perfume dan travel lotion Bath & Body Works yang beliau suka, untuk kami guna sama-sama dalam birthday vacation kami di Bali, 23 Mac 2019. Tapi tak kesampaian kami nak sambut, suami saya dah pergi dulu pulang ke tempat asalnya. Al-Fatihah abang.

Saya memang rapat sangat dengan arwah suami. Rapat gila-gila. Macam kembar. Kitorang mesti kena ada benda yang sama.

Baju sama. Seluar sama. Kasut travel sama. Kasut sukan. Handphone. Apa yang suami makan, dia akan tapau untuk saya. Yang saya beli travel set Bath & Body Works tu pun, suami cakap nak jugak 1 set beli lepas gaji dari company lama dia clear, tapi tak kesampaian juga. Al-Fatihah abang.

Trylah beli satu barang je, mesti sorang lagi merajuk nak benda yang sama. Memang merajuk! Sama ada saya atau pun dia.

IKLAN

Saya rasa saya macam baby dengan suami saya. Tengah malam kalau suami tidur arah lain, saya tarik dia mintak dia peluk. Kalau tak, saya merengek macam baby.

Terima kasih abang, sabarnya melayan baby tua sepanjang perkahwinan kita bang.

Sempena hari ulang tahun ke-29 saya ni, saya taknak mintak banyak dengan Allah, tapi saya mintak Allah terima doa saya yang banyak dosa ni tanpa hijab, masukkan suami saya, Fikri Hamiz bin Hamidun ke dalam syurga-Nya tanpa hisab dan satukanlah kami berdua di syurga-Nya nanti.

Pemergian abang, meninggalkan cinta yang paling dalam.

Terima kasih abang, akulah satu-satunya isterimu hingga akhir nyawamu.

IKLAN

 

Sehari Sebelum Hari Lahir Ke-29, Isteri Terima Hadiah Duka Suami Meninggal Kemalangan

Hadiah Buat Suami Tersayang Sempena Becoming Birthday Beliau

Saya jujur tak tahu nak bagi hadiah apa sempena beday suami next week, sebab beliau kata nak tukar spect, nak beli baju, nak beli seluar, nak beli set perfume Bath & Body Works. Tapi semua tak kesampaian sebab beliau dah kembali ke tempat asal. Al-Fatihah kekasihku.

Jadi, saya pun dah jumpa satu hadiah yang saya nak hadiahkan, dengan menggunakan hasil tenaga bisnes saya sepenuhnya. Saya nak hadiahkan Badal Haji kepada kekasih yang saya cinta.

Saya dah tanya dengan mutawwif, kos yang diperlukan adalah RM X,000 dan tarikh akhir untuk submit permohonan Badal Haji ialah 6 April 2019.

IKLAN

Jadi, saya mengalu-alukan untuk kawan-kawan membeli vitamin Shaklee dan segala untung runcit ini yang saya akan guna sepenuhnya untuk disalurkan kepada Badal Haji suami saya.

Saya mohon, jangan bagi sumbangan kosong-kosong pada saya ye. Saya mahu hasil bisnes Shaklee saya, berjaya digunakan untuk Badal Haji suami yang saya cinta.

Semoga Allah permudahkan saya untuk kumpul hasil bisnes Shaklee dan hadiahkan Badal Haji pada Fikri GreatEastern Takaful.

Abang, ni hadiah untuk abang daripada sayang. Al-Fatihah abang. Tenanglah di sana.

MW : Al Fatihah untuk arwah Fikri, dan salam takziah untuk Asyrafiah Sabri. Semoga Allah memakbulkan doa isteri ini yang mahukan suaminya dimasukkan ke syurgaNya tanpa hisab.

Sumber/Foto : Asyrafiah Sabri, Birthday girl yang tak pernah berhenti cintakan Fikri GreatEastern Takaful

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI