Masih ada mak-mak yang baru bersalin keliru nak handle masalah anak kuning berpanjangan, sebelum balik rumah misi dah nasihat tetapi bila sampai rumah tetap ‘terbuat’ petua mengarut yang boleh bahayakan nyawa bayi comel.
Bukan tak tahu kesannya tetapi disebabkan stress tengok bacaan tinggi akhirnya kebanyakan mak-mak berani cuba petua lama demi kurangkan bacaan kuning anak.
Sebelum terlajak buat dan bahayakan nyawa anak, cuba baca perkongsian Doktor Erna Nadia ini dulu. Adakakah cara yang dipilih itu adalah terbaik buat si comel.
Anak Kuning Berpanjangan
Harini ada seorang wanita bawa anak untuk check kuning. Hari yang ke empat belas dah. Anak lahir cukup bulan. Ibu berdarah B+. Berat lahir 3.1 kg dan tiada masalah semasa mengandung. G6PD dan TSH adalah normal.
Bacaan hari ini adalah 13.2. Sepatutnya bila dah hari ke empat belas, kuning/jaundice dah tak ada melainkan anak itu pramatang atau ada risiko lain seperti inu berdarah O, ibu ada GDM (kencing manis semasa mengandung) dan perlu insulin serta masalah lain.
Semalam bacaan dia 12.1
Menaik sahaja bacaan kuning dia.
Saya tak pernah jumpa dia di klinik.
Mungkin jodoh kami harini nak bertemu.
Saya tanya:
1) Ada bagi air kosong ke kat baby?
Ada. Saya takmau bagi tapi mak saya suruh juga bagi sebab dia kata boleh hadamkan perut baby.
2) Ada bagi susu badan tak kat baby?
Ads
Campur-campur sebab mak saya kata susu saya tak cukup.
3) Ada jemur baby kat bawah matahari?( sebab baby dia nampak macam sunburn!)
Ada. Pagi pagi mak saya jemur bawah matahari sebab dia kata matahari pagi sangat baik. Tapi tak lama. 15 minit macam tu saja.
4) Ada makan jamu atau herba ke time pantang ni?
Ada. Mak saya paksa saya makan sebab dia kata nanti badan masuk angin dan tak lawa. Saya takmau sebab saya ada baca tak elok semua ni tapi takkan saya nak lawan cakap mak saya.
Inilah kita kata dilema ibu ibu yang dalam pantang.
Nak diluah mati mak Nak ditelan mati bapak
Ads
Dan sebab sebab macam inilah yang buatkan ramai ibu ibu yang meroyan akibat tekanan. Tekanan orang sekeliling.
Mak suruh itu ini.
Mak mentua suruh begitu begini.
Bayi Bawah 6 Bulan Tak Boleh Diberi Minum Atau Makan
Beginilah.
Nasihat saya, cakap elok elok dengan mak atau mak mentua. Jika susah, minta tolong suami untuk wakilkan cakap. Sebab yang menanggung padahnya adalah diri sendiri dan anak kita sendiri.
Bayi bawah 6 bulan TIDAK BOLEH diberi minum atau makan apa apa selain SUSU IBU atau SUSU FORMULA kerana perut mereka masih belum matang sepenuhnya. Tak pandai lagi perut tu nak hadam benda lain.
Sedangkan Nabi ajar bertahnik pun hanya secoet/secubit sikit sahaja kurma.
Bagi air tu kira bolehlah dimaafkan alagi, ini siap ada bagi supplemen lah, nasik lah, anggur lah. Kenapa tak bagi kfc ke pizza ke roti canai ke nasik kandaq kg melayu ke?Kan ke lagi kenyang.
Kuning Akan Hilang Kalau Bagi Susu Badan
Kuning/jaundice boleh hilang insha Allah jika kita bagi susu badan dengan kerap dan kita sendiri perlu minum banyak air masak/kosong untuk memperlebatkan susu badan kita.
Ads
Jangan makan jamu/supplemen/herba apa apa lagi jika susu badan.
Dan tolong janganlah jemur bayi anda di bawah matahari. Lapisan atmosfera sekarang bukan seperti dahulu dah. Terlalu banyak pencemaran udara sini sana. Lihat saja sebelah anda, ada tak yang merokok?
Sayangilah anak anda.
Bertanya pada yang ahli.
Anda bukanlah anak derhaka jika anda tidak ikut cakap mak anda untuk hal hal begini. Cakap dengan mak elok elok insha allah dia faham.
Kalau anda tengking, memang derhakalah anda.
Orang orang dulu kurang pendedahan tentang kesihatan sebab susah nak dapat infomasi jadi mereka suka ikut cakap cakap orang sedangkan mereka sendiri tak tahu betul atau tidak petua yang mereka dengar tu.
Kesian baby tadi dah kena admit masuk wad sebab kuning/jaundice lama sangat.
Tahu tak apa bahayanya jaundice yang berpanjangan?
Kernicterus yang boleh menyebabkan masalah kepada otak yang akan mengganggu pembelajaran dan tumbesaran anak anda serta membawa kepada kematian.
Masa pantang adalah sepatutnya masa yang paling gembira untuk ibu ibu. Jangan serabutkan kepala anda. Badan kan nak pakai lama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya kalau hujung tahun ini mak ayah akan sibuk dengan anak nak masuk tadika, sekolah atau mungkin uruskan kenduri anak-anak.
Semuanya cerita pasal duit keluar, ya. Kalau bab tadika, pasti ada mak ayah yang mengeluh tengok yuran tadika anak yang rata-rata perlu bayar hampir RM1000-2000. Anak seorang tak kisah sangat, kalau sudah dua tiga orang pastinya agak berat bagi mak ayah yang gajinya tak banyak.
Kenduri pun sama isunya, semuanya nak kena bayar beribu-ribu! Itu yang ada sampai kaum lelaki tak mampu sediakan duit hantaran sampai 10k-15k. Itu paling sesdikit ya. Memang berbeza sangat dengan dulu, bukan saja dari segi bayaran malah suasana pun.
Nak tahu apa lagi yang sudah berubah dan perbezaan dulu dan sekarang, mari renungkan perkongsian Puan Salwa Mohd Saleh ini.
Suasana Dulu Dan Sekarang
Dulu kita main, lari, panjat pokok, terjun tiruk dalam sungai, balik dah nak senja pun emak abah tak risau. Jiran-jiran kenal belaka. Main pun ramai-ramai penuh mesra. Lunch pun ikut dan la kat rumah sesiapa. Jatuh luka sana sini lastnya parents cakap padan muka.
Sekarang anak nak main dalam pagar rumah sendiri pun kena ada yang perhati. Main pulak sesama sendiri tak tahu jiran kanan kiri. Baru main 10 minit dah suruh masuk sebab parenta banyak kerja menanti. Dalam rumah sepah lah sebab ape lagi aktiviti nak buat selain menyepah dan tengok tv?
Beza Kenduri Sekarang Dan Dulu
Dulu nak kenduri kahwin paling seronok. Sekampung pakat turun gotong royong seminggu kacau periuk. Bawa pula beras gula sekampit dua buat bantu tuan rumah save belanja. Meriah dengan lagu hiburan nasihat, pengantin pula malu tersipu-sipu atas pelamin. Anak-anak berkejaran kutip gula-gula atau buat percubaan amik bunga manggar atas buah betik di pacak di tepi jalan sana.
Sekarang kenduri berlumba siapa yang gah dan mewah. Dewan mana katerer mana ahli kompang mana diundang, semua nak tayang. Tetamu datang jadi pengkritik. Yang nak jumpa pengantin, pengantin takde sebab shooting katanya. Anak-anak pakat menghadap skrin hp dan tab belaka sampai sepupu sepapat tak kenal tak bertentang mata.
Anak Nak Masuk Tadika
Dulu nak masuk tadika sebab nak bagi anak rasa selesa. Jadi nanti masuk tahun satu dah terbiasa. Tak apa tak pandai baca dan eja asalkan pandai berkawan dan tahu hormat guru. Main sepuasnya tak ada mengejarkan apa-apa. Tak ada homework. Hujung tahun salam cikgu bagi sabun sebuku. Tanda terima kasih.
Sekarang masuk tadika macam nak dapat sarjana muda. Yurannya beribu kalau swasta. Yang tak swasta pula banyak beratur dan penuh kuota. Tak berkawan tak apa asal periksa berderet A macam itulah penentu kehidupan agaknya. Homework banyak bukan cikgu nak tapi puaskan kehendak ibubapa yang mendesak. Hujung tahun majlis penuh grand sampai kadang terlebih dari sepatutnya.
Memang
Dulu dan sekarang tak sama
Pilih lah mana yang berguna
Bukan nasihat, ini bebelan sahaja
Kan nanti kubur pun lain-lain lubangnya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Insiden kes kematian di rumah pengasuh bukanlah perkara baru. Ramai mak ayah yang turut menzahirkan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.Sebenarnya selain, berusaha mencari pengasuh yang boleh dipercayai baik dari segi sikap dan pengalamannya dalam menguruskan anak-anak, mak ayah juga disarankan untuk mengamalkan doa tertentu sebagai salah satu usaha bertawakal kepada Nya.
Menurut perkongsian oleh Hakimie Abdul Malek,mak ayah yang tinggalkan anak dengan pengasuh, bolehlah amalkan doa yang pernah diajar oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato Dr. Haron Din ini dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
Bila berjalan-jalan, mata mesti akan tertumpu pada keluarga yang mempunyai anak ramai. Betapa bangganya lihat pasangan yang mampu ‘handle’ anak mereka. Pulak tu berderet-deret.
Rasa bangga mungkin bertukar jadi kasihan pula bila tengok anak ramai. Bagaimana perangai mereka di rumah, mak ayah uruskan rumah dan paling penting cukupkah rezeki yang mereka ada.
Mungkin ada banyak lagi tanggapan yang bermain di fikiran orang memerhati pada keluarga anak ramai ini. Belum lagi pasangan itu sendiri yang melaluinya. Boleh bayangkan huru hara dalam membesarkan anak-anak ini.
Namun, tak perlu membuat tanggapan yang bukan-bukan. Setiap anak itu ada bahagian rezeki masing-masing. Kalau sebelum ini risau tambah anak takut tak cukup duit. Tapi bila anak bertambah, boleh cukup saja dan sama seperti sebelum ini.
Bila pergi mana-mana, kadangnampak ada yang terkumat kamit mengira anak kami.
Kadang nampak muka mereka tersenyum ikhlas.
Ada juga yang tersenyum sinis.
Ramai juga yang bertanya, macam mana ‘handle’ mereka ini.
Bila cakap, hantar taska, “Cukup ke”
Insya Allah cukup, percaya saja pada Allah yang Maha Kaya.
Rezeki Bertambah
Anak ramai rezeki bertambah. Dulu boleh suap satu mulut.
Sekarang boleh suap banyak mulut.
Maka betullah setiap anak yang lahir itu Allah hadirkan dengan rezeki sekali…
Ada yang tanya juga.
“Tak penat ke urus anak ramai-ramai?
Sangat tak penat sebab ramai pembantu. Bila lahir yang kecll, kakak abang yang kat atas semakin membesar. Banyak dapat membantu.
Kadang-kafang berebut untuk jaga adik. Siap bahagiakan tugas lagi.
Yang penting sentiasa bersangka baik dengan anak-anak kita. Insya Allah mereka lah yang akan bantu kita.
Anak sedikit atau ramai sama saja.
Rezeki Allah yang bagi, tak perlu pertikai atau mengeluh.
Yang belum ada anak juga pasti ada hikmah di sebaliknya…
Mingguan Wanita : Masa kecil memang mak ayah hura hara sedikit. Tapi bila besar, tak terasa pun anak ramai sebab masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Meriahnya bila dapat berkumpul ramai-ramai.
Di sebuah bilik, seorang anak bersama emak sedang mengemas kotak lama yang mengandungi baju dan tudung lama.Anak:- Mak… semua ni tudung dan kain batik...