Semoga anak-anak ini terus kuat menghadapi hari mendatang tanpa ibu dan ayah.

‘Pasangan OKU meninggal dirempuh pemandu mabuk.’ Anak sedih hilang mak ayah serentak. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hilang dua insan tersayang serentak merupakan perkara yang sukar ditelan.

MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan diharap keluarga ini kuat menerima takdir ini.

Pasangan OKU Meninggal

“Saya tak percaya mulanya bila ada orang hantar mesej guna telefon ibu beritahu pemilik telefon kemalangan dan meninggal dunia.

“Saya anggap mungkin telefon ibu tercicir dan harapkan orang itu tersalah, tapi terpaksa reda dengan ketentuan Allah apabila kehilangan ibu dan ayah serentak akibat dilanggar pemandu mabuk,” kata Munirah Ezuddin, 21.

Dia adalah anak kedua pasangan orang kurang upaya (OKU), Ezuddin Mohammad, 50, dan Surayah Muhamat, 48, yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh Perodua Myvi dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam nahas jam 7.45 pagi tadi di Jalan Serkam Pantai, Jasin, Melaka.

Baca Di Sini:

Hajat Tak Kesampaian, Anak Meninggal Kemalangan Dalam Perjalanan Ziarah Jenazah Ibu

Guru Meninggal Kemalangan Jatuh Gaung Dalam Perjalanan Mengajar, Baru Menikah 10 Hari Lalu

IKLAN

Sehari Sebelum Hari Lahir Ke-29, Isteri Terima Hadiah Duka Suami Meninggal Kemalangan

Tiada Lagi Gurauan. Suami Meninggal Kemalangan Traktor Terbalik Ke Tebing Sungai

Pemain JDT Kemalangan, Anak Baru Berusia 22 Hari & Ibu Mentua Meninggal

DiRempuh Pemandu Mabuk

Menurut Munirah, ketika kejadian dia bersama empat lagi adik-beradiknya sedang tidur di rumah pusaka nenek mereka di Tambak Bugis, sebelum menerima kiriman WhatsApp sekitar jam 8 pagi berhubung kejadian.

“Biasanya, jika ibu dan ayah hantar mesej tidak begitu teratur, tapi mesej diterima cantik dan jelas serta disertakan dengan lokasi menyebabkan kami adik beradik terus bergegas pergi mencari.

IKLAN

“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya tergamam apabila melihat jenazah ayah dan ibu yang OKU bisu sudah terbujur kaku dan ditutup dengan kain.

Anak Sedih

“Hanya Allah yang tahu. Lebih menyedihkan apabila mengenangkan arwah ayah tidak sempat tinggal di rumah baharu di Sebatu, Sungai Rambai yang sudah 90 peratus siap.

“Itulah impiannya untuk tinggal bersama ibu sehingga ke akhir hayat selain hasratnya untuk menjadi nelayan selepas berhenti kerja di kilang membuat berus pada April lalu,” katanya.

IKLAN

Hilang Mak Ayah Serentak

Tambah Munirah, ketika pulang daripada bersiar-siar di Bandar Melaka termasuk melawat Kota A Farmosa tengah malam tadi, ibunya ada memberitahu akan keluar untuk berjumpa semula rakan-rakan jam 8 pagi ini untuk sambung bersiar-siar di pusat beli belah.

“Ayah tidak menunjukkan perubahan sikap ketara dan ceria seperti biasa, begitu juga ibu.

“Arwah seorang penyayang dan kenangan yang tidak dilupakan dia gemar mencium kami dari kecil hingga kini,” katanya sebak.

Mingguan Wanita : Semoga anak-anak ini terus kuat menghadapi hari mendatang tanpa ibu dan ayah. Al-Fatihah.

Sumber: myMetro

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI