Darah tinggi Eida Moin sukar bernafas, muka, bibir, bahu rasa kebas, kenali punca & komplikasi penyakit ini. Selepas beberapa hari ditahan wad sebuah pusat perubatan di ibu kota selepas mengalami tekanan darah tinggi, pelakon, penyanyi dan pelawak Eida Moin telah dibenarkan keluar dari hospital.
Hidap Darah Tinggi
“Alhamdulillah, keluar hospital terus pergi dinner rumah ratu @younglivingmy @vicha_barbie dia dah pesan suruh datang dinner rumah dia terus, rumah dekat je dengan hospital. Ya Allah sedap dan selera dapat makanan kampung,” kongsi Ieda yang juga bersyukur dia sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Bacaan Tekanan Darah Tinggi Hampir 200
Difahamkan ketika itu tekanan darah tinggi pemilik nama sebenar Siti Haida Abdul Moin, 43 mencecah bacaan hampir 200 dek kerana itu dia perlu ditahan di wad beberapa hari untuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan doktor.
Sebelum kejadian, seperti mana dilaporkan portal berita, Eida berasa tidak sihat dan mengalami masalah kesukaran bernafas sebelum ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
“Awalnya, saya merasa badan tak sedap dan sukar bernafas.
“Bahagian muka, bibir, dan bahu saya pun rasa kebas.
“Saya tak pernah ada sakit darah tinggi sebelum ini.
“Itulah saya terkejut selepas lakukan pemeriksaan bacaan tekanan darah mencecah 196 dan naik sehingga 220,” ujarnya Eida.
Ads
Jadual Kerja Yang Padat
Akui Eida jadual kerja yang padat membuatkan dirinya kurang rehat, itulah antara punca kejadian tersebut berlaku. Malah doktor juga menasihati agar dirinya cukup rehat sebelum bekerja semula.
Doktor juga menitipkan pesanan kepada Ieda agar membuat pemeriksaaan lanjut dan sentiasa menitik beratkan kesihatannya.
Kata Ieda, ketika itu dia seakan tidak dapat menerima kenyataan itu kerana dia mengamalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan, tetapi terpaksa terima yang dia ada penyakit itu sebab doktor lebih mengetahui.
KETAHUI PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI
Seperti mana yang dipetik menerusi Portal Rasmi Hello Doktor, secara umumnya, penyakit hipertensi tidak mempunyai penyebab yang khusus. Tekanan darah boleh meningkat dalam beberapa keadaan tertentu seperti kepenatan, kesakitan, kegelisahan atau selepas melakukan aktiviti fizikal.
Walau bagaimanapun, individu tidak akan dianggap menghidapi hipertensi jika tekanan darahnya mampu kembali ke tahap yang normal.
Jadi, untuk mengetahui jika anda sendiri menghidapi penyakit ini, sila dapatkan diagnosis daripada doktor dalam jangka masa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan sekali.
Pun begitu, ada beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan penyakit tekanan darah tinggi termasuklah:
Sejarah ahli keluarga
Jantina (lelaki lebih berisiko berbanding wanita)
Umur (lebih tua, lebih berisiko)
Stres
Obesiti
Diabetes
Tahap kolesterol dalam badan tinggi
Merokok
Pemakanan
Pengambilan alkohol secara berlebihan
Pengambilan garam & lemak secara berlebihan
Pola tidur tidak teratur
Gaya hidup sedentari
Apa komplikasi tekanan darah tinggi?
Ads
Secara umumnya, hipertensi boleh mengakibatkan tekanan atau bebanan kepada organ dalam badan sekali gus merosakkannya. Ia seterusnya akan menyebabkan beberapa kondisi kesihatan seperti:
Strok
Penyakit jantung seperti penyakit jantung koronari, kegagalan jantung kongestif, hipertropi ventrikular kiri
Komplikasi pada mata
Komplikasi pada buah pinggang
Aneurisma
Dalam erti kata yang lebih mudah, penyakit tekanan darah tinggi ini memang berbahaya jika tidak dikesan dan dikawal dengan kadar segera.
CARA MENURUNKAN DARAH TINGGI DI USIA MUDA!
Berikut merupakan beberapa cara menurunkan darah tinggi di usia muda:
Elakkan stres berlebihan
Ya, dengan tekanan hidup zaman sekarang yang semakin tinggi dan kuat dalam kehidupan seorang anak muda, agak sukar untuk merealisasikan hasrat ini. Pun begitu, anda perlu tahu bahawa stres adalah antara punca utama hipertensi berlaku. Jadi, anda perlu cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari sebarang tekanan serta dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi untuk meminimumkan risiko anda menghidapi penyakit tekanan darah tinggi.
Kawal berat badan
Umum mengetahui bahawa obesiti juga adalah faktor risiko penyakit tekanan darah tinggi berlaku.
Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
Bersesuaian dengan niat anda untuk mengawal berat badan, anda perlu menjaga pemakanan anda. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan makan makanan yang bergoreng, bergaram dan berlemak tinggi serta yang mengandungi bahan pengawet. Dalam pada itu, anda juga perlu hadkan atau berhenti terus dari mengambil alkohol. Seperti mana yang anda sudah tahu, ia adalah antara faktor risiko hipertensi.
Lakukan banyak aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal di sini bermaksud anda perlu bersenam atau bersukan sekurang-kurangnya 30 minit dalam sehari sebagai usaha atau cara menurunkan darah tinggi di usia muda. Ia mungkin akan mendatangkan kesan yang perlahan namun berkesan. Menurut kajian yang dijalankan oleh American College of Sports Medicine (ACSM), aktiviti fizikal secara sederhana seperti berjalan, berjoging atau melakukan kerja-kerja rumah sahaja sudah mampu untuk menurunkan tekanan darah anda.
Dalam pada itu, anda juga boleh membuat latihan kardiovaskular seperti berlari atau berenang sebagai rutin harian anda untuk melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kapasiti paru-paru serta menambah baik kesihatan jantung.
Berhenti merokok
Tahukah anda bahawa nikotin dan pelbagai lagi racun berbahaya yang terdapat dalam rokok tembakau dan rokok elektronik boleh jadi punca saluran darah anda menjadi sempit? Ini sekali gus akan mengakibatkan tekanan darah anda meningkat. Ini bukan sahaja boleh berlaku kepada perokok tegar sahaja ya! Perokok pasif juga turut ada risikonya.
Ads
Semoga Cepat Sembuh & Dalam Lindungan Allah
Ramai yang mendoakan Ieda cepat sembuh dan dilindungi Allah SWT.
Siapa yang tidak mengenal susuk tubuh yang begitu gah dalam dunia penyiaran tanahair, sebut saja pemilik nama Zakiah Anas pastinya akan teringatkan rancangan kendaliannya iaitu 999 yang disiarkan di TV3.
Meskipun sudah mengucapkan selamat tinggal kepada program berkenaan, namun, ramai berpendapat sehingga kini tiada pengacara yang dapat menandingi kehebatan Zakiah meskipun wajah penyampainya banyak kali bertukar ganti.
Namun pada usia 54 tahun, figura ini kelihatan begitu anggun. Apatah lagi dengan bentuk tubuh yang kekal langsing.
Rupanya, Zakiah Anas menerangkan dia memang wajib lakukan aktiviti lasak yang digemarinya iaitu mendaki (hiking) sebanyak tiga kali seminggu bagi memastikan badannya sentiasa fit dan cergas.
Bercerita lanjut seperti mana dipetik menerusi SinarPlus, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Zakiah berkata, dia mendaki pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
“Memang wajib buat aktiviti tiga kali seminggu bagi memastikan badan saya sentiasa fit dan cergas.
“Makan dan minum pun kena jaga sebab bila sudah berusia 50-an, kena jaga pemakanan dan gaya hidup,” ujarnya.
Rahsia Kecantikan
Zakiah Anas juga berkongsi rahsia kecantikannya yang bagaikan tidak dimamah usia.
“Saya hanya amalkan penjagaan muka dengan produk lokal. Tiada rejim untuk menjaga kulit, tetapi mungkin saya tidak terdedah dengan cahaya matahari, kulit pun kurang pigmentasi.
“Sekarang saya banyak duduk di rumah. Kalau keluar pun hanya untuk promosi dan jualan busana,” ujarnya.
Sibuk Uruskan Perniagaan
Selain sibuk menguruskan hal rumahtangga, Zakiah Anas juga sibuk dengan perniagaannya.
“Sebenarnya, selain bersama keluarga, saya dan suami juga ada mengeluarkan busana dan kurta dengan label By Zakiah Anas sejak 2016 lagi. Alhamdullillah sambutan cukup menggalakkan.
“Namun yang sedihnya, tahun ini saya tak dapat buat jualan seperti tahun-tahun sebelum ini kerana penularan wabak Covid-19, tetapi untuk Ramadan tahun depan, insyaAllah akan ada koleksi baharu,” katanya yang turut menyasarkan pelanggan dari Singapura dan Brunei.
‘Macam orang tua, dua kali hadap alahan yang sama.’ Besarnya pengorbanan seorang ibu apabila terpaksa melalui proses alahan apabila disahkan hamil.
Alahan bukan setakat rasa mual, muntah dan pening kepala, ada yang lebih teruk adalah berlaku perubahan pada wajah yang disangka-sangka seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna Tik Tok ini.
Macam Orang Tua
“Sepanjang tempoh kehamilan, saya lebih banyak duduk di rumah berbanding keluar kerana malu berjumpa dengan orang disebabkan alahan pada wajah,” kata Nur Husna Atirah Rosli.
@una.atirahSimpan Sebagai Pengalaman. Kenangan. Terima kasih suami 2X mengandung hadap muka sebegini. Takyah tunggu Tua HAHAHA 😆🤣♬ original sound – Alycha
Nur Husna Atirah, 25, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi pengalaman dan kisah di sebaliknya perubahan wajahnya ketika hamil seperti yang dikongsikan di TikTok miliknya, baru-baru ini.
Dua Kali Hadap
Perkongsian Nur Husna Atirah yang menetap di Kampung Tawai, Gerik, Perak, mendapat pelbagai reaksi dengan rata-ratanya memahami kerana pernah melalui pengalaman sama selain menyifatkannya sebagai salah satu pengorbanan besar seorang ibu.
Bercerita lanjut, Nur Husna Atirah menjelaskan perubahan wajahnya itu adalah disebabkan alahan dan dia sedar ketika bulan ketiga hamil anak kedua, Shariq Eshan yang dilahirkan pada 27 Disember tahun lalu.
Setiap kali hamil, wajahnya berubah hingga buatkan orang tak kenal.
Alahan Yang Sama
“Pada awalnya, muka saya elok saja namun masuk bulan ketiga jadi membengkak dan perubahan sangat ketara termasuk pada bahagian hidung.
“Ia berpunca akibat alahan dan sebenarnya, itu bukan kali pertama kerana saya pernah ada pengalaman sama ketika hamil anak sulung (Muhammad Syauqi Raid, tiga tahun).
“Saya ikhlas lalui alahan untuk anak kerana yang lebih utama adalah kesihatannya dalam kandungan saya,” katanya.
Menurutnya, perubahan pada wajah menyebabkan ada rakan tidak mengenalinya ketika di luar sehingga dia datang menegur mereka.
“Penerimaan keluarga saya dan keluarga sebelah suami pula baik, mereka tiada masalah, syukur Alhamdulillah.
“Mungkin sebab itu (penerimaan keluarga) dan sokongan suami (Mohamad Shahrudin Mohamad Bekri, 28,) saya jadi kuat.
“Sebulan juga wajah saya membengkak selepas bersalin dan kembali normal apabila hampir habis pantang,” katanya.
Seorang Ibu
Tambah Nur Husna Atirah lagi, tujuannya muat naik video di TikTok bukan untuk tular tetapi sekadar berkongsi pengalaman ketika hamil.
“Tak sangka pula ia akan raih perhatian dan dapat maklum balas sebegitu rupa.
“Diharap, video itu memberi mesej kepada golongan suami supaya tahu menghargai dan beri perhatian lebih supaya isteri jadi kuat serta tidak patah semangat,” katanya yang kini mencari rezeki dengan menjual ayam goreng keju di tapak Sogo.
Ramai Yang Lalui Alahan Sama
Ternyata ramai juga mak-mak yang berdepan dengan alahan yang sama dan turut berkongsi masalah yang sama. Harapnya wanita di luar sana yang sedang hamil terus kuat menjalani tempoh alahan dan kehamilan.
Mingguan Wanita: Ajaibnya setelah ini selamat melahirkan anaknya, wajahnya kembali pulih seperti biasa. Benarlah segala yang berlaku adalah kerana atas kuasa Allah.
Selepas desas-desus mengenai perlantikan Peguam Negara Malaysia beberapa hari ini, akhirnya segalanya terjawab apabila Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memberi perkenan keatas pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.
Sebelum ini ada netizen yang tak berpuasa hati dengan keputusan kerajaan Pakatan, Tun Mahathir yang mencalonkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. Keputusan itu telah mencetuskan beberapa konflik keatas keyakinan rakyat Malaysia terhadap kredibiliti Tommy Thomas yang pernah melibatkan dirinya dalam hal-hal kerajaan dan menteri sebelum ini
Perlantikan ini dibuat selepas PH memutuskan untuk tidak meneruskan khidmat Apandi ekoran pembabitannya dalam siasatan skandal 1MDB. Namun persoalannya, siapakah sebenarnya Tommy Thomas?
1. Berkhidmat Di Majlis Peguam Sejak 1984
Thomas berkhidmat di Majlis Peguam dari 1984 hingga 1988 dan dari 1993 hingga 2001.
Beliau dipilih sebagai Setiausaha, berkhidmat dari tahun 1995 hingga 1997.
Beliau adalah Pengarang Insaf, penerbitan Bar dari 1985 hingga 1987.
Beliau adalah ahli Bar ( Prosiding Tatatertib) Jawatankuasa Kajian di bawah Pengerusi Tun Hussein Onn, dan menulis Laporannya pada tahun 1986.
Thomas mempunyai minat dalam tadbir urus korporat.
2. Lebih daripada 40 Tahun Dalam Undang-Undang
Thomas telah mendapat keistimewaan sebagai penasihat dalam kes-kes mercu tanda di pelbagai cabang undang-undang di semua mahkamah Malaysia, termasuk Majlis Privy di London, yang merupakan mahkamah tertinggi Malaysia sehingga tahun 1985.
Thomas mempunyai lebih daripada 150 kes yang dilaporkan dan kes yang tidak dilaporkan yang tidak terkira banyaknya.
Beliau telah dipilih secara konsisten dan kerap sebagai salah seorang penasihat undang-undang terkemuka di Malaysia oleh penerbitan antarabangsa bebas seperti Undang-undang Asia Pasifik 500, Which Lawyer, Who’s Who Legal (The International Who’s Who of Business Lawyers), Commercial Litigation Lawyers of Asia and Chambers Asia.
3. Pernah Menjadi Ketua Undang-Undang Amanah (Peguam)
Tommy Thomas, calon yang dicadangkan untuk Peguam Negara (AG), bukan sahaja mempunyai pengetahuan undang-undang yang mendalam, “tetapi lebih penting lagi, dia adalah seorang peguam kanan dengan integriti yang sangat penting untuk menjadi AG,” kata Hanipa Maidin (gambar), yang mempengerusikan Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara.
Dalam surat kepada Malaysiakini, beliau berkata dengan jujur, beliau menyokong penuh calon yang dicadangkan, “tanpa keraguan”.
Hanipa mengenang pengalamannya dengan Thomas ketika mengendalikan penghinaan terhadap kes mahkamah yang difailkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) terhadap seorang peguam wanita bernama Puan Fahdah dan penulis / aktivis Ahmad Lutfi Othman.
Thomas mewakili Fahdah dan Hanipa bertindak untuk Ahmad Lutfi. Mereka memenangi kes itu.
“Saya nampak seorang peguam yang sangat hebat dan sangat berwibawa,” kata Hanipa, yang juga Ahli Parlimen Sepang.
4. Peguam Kepada Chin Peng
Beliau pernah mewakili pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dalam memanggil kerajaan membenarkan jenazahnya dimakamkan di Sitiawan, Perak.
Beliau menegaskan bahawa dalam bukunya ditulis pada tahun 2016, Thomas telah menggambarkan Chin Peng sebagai salah satu pejuang pembebasan yang hebat pada separuh kedua abad ke-20 dan penyumbang utama kepada Merdeka.
5. Peguam untuk MH 370 dan MH 17
Thomas mewakili 76 penumpang dari penumpang Malaysia Airlines MH370, yang memfailkan tuntutan terbesar terhadap syarikat penerbangan itu atas kehilangan pesawat pada bulan Mac 2014.
Pada bulan Februari 2017, mahkamah telah mengarahkan kos RM10,000 kepada pelanggannya, dan mengarahkan syarikat penerbangan itu untuk menyediakan dokumen-dokumen berkaitan yang memperincikan kehilangan penerbangan itu kepada waris terdekat.
6. Penulis Buku Undang-Undang
Thomas menghasilkan dua buku esei – Anything but the Law, mengenai pilihan raya dan ekonomi, dan Abuse of Power, mengenai undang-undang dan perlembagaan.
7. Peguam untuk Lim Guan Eng
Kenyataan Persidangan Siaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Mengumumkan Tommy Thomas Sebagai Penasihat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Menggugat Suruhanjaya Pilihan Raya Dan Kerajaan Persekutuan Di Gerden Hotel, Kuala Lumpur pada 26hb Feb 2013.
Thomas mewakili Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kes rasuahnya.
Sumber: Tommy Thomas
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saharul Ridzwan jual kereta honda milik isteri. Sebelum ini ramai yang berasa sebak apabila pelakon Saharul Ridzwan mendedahkan dirinya terpaksa menjual kereta milik isterinya,...