kereta idaman

Hebat tak hebat wanita ini, Azlina Ina Fans dari seorang peniaga yang berniaga di tepi hutan, kini mampu membina impian memiliki sebuah kereta idaman jenama mewah dan kedai bakeri yang lebih selesa.

Akuinya perjalanan perniagaannya tidak mudah seperti dilihat. Namun usaha yang dibina sejak tahun 2014 telah pun membuahkan hasil.

Dan beliau berkongsi pesanan agar suri rumah jangan pernah berasa rendah diri dengan apa yang ada. Melangkahlah dengan cara sendiri. InsyaAllah ada kejayaan menanti.

Sebagaimana pepatah Arab yang cukup terkenal itu menyatakan ‘Man Jadda Wa Jadda’. Iaitu siapa yang berusaha, mereka itulah yang akan mendapat hasilnya.

Begitulah kisah suri rumah bernama Azlina ini. Dulu, dia cuma menunggang motosikal Honda EX5 saja. Perlahan-lahan dia mampu memiliki kenderaan yang menjadi idamannya.

Malah, di media sosial Azlina mampu mengumpul sehingga lebih sejuta follower yang menggemari perkongsian resipinya.

Hadamkan perkongsian dan pesanannya untuk wanita.

 

IKLAN

Bermotor Honda EX5, Kini Naik Kereta Idaman

Hari ini (ketika status dimuatnaik pada 3 Mac 2022) hari dimana 8 tahun lepas seorang suri rumah bermodal kan RM50 memulakan perniagaan nya.

Biarlah org lain hebat dengan cara masing-masing, mak bangga dengan diri sendiri sebab melangkah sejauh ini.

Suri rumah semua..

Di atas, gambar itu lah bermula nya kegigihan mak ke mana-mana dengan motor itu. Jangan rasa rendah diri mana tahu kan kalau suatu hari kalian mampu berkereta mewah.

Dulu dari bermotor Honda EX5 sekarang mampu ada kereta idaman.
Dulu dari kedai tepi hutan nak paking pun susah.

IKLAN

 

Satu-satunya Bakeri Muslim Di Keliling Kedai Non Muslim

Sekarang mampu ada bakery yang sempurna cantik dan indah dan paling membangga kan bakery mak itu adalah satu-satunya bakery muslim dan di kelilingi semua kedai chinese dan non muslim area tersebut.

Mak berani sahut cabaran aku surirumah yang boleh buka bakery walau dikelilingi majoriti kedai bangsa lain.

Aku boleh.

IKLAN

Mungkin bagi orang lain biasa-biasa tapi bagi mak nak berjaya sejauh ini perlu usaha yang sangat luar biasa. Kerana hanya yang sabar luar biasa, yang rajin luar biasa, yang cekal luar biasa yang boleh berjaya dari bawah. Dari tiada apa-apa menjadi seseorang yang bukan biasa biasa.

Jangan Berhenti Berdoa

Suri rumah semua..

Jika hari ini kita adalah seseorang yang tiada apa-apa. Suri rumah yang menggendong anak setiap masa, jangan berhenti berdoa kita jadi seseorang suatu masa akan datang.

Tapi andai kita orang yang rajin dan cekal, kuat semangat dan ingin maju ke depan. InshaAllah kita semua boleh berjaya. Terus jadi inspirasi kepada suri rumah lain.

Kkhlas dari Mak Ina ( suri rumah anak 4)
Dari tahun 2014-2022

Sumber/Foto : Azlina Ina Fans

Cari ROTI SEDAP di sini : https://invol.co/cl9l07n

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI