Suami seharusnya mempunyai sikap ‘melindungi’ isteri, dalam apa juga situasi. Sememangnya satu tindakan yang berani di hadapan jutaan penonton seluruh dunia, kerana mahu mempertahankan maruah isteri, pelakon, Will Smith, telah bertindak menampar wajah pelakon, Chris Rock di pentas Anugerah Oscars 2022 yang diadakan secara langsung di Dolby Theater, California.
Isteri Jadi Bahan Jenaka
Dalam kejadian pagi tadi waktu tempatan, Will dikatakan tidak dapat menahan marah apabila Chris menjadikan isterinya, Jada Pinkett Smith sebagai bahan jenaka ketika menjadi hos acara tersebut yang disaksikan oleh jutaan penonton di seluruh dunia.
Difahamkan, punca kejadian bermula apabila Chris menyentuh nama Jada dan berjenaka mengenai kepalanya yang botak selain cuba mengandaikan wanita tersebut dengan filem ‘rekaannya’, GI Jane 2.
Perkara itu telah menyebabkan Will bertindak bangun daripada kerusi penonton dan meluru naik ke pentas sebelum menampar wajah Chris dan kemudiannya kembali semula ke tempat duduknya.
Apa yang jelas, wajah Will sangat tidak senang dengan kelakuan Chris yang dianggap cuba memalukan isterinya.
Audio rakaman momen tersebut selain paparan wajah Will sedang berkata sesuatu terhadap Chris dipercayai telah disenyapkan oleh pihak produksi namun menerusi mimik bibir, jelas memperlihatkan Will berkata “jangan sentuh atau menyebut nama isteri saya!”
Menurut laporan media antarabangsa, Jada sebelum ini pernah berkongsi mengenai penyakit yang dialaminya, Alopecia, yang menyebabkan dia terpaksa berdepan dengan situasi keguguran rambut hingga terpaksa membotakkan kepala.
Ads
Kejadian antara Will dan Chris tersebut telah menyebabkan kekecohan kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia.
Ada yang menyokong tindakan Will dan ada juga yang bersimpati dengan Chris.
Memohon Maaf Secara Terbuka
Namun demikian, ketika menyampaikan ucapan selepas ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Oscar 2022, aktor Will Smith memohon maaf secara terbuka kepada penganjur Anugerah Academy itu serta seluruh penggiat seni berikutan tindakannya ‘menyerang’ selebriti Chris Rock di acara berkenaan.
Sekalipun tidak mengemukakan permohonan maaf itu pada Rock secara langsung, namun, Smith membuat perbandingan dengan karakter lakonannya dalam filem King Richard.
Ads
“Saya mahu minta maaf kepada Academy, saya mahu minta maaf kepada semua rakan finalis (Oscar 2022). Ini merupakan momen yang indah dan saya menangis bukan kerana kemenangan ini (Pelakon Lelaki Terbaik).
“Ini bukan soal saya memenangi anugerah,” kata Smith yang menerima penghormatan daripada seluruh penonton yang berdiri sambil bertepuk tangan kepadanya.
Menyambung ucapan, Smith berkata: “Seni telah mengubah hidup. Saya kelihatan seperti bapa yang gila, seperti Richard Williams… namun, cinta boleh membuatkan kamu melakukan benda yang ‘gila’.”
Mingguan Wanita:Demi pertahankan maruah isteri yang diperlekehkan di hadapan jutaan penonton, cukup berani dan terharu dengan tindakan pelakon Will Smith ini. Selayaknya suami menjadi pelindung buat isteri, dalam situasi begini bukannya ‘tumpang sekaki’ turut memperlekehkan sekali.
Tiket konsert Coldplay jadi mahar mas kahwin untuk isteri, buat kejutan untuk pasangan. Lain dari kebiasaan. Biasa kalau hadiahkan barang kemas, wang tunai itu perkara biasa tetapi menghadiahkan tiket konsert artis popular Coldplay sebagai mahar untuk isteri memang lain macam.
Viral di twitter, seorang pengantin lelaki menikahi wanita pujaan hatinya dengan memberikan mahar tiket Coldplay. Hal ini dikongsikan di twitter atas nama @ fhfndtaaa.
Tiket Konsert Coldplay Jadi Mahar Mas Kahwin Untuk Isteri
Dalam video itu jelas kelihatan bapa pengantin perempuan menyebut:-
“Saya nikahkan dan saya kahwinkan anak kandung saya, Anastasya Ayu Widiadana kepada engkau dengan mas kawin emas seberat 21 gram, sepasang persalinan solat dan tiket Coldplay dibayar tunai,” kata bapa pengantin perempuan.
“Saya terima terima nikahnya Anastasya Ayu Widiadana binti Ahmad dengan mas kawinnya tersebut tunai,” kata mempelai lelaki.
Buat Kejutan Untuk Pasangan
Tidak dapat dipastikan di mana majlis pernikahan pasangan ini namun mahar mas kahwinnya menarik minat untuk ramai mengetahuinya.
Sama seperti di Malaysia, kumpulan popular ini akan mengadakan konsert di Stadium Bukit Jalil pada 22 November akan datang dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour.
Tidak terkecuali, Coldplay juga akan membuat konsert di Indonesia juga pada bulan yang sama iaitu pada 15 November sebelum datang ke Malaysia. Tiket sudah mulai dijual mulai 17 hb lalu dan setakat ianya telah sold out dan ramai kecewa kerana gagal memperolehinya.
Jadi memang kelainan bila dapat menghadiahkan isteri tiket Coldplay yang menjadi rebutan ramai. Sumber :- Tribunnews.
Kemesraan antara Caprice dan anak tirinya, Aleesya Sofea mengundang rasa senang di kalangan peminatnya. Bak kata mereka, terserlah kasih sayang Caprice pada anak tirinya itu.
Malah, sikap penyayang Caprice turut mendapat pujian daripada isterinya, Farra Inalis atau lebih mesra dengan panggilan Elis ini.
Bila mana Elis berkongsi video anak perempuannya dengan kapsyen yang memaklumkan selepas 6 bulan mengenali Caprice. Anaknya itu sudah memanggil lelaki itu ‘Daddy Caprice’
Aleesya Menangis Rindu Nak Jumpa
Kongsinya lagi, “Harini bila tengah scroll scroll balik gallery terjumpa la video adik (Aleesya) masa awal-awal kenal Ariz dulu.. terbuka hati rasa nak bercerita sedikit kisah kami.
Okey, let me start from the beginning.
Dalam video ni selepas (3-4 kali Aleesya jumpa dengan Ariz) dia punya clingy sampai nangis “rindu nak jumpa”, sebenarnya Aleesya bukan lah sejenis budak yang suka nangis, dan dia susah nak rapat dengan orang.
Anak Elis Dah Panggil ‘Daddy Caprice’
Selepas 6 bulan, anak Elis dah start panggil “Daddy Caprice”. Kadang-kadang dia pun suka menyakat Ariz dengan pangilan “abang bro caprice” dan buat gaya-gaya hip hop. (dah macam kawan sama baya aku tengok)
Secara jujurnya , penguat hubungan kami adalah Aleesya. Selama 2 tahun ++ Elis sebagai single mother tak pernah terfikir untuk berkahwin seawal ini , sebab Elis tak percaya akan ada orang yang akan sayang anak Elis macam I sayang dia.
Orang kat luar mungkin tak nampak or mungkin suami saya tak pernah tunjuk… but I have to say this, Ariz is too caring and loving with children and that became the no.1 reason for our marriage.
InsyaAllah we will keep growing as a family.
Terima kasih sayang sebab terima I seadanya @capriceofficial @signbycap
Beberapa hari lalu, berlegar foto pernikahan antara Caprice atau Ariz Ramli, 33 dengan pasangannya, Elis dalam persalinan berwarna putih. Malah, Caprice turut memuat naik video hari bahagianya itu di instagramnya dengan kapsyen ‘Halal @farra_inalis’
Batal kahwin, putus tunang tanpa sebab munasabah. ‘Anda boleh failkan tuntutan ganti rugi.’ Pertahankan hak dan maruah anda setelah dianiaya pihak sana.
Bab nikah, kahwin ini bukan hanya melibatkan pasangan yang bakal bernikah semata sebaliknya melibatkan maruah kedua-dua belah pihak. Oleh sebab itu jangan dibuat main bila segala persiapan dibuat, kemudian sesuka hati batalkan majlis.
Kalau tak sudi, beritahu awal-awal dan bincang baik-baik agar semua hati dapat dijaga. Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Lidah Pembela iaitu Peguam Syarie daripada @muizzuddinrahimassociates.
BATAL KAHWIN SAAT AKHIR.
1. Baru-baru ini tular berita tentang seorang gadis yang dibatalkan kahwin oleh pasangannya di saat akhir. Dikatakan 3 hari sebelum tarikh perkahwinan. Kami turut bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis tersebut.
2. Tidak perlu kami ulaskan lebih lanjut tentang situasi gadis tersebut kerana telah banyak portal yang menulis dengan lebih detail tentang situasi tersebut.
Tanpa Sebab Munasabah
3. Tahukah anda? Anda boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah sekiranya anda juga berada dalam situasi gadis tersebut.
Sekiranya tunang anda membatalkan perkahwinan atau memutuskan pertunangan tanpa sebab yang munasabah, anda boleh failkan kes TUNTUTAN GANTI RUGI PERTUNANGAN.
4. Ini adalah berdasarkan seksyen 15 Enakmen Undang-undang keluarga islam selangor yang memperuntukkan bahawa:
Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.
5. Apakah bentuk ganti rugi yang boleh dituntut?
Pihak yang dimungkiri janji boleh menuntut semua pemberian dan semua perbelanjaan bagi persediaan perkahwinan. Misalnya kos katering, khemah atau dewan, dan sebagainya.
6. Tuntutan boleh dibuat di Mahkamah Rendah Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah, mengikut kadar jumlah tuntutan.
Tuntutan Ganti Rugi
7. Syarat untuk membuat tuntutan ini adalah perlu buktikan wujudnya kontrak/akad pertunangan yang sah disisi undang2 dan hukum syarak.
8. Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada pembaca dan dapat mendidik untuk bangkit mempertahankan maruah diri.
Tidak lagi bergantung harap kereta sewa. Tahniah buat Zahnita yang telah berkongsi kisah dirinya telah memiliki sebuah kenderaan.Zahnita yang berhadapan dengan krisis rumah tangga...