Sebak sungguh rasa hati bila menatap perkongsian video Yantei Bakir ini. Kelihatan seorang jururawat ambil alih menjaga pesakit Covid-19 yang berumur 5 tahun bagaikan anaknya sendiri.
Menurut Yantei, dirinya berasa terharu dengan usaha yang dilaksanakan oleh jururawat yang lengkap memakai PPE itu. Jururawat itu mengambil tanggungjawab menjaga pesakit ciliknya, bila mana ibu pesakitnya tidak sihat.
Kongsinya,
Jururawat Ambil Alih Jaga Pesakit 5 Tahun
“Maaf missy kak Yan ambik video, tapi rasa terharu amat sangat. Missy ni jaga pesakit budak berumur 5 tahun tu macam anak dia sendiri.
Aduhai tersentuh hati.. ibunya rasa tak sihat, budak tu demam dan tak mau makan ubat. Missy ni yang jaga, sponging, bagi makan ubat dan duduk di sisi budak ni.
Allahu.. besar pahala.. hanya allah yang membalas kebaikan missy-missy sekalian.”
Ads
Luahnya dalam caption video berkenaan yang diambil ketika berada di pusat kuarantin Dewan PL, Wilayah Persekutuan Labuan.
Kebetulannya, ketika itu anak Yantei juga sedang diuji Covid-19. “Anak saya yang admit hari itu. Tapi kami dah discaj.” jelasnya kepada Mingguan Wanita.
Perkongsiannya itu juga mengundang perasaan sebak di hati orang ramai. Turut tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan oleh jururawat berkenaan.
Malah, ada yang mendoakan akan kebaikan jururawat. Semoga jasa baiknya dibalas olehNya.
Tak kurang juga yang berasa sebak hingga bergenang air mata. Terlalu tersentuh melihat kebaikan jururawat yang merawat anak kecil itu.
Mingguan Wanita :Terharu sama dengan kebaikan jururawat yang baik budi. Semoga kisah jururawat ini menjadi inspirasi dan kekuatan kepada frontliner lain yang ketika ini berdepan ujian hebat dalam kerjaya mereka.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Pengalaman bengkak susu yang pernah dialami bagaikan mimpi ngeri sewaktu dalam pantang selepas bersalin anak pertama.
Pada waktu itu pelakon Ezzaty Abdullah terpaksa melakukan pembedahan selepas disahkan mengidap Breast Abscess (nanah payudara) atau bengkak susu.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagramnya, isteri kepada Azwan Kombos ini sekali lagi mengalami bengkak susu sewaktu masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak keduanya.
Pada 11 Februari lalu, Ezzaty selamat melahirkan bayi kedua. Sedang menjalani proses berpantang sekali lagi dirinya diserang bengkak susu hingga tiga kali demam.
Namun dia bersyukur kerana kali ini tidak perlu menjalani pembedahan.
“Tiga kali demam menggigil satu badan sebab menahan sakit.
“Sudah hujung-hujung berpantang ni masih kena lagi. Alhamdulillah semuanya ok. Sakit ni penghapus dosa kecil. Syukur tak perlu operate macam dulu,” luah Ezzaty.
Malah Ezzaty juga sempat menitipkan pesanan agar ibu-ibu yang baru melahirkan anak agar jangan pandang ringan tentang hal ini.
“Para ibu kat luar sana, bengkak susu bukan satu perkara yang boleh dibiarkan ye.
“Jangan sampai melarat dan bernanah, nanti kena operate, sakit sangat tau!
“Boleh google “breast abcess” untuk tahu lebih lanjut.
“Saya bukan pakar, saya bercakap melalui pengalaman je. Sila rujuk pakar bila bengkak tak surut ya ibu-ibu,” luahnya.
“Cikgu beri buku, alatulis murah saja.” Tapi air muka pelajar yang terimanya sangat mahal.
Begitulah momen yang pasti tidak akan dilupakan seorang guru apabila melihat kegembiraan pelajar apabila menghargai pemberiannya walaupun hanya barang murah.
Kisah yang dikongsikan Cikggu Emmet ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata memuji tindakan cikgu ini dalam menggembirakan hai pelajarnya.
Kongsinya,
Kisah hari pertama semalam…
Tidak ada guru membiarkan muridnya tidak ceria di saat rakan lain gembira.
Semalam saya meninjau kelas tahun 1. Anak- anak murid kelas seramai 5 orang (sekolah saya SKM) sangat ecxited untuk belajar.
Namun bukan semua mampu menyediakan keperluan lengkap.
Sudah ada buku latihan? Saya bertanya.
Ada cikgu!!!! Sahut beberapa murid sambil mengeluarkan buku. Hanya seorang saya yang tersenyum tapi senyap…tersipu sipu.
Kamu ada buku?
Dia senyum dan mengeleng kepala.
Buka beg cikgu nak tengok…
Dia membuka beg…
Ternyata kosong tanpa buku. Buku teks pun tidak ada sebab murid ini lewat mendaftar. Proses memohon buku teks sedang diuruskan pembeliannya.
Saya membuka bekas pensilnya…
Hanya ada sebatang pensil, pengasah dan pemadam.
Saya termenung sebentar.
Kemudian saya bergegas balik ke bilik di pejabat sekolah lalu menyelongkar laci dan almari dengan harapan ada lebihan alatulis dan buku buku latihan yang saya belikan untuk murid tak berkemampuan tahun lepas.
Alhamdulillah jumpa juga..
Saya bingkas kembali ke kelas dan memanggilnya di satu sudut, saya memberikan padanya.
Namun air mukanya yang girang menerima buku dan alatulis…..adalah momen yang sangat priceless dan mahal.
Ya Allah kau kuatkan semangat anak-anak muridku dan anak-anak yang kurang berkemampuan di negara ini untuk terus belajar mengubah hidup. Amin.
Catatan Cikgu Emmet
Mingguan Wanita : Ternyata setiap kenangan yang tercipta ketika di sekolah pasti akan diingati apatah lagi kenangan manis seperti ini. Semoga Cikgu Emmet dimurahkan rezeki selalu.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
“Dalamnya luka di hati hanya allah yang tahu.” Trend isteri pertama bersanding bersama madu.
Ternyata bukan mudah melihat suami yang berkongsi hidup berubah hati dan menduakan seorang isteri. Namun sebagai hambaNya, jika itu takdirnya, mak-mak terpaksa akur.
Menerima kenyataan dimadukan satu perkara, tetapi tolonglah hormati perasaan isteri pertama. Janganlah dipaksa dan diajak ke majlis persandingan suami dengan madunya. Amat tidak adil.
Sudah jadi trend pula isteri pertama bersanding di pelamin yang disediakan ahli keluarga isteri kedua. Jagalah hati semua pihak jika mahu berpoligami.
Nabi Muhammad SAW tidak pernah berpoligami sepanjang perkahwinan bersama Saidatina Khadijah. Walaupun Khadijah tua lebih 20 tahun dari baginda SAW.
Rasulullah SAW mengahwini Khadijah seorang janda hartawan ketika baginda berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun. Begitu setia Rasulullah SAW kepada Khadijah. Bahkan tahun wafatnya Khadijah dikenali sebagai tahun dukacita buat baginda.
Selepas kewafatan Saidatina Khadijah, baharulah Nabi Muhammad SAW berkahwin lain dan berpoligami.
Berbeza dengan kita Orang Melayu Islam. Selagi tangan itu sampai untuk peluk isteri pertama dengan tangan kanan dan isteri kedua dengan tangan kiri, maka mahu ditunjukkan kepada dunia panjangnya tangan itu walaupun kehebatan si lelaki itu tidaklah seberapa dari segi zahirnya dan batinnya.
Tambah malang apabila kurangnya ilmu agama sebagai lelaki berpoligami apabila isteri-isteri menanggung diri sendiri dan suami tergamak mengumpul isteri-isteri dalam satu rumah untuk jimat belanja. Jika tidak mampu sediakan rumah yang berlainan, mengapa berpoligami pada awalnya?
Ini tidak dikira “isteri rela duduk serumah demi taat kepada suami” kerana ianya bertentangan dengan poligami cara Rasulullah SAW yang tidak pernah mengumpul isteri-isteri Baginda tinggal di rumah yang sama.
Susah juga nak berpoligami guna otak sendiri. Jangan bergangbang beramai-ramai atas katil sudahlah. Taat kepada suami ada had batasan tertentu yang tidak melanggar hukum Islam.
Poligami pula selepas suami berjaya dengan sumbangan Isteri pertama. Wang kejayaan dan kemewahan hasil usaha bersama isteri pertama selama bertahun-tahun dihabiskan untuk isteri kedua.
Isteri pertama diabaikan sebaik suami berjaya. Rasulullah SAW tidak pernah mengabaikan mana-mana isteri Baginda selepas Baginda berkahwin lagi.
Ada seorang lelaki di Putrajaya yang isterinya sedang sambung belajar Master di universiti di utara Malaysia, lelaki itu dengan bangganya mahu berpoligami tak kisah dengan gadis atau janda “hanya” kerana dia mampu membeli sebuah rumah di Putrajaya. Loan “sebuah” rumah itu kongsi bayar dengan isteri yang sedang cuti belajar itu.
Isteri itu di utara menanggung diri sendiri dan seorang anak yang dibawa isteri untuk dijaga sambil isteri itu belajar. Si suami? Macam orang bujang kaya walaupun sebenarnya dia tidak kaya jika tidak dibantu isterinya.
Lelaki sebegini tidak mampu berpoligami selagi dia sebagai suami masih menggunakan wang isterinya. Pastikan lelaki sebagai suami “tanggung segala-galanya” belanja isteri dan belanja rumahtangga sebelum berniat berpoligami. Tanggungjawab dunia pun tak-lepas, bagaimana mahu menjawab di akhirat?
Isteri kedua dalam berpoligami pula mesti nak cari yang cantik muda bergetah sahaja. Beria mengorat anak dara orang untuk dijadikan isteri kedua. Janda susah ramai anak yang menjual goreng pisang di depan rumah tak nak pula dikahwini.
Berpoligami dengan mengikut Sunnah Rasulullah SAW adalah dengan mengahwini janda susah untuk dilindungi. Kalian bukan Rasulullah SAW yang mampu membentuk perempuan muda sebagai pemimpin wanita Islam.
Dapat isteri kedua.. isteri pertama tidak lagi disentuh lelaki yang kononnya berpoligami itu. Banyak aduan di Pejabat Agama suami yang berpoligami tidak lagi menyentuh isteri pertama.
Jauhnya kita dengan poligami cara Rasulullah SAW.
Sebagai suami yang bertandang ke rumah keluarga mertua sebelah isteri kedua, cubalah belajar menghormati majlis di rumah orang lain.
Nak tunjuk kehebatan berpoligami cukup dengan Pemberian nafkah zahir batin yang adil antara isteri-isteri. Kerana di akhirat kelak, ini yang ditanya di hadapan Allah SWT.
Tidak pernah lagi disebut dalam Sirah Nabawiyyah tentang soalan “Berapa kali kamu berjaya buatkan isteri pertama kamu bersanding di atas pelamin isteri-isteri kamu yang lain dengan memutar-belitkan ayat taat kepada suami?”
Entah lah..
Yang penting bukan suami kawan-kawan saya atau bakal suami saya sebagai lelaki itu dan bukan saya serta kawan-kawan SISTERS saya di Meta ini yang dipaksa suami bersanding di pelamin madu sendiri. Dalamnya luka di hati isteri pertama itu hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Apa lah di fikiran sang suami hingga sanggup meminta bukan-bukan tanpa menjaga hati isteri pertama.
Ditakdirkan kahwin tak sekufu, ini salah satu cabaran buat pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Bukan tidak mampu menolak awal-awal tetapi kalau sudah jodoh, lari macam mana pun tetap akan berjumpa