jalan-jalan-dekat-utara

Bila sebut jalan-jalan dekat utara ini, boleh terbayangkan harga makanan yang murah. Dan tentulah seronok bawa anak ramai bercuti ke Negeri Jelapang Padi.

Dr Yazeed Hair Johari yang berkesempatan membawa keluarga bercuti di utara berkongsi pengalaman menarik menikmati suasana dan pemandangan kampung, tepi sawah bendang di Jerlun, Kedah.

Selain harga makanan yang dikatakan ‘terlalu murah’, penginapan homestay mereka sekeluarga duduk ini juga berbaloi untuk dicuba.

Tentunya pemandangan kampung dekat Jerlun yang cantik itulah memukau pandangan sepanjang bercuti di sana.

Jalan-jalan Dekat Utara, Pilih Homestay Di Alor Star

Kenapa aku pilih home stay ni di alor star ?

Nak review homestay yang best ni. Tapi kalau kau golongan kayangan sila skip post ni. Sesuai untuk orang bandar yang dah lama tak tengok kampung.

Hari tu, aku ada mintak followers rekemen homestay dekat alor star ni. So Aku pilih suggestion yang ni. Jarak dia 15km dari bandar Alor Star.

IKLAN

Takkan balik kedah duduk hotel. Kalau takat duk hotel, dekat KL lagi banyak pilihan.
Duduk area bendang la best. Kau ada? Takdeee? Lemahhhh

Aku pilih Homestay D paddy, di Jerlun Kedah.

Kenapa aku pilih rumah ni?

Lokasi Jalan-jalan Dekat Utara

  • Tak jauh dari bandar Alor Star (15km)
  • Aku prefer keluar skit dari bandar.
  • Yang penting aku nak duduk di tengah bendang dan tali air.
  • Meriah sebab on the way ke Jerlun ni banyak kedai2-kedai street food dan buah tepi jalan. Rasa macam balik raya.

Fasiliti

  • Rumah baru bina.
  • Ada 3 bilik , 2 tandas.
  • Ada dapur.
  • Semua bilik ada aircond dengan kipas.
  • Dapur lengkap untuk masak.
  • Yang penting, rumah dan tandas bersih.

Aktiviti

  • Refer pada gambar. Pada aku cantik gila semua pemandangan dekat sini.
  • Laut tak jauh dari rumah homestay ni.
  • Tali air yang panjang dan lebar.
  • View bendang luas gila.
  • Paling best, surau dekat boleh jalan kaki. Boleh join orang kampung solat. Memang syok.
  • Kedai makan banyak yang dekat. Kedai runcit pun dekat.
  • Sarapan pagi ala kampung memang banyak. Semua sedap.
Kalau Nak Jalan-jalan Dekat Utara, Kampung Di Jerlun Ni Memang Cantik
Sarapan pagi jual depan surau. Gila feel macam zaman kecik-kecik dulu dekat kampung, 10 orang makan baru RM14 ringgit. Nasi berlauk ayam RM2 siap kuah.

Harga

  • Pada aku harga dia terlalu murah . Aku rasa macam tak patut pun ada.
  • Rumah bersih, complete semua ada.
  • RM150 sahaja semalam. Tak ada deposit.

Tuan Rumah

  • Tuan rumah memang sempoi sejak dari hari first aku deal dengan dia.

Baca : Seronoknya Bawa Anak Jalan-jalan Dekat Selangot, Melawat Ladang Farm Fresh

IKLAN

Kalau Nak Jalan-jalan Dekat Utara, Kampung Di Jerlun Ni Memang Cantik

Swimming Pool

  • Pool tak ada , sebab aku tak perlu kan pun. Banyak masa aku spend di luar.
    Paling mantap bila owner sedia kan motor untuk hangpa ronda kampung.

Aku memang rekeman kat hangpa la. Kalau nak jalan-jalan dekat utara, Kampung-kampung dekat Jerlun ni memang cantik. Aku pun tak habis explore lagi.

Sekinchan pun tak boleh lawan laaa!!!!

Lagi 2 minggu nak datang lagi, confirm nak repeat.

IKLAN

Aku tidoq lena sepanjang 2 malam dekat sini.

Kalau Nak Jalan-jalan Dekat Utara, Kampung Di Jerlun Ni Memang Cantik

Apa yang korang dapat dengan bayaran RM150 semalam . Berbaloi sangat. Tak da apa nak komplen.

Homestay D Paddy
En Rahim 012 432 2476
Dropped pin
https://goo.gl/maps/fTKmVUnFZTne1BadA

Sumber/Foto : Yazeed Hair Johari

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI