Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali atau disapa Hidayah menerusi entri di Instagram semalam meluahkan perasaannya apabila ada pihak yang menuduh dia tidak bersedih dengan pemergiaan arwah suaminya Abam pada 10 Februari lalu.
Menurut ibu tunggal ini dia reda dengan tuduhan sedemikian. Namun Hidayah sentiasa beringat akan pesan arwah Abam, di mana kesedihan tidak perlu ditunjuk-tunjuk;
“Ada orang berkata aku tak sedih dengan kematian suami tak apalah cakaplah apa pun Allah yang Maha Mengetahui segalanya, ingat lagi pesan arwah suami.
Mereka Bukan Bagi Kita Makan
“Sayang biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan. Janji kita dengan cara kita jangan berhenti berdoa. Allah sentiasa ada bersama kita.
“Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk, bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama.
“Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” QS. At-Taubah: 40
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” QS.Ali ‘Imran:139
Al-Fatihah Suamiku Syed Umar Mokhtar
Antara komen nasihat dari pengikut Instagram Hidayah Abam
Sumber/Foto: Instagram Hidayah Abam
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cermin Viral Trend Terkini Kaki Deco Ni Ya Ampun Cantik! 5 Tip Bagi Tahan Lekat Di Dinding Lebih 2 Tahun
Tak boleh nafikan, cermin viral ni dah semacam jadi kegilaan para suri. Trend terbaru ni mudah saja nak cari bahan-bahannya. Sama ada di kedai DIY, kedai murah Eco malah Ikea pun boleh diterjah demi merealisasikan impian pasang cermin viral di dinding rumah anda.
Ini perkongsian daripada Cik Puan Sania Weina cara-cara nak pasang cermin viral sampai bertahan dua tahun dan tak jatuh berderai
Kongsinya
“Ruang utama rumah,bila tetamu datang selalu tumpu kat sini dulu. So far Alhamdulillah sejak pasang sampai sekarang 2 tahun cermin masih kekal utuh.”
Teknik Bagi Cermin Melekat Di Dinding
1. Dinding kena rata.
2. Pastikan lap dahulu dinding dengan kain, agar tiada habuk (senang tape nak lekat)
3. Kalau boleh jarakkan setiap cermin agar tiada tekanan, kakak pakai pembaris besi untuk jarakkan antara cermin.
4. Pakai double tape original 3M (boleh beli kat kedai buku atau jusco) susun double tape dalam 8 jalur tape, atau keliling cermin. Baru letak kat dinding.
5. Kakak cuci cermin pakai bulu ayam je, sekali-sekala lap pakai spray cermin.
Bahan-bahan Deco
- Cermin Ikea (boleh ganti cermin lain tapi pastikan bucu cermin tak tajam)
- 3M double tape (pastikan 3M)
- Pembaris besi (pakai plastik pun boleh )
- Gunting/pisau
Selamat mendeco dan selamat mereput depan cermin uols, ketik like kalau suka
Nota
Kalau anda tinggal menyewa dan risau dinding tuan rumah rosak, anda boleh menampal dahulu dengan wall paper. Kemudian barulah tampal dengan cermin viral ikut teknik yang diajarkan di atas.
Selain itu, anda juga boleh tampalkan cermin viral di atas papan nipis yang diletak pada dinding. Tidaklah nanti rumah sewa itu menjadi rosak ketika anda mahu menanggalkannya.
Sumber/Foto: Sania Weina via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siapa Tun Tengku Maimun? Wanita Hebat Hakimi Kes Bossku
Buat pertama kali dalam sejarah, jawatan tertinggi badan kehakiman negara ini disandang oleh seorang wanita. Perlantikan Ketua Hakim Negara wanita pertama, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ini dilihat sebagai satu rekod yang cukup istimewa yang mengangkat martabat wanita di mata ramai pihak.
Inilah hebatnya Tun Tengku Maimun yang menerima perlantikan itu berkuat kuasa 2 Mei 2019 selaras dengan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini berusia 60 tahun pada Julai 2019. Sekali gus menjadikannya Ketua Hakim Negara termuda dalam sejarah lantikan.
Ini Hebatnya Tun Tengku Maimun
Ujarnya kepada pemberita, “Ini bukan suatu jawatan dipohon, tetapi rezeki Allah dan saya percaya walaupun saya junior, senior yang saya ‘langkau’ tidak mempunyai perasaan kurang senang terutama sebagai Muslim, kita percaya sesuatu itu ketentuan Allah.”
Beliau berkelulusan dari Universiti Malaya. Karier Tengku Maimun bermula :
1982 – sebagai pegawai undang-undang di Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (Kesedar).
1984 – menjadi pegawai undang-undang di Majlis Perbandaran Seremban selama 2 tahun. Kemudian sertai Jabatan Peguam Negara di Bahagian Gubalan.
2005 – dilantik sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
2006 – menjadi pesuruhjaya kehakiman.
2007 – menjadi Hakim Mahkamah Tinggi.
2013 – dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.
November 2018 – dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.
Jawatan Ketua Hakim Negara Bukan Satu Tekanan
Hebatnya wanita ini, tak menganggap jawatan yang disandang ini sebagai satu tekanan sebaliknya tanggungjawab yang akan digalas dan dilaksanakan dengan sebaiknya.
Baginya tiada isu jantina. Sama ada lelaki atau wanita, tanggungjawab sama harus dilaksanakan sebaik mungkin..
“Semuanya berbalik kepada rezeki dan saya bersyukur. Dilantik sebagai Ketua Hakim Negara wanita pertama bukan satu isu. Tapi saya menganggap ia sebagai rezeki.”
Suami Dan Anak Jadi Pembakar Semangat
Bagaimana kerjaya dan keluarga boleh dibahagikan dengan seimbang. Beliau yang berkahwin dengan peguam, Datuk Zamani Ibrahim dikurniakan 4 orang cahayamata.
“Saya bersyukur kerana beliau (suami) dan anak menjadi pembakar semangat. Terutama suami yang sering mengingatkan untuk menjadi seorang hakim, legasinya adalah penghakiman yang dibuat.”
Bantuan seorang sepupu yang tinggal bersamanya selama 30 tahun, memudahkan urusannya membahagi waktu antara kerja dan kerja rumah. Itu antara penyumbang untuknya fokus pada kerjaya.
Tidak Ada Masa Tonton TV
Masa beliau banyak difokuskan untuk bekerja. Tidak punya masa untuk menonton. “Kita sebagai hakim tidak punya masa untuk menonton televisyen. Tidak banyak masa untuk buat apa pun. Kita bekerja hingga lewat malam, awal pagi dan seterusnya.”
7 Mei 2019, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun.
Pelantikan beliau menggantikan bekas ketuanya, Tan Sri Richard Malanjum.
Sumber/Foto : Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekeluarga Positif, Isteri Saja Kritikal Hingga Akhir Hayatnya. “Saya Perlu Kuat Demi Anak.”
Sekeluarga disahkan positif Covid-19, kesemua jalani kuaranti kendiri di rumah, hanya isteri sahaja kritikal hingga akhir hayatnya. “Saya perlu kuat demi anak, jika saya tumbang anak-anak ikut tumbang.”
Setelah Shuib kehilangan Siti Sarah Raissudin, seorang lagi selebriti iaitu Badrol Shah juga berdepan dengan ujian berat ini. Dia juga kehilangan isteri tersayang akibat virus Covid-19.
Menurut pelakon kerdil, Badrol Shah, memberitahu isterinya, Farah Sheila Mazlan, 37, telah kembali ke rahmatullah, pada petang selasa selepas lapan hari arwah isterinya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat virus berkenaan.
Isteri Sudah Tiada
“Isteri saya, Farah Shila sudah tiada. Allah lebih sayang kamu. Masuklah kamu ke dalam syurga bersama anak kita,” tulisnya ringkas di Facebook.
Dalam pada itu, beberapa kenalannya serta rakan selebriti turut mengucapkan takziah kepadanya dan berharap dia tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.
Nafi Isteri Hamil
Walau bagaimanapun Badrol menafikan isterinya sedang hamil ketika meninggal dunia seperti yang telah tersebar di media sosial.
Menurut doktor, arwah isterinya telah dijangkiti vitus Covid-19 varian Delta pada 20 Julai lalu dan sejak itu isterinya ditempatkan di CAC Titiwangsa sebelum keadaanya menjadi lebih teruk sehingga terpaksa di bawa ke ICU HKL.
“Sekarang saya hanya tunggu panggilan doktor bila jenazah isteri akan dilepaskan dan dikebumikan sebab memang ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia setiap hari.
“Saya juga nak betulkan info yang tersebar di media sosial, isteri saya tidak mengandung ketika meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Dijangkiti Ketika Keluar Rumah
Allahyarham isteri Badrol merupakan seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur yang telah dijangkiti Covid-19 ketika berada di sekitar kawasan rumah mereka iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak.
“Arwah isteri dijangkiti virus masa keluar rumah nak sampaikan wang khairat kematian kepada penduduk perumahan dan lepas itu kami satu keluarga disahkan positif.
“Saya dan anak-anak jalani kuarantin kendiri di rumah sehingga gelang dipotong pada 1 Ogos lalu.
“Cuma keadaan isteri sahaja yang kritikal sehingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya lagi.
Baca Juga Di Sini:
“Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya, Katanya, Siti Sarah Dah Tak Ada” Raisuddin
‘Bergembiralah Di Syurga Bidadariku Siti Sarah’ Rezeki Solat Ghaib Di Makkah
Mulianya Cara Pemergian Almarhumah Siti Sarah, Amalan Bersedekah, Subuh, Dhuha & Surah Al-Waqiah
Kematian Isteri KEHILANGAN Paling Perit Buat Suami, Bukan Mudah Padamkan MEMORI Hidup Bersama
‘The Other Half’, TIADA LAGI Isteri Yang Sentiasa Ada Saat Jatuh, Bangun Bersama
Dikurniakan Seorang Cahaya Mata
Badrol berkahwin dengan allahyarham pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun.
Sebelum itu, pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isteri memasuki bulan kelima pada tahun 2018.
Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama allahyarham kini turut dijaga Badrol iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordian Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7.
Kini Arwah Bersatu Dengan Anak Sulung
“Dalam perkongsian Facebook, saya titipkan kata-kata yang arwah isteri kini dapat kembali bersatu dengan anak sulung kami yang meninggal dunia selepas isteri keguguran pada tiga tahun lalu.
“Sekarang saya perlu kuat demi anak-anak, kalau saya tumbang, pasti anak-anak pun ikut tumbang.
“Sekarang tidak boleh berlakon, saya buat kerja sebagai pemandu Grab, dapat RM20 hingga RM30 sehari pun saya sudah bersyukur asalkan dapat beli susu untuk anak,” katanya.
Badrol sebelum ini pernah muncul dalam filem Busat Bonang, Senario Pemburu Emas Yamashita serta drama bersiri One Two Hantu.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Badrol sekeluarga, semoga mereka terus kuat menghadapi ujian berat ini. Al-Fatihah.
Sumber : mStar Online / Facebook Badrol Shah
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI