6 sudu nasi. Bila kita dengar rasa sikit sangat. Kenyang ke? Sanggup ke nak makan sebanyak itu semata-mata nak kurus.

Jangan pandang pelik, sebab setiap pengambilan nasi ini boleh diberi persamaan dengan pemakanan lain. Kalau nak kurus, macam-mcam cara kita sanggup lakukan. Tapi janganlah pula hangat-hangat tahi ayam pula.

Ini penjelasan daripada Lily Moha, pakar dietitian tentang apa yang dikatakan pengambilan hanya 6 sudu nasi saja.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi 2 Dalam 1, Nak Kurus Dan Hilang Sakit Kaki, Memang Menjadi!

Kalau Nak Kurus, Jangan Tidur Dalam Aircond?

Info Lebih Menarik DI SINI

6 Sudu Nasi, Cara Nak Kurus

6 sudu nasi tu nampak kejam sangat kalau anda bayangkan. Sikitnya, matilanakkkk. Tapi apabila disukat jadi macam gambar di bawahlah. Lebih kurang.

IKLAN

6 sudu nasi tersebut adalah lebih kurang 1.5 sehingga 2 pertukaran karbohidrat. Ia bersamaan dengan:

1.5 – 2 keping roti.
1.5 – 2 biji kentang.
1 cawan mi/bihun/kueyteow.

Nilai kalorinya adalah sekitar 112 – 150 kCal.

Jika anda tahu berapa pertukaran makanan sehari anda tak perlu pun kira kalori dah kalori is sooo yesteryear kan.

Bukan Penentu Kejayaan Diet

Adakah 6 sudu nasi menentukan kejayaan diet menurunkan berat anda?

Tidak.

IKLAN

Apa yang dipadankan dengan nasi tersebut.

Lauknya apa, masakannya bagaimana, kuantitinya bagaimana, sayurnya apa, airnya apa.

Apa lagi yang anda makan sebagai kudapan. Apa jenis kudapan tersebut. Berapa jumlahnya.

Berapa kerap anda makan.

Ya, yang menentukan adalah jumlah keseluruhan makanan anda sepanjang hari.

IKLAN

Bagaimana menentukan jumlah pula bergantung kepada apa gol anda.

Begitulah.

Mingguan Wanita : Nak kurus, macam-macam cara boleh buat, bergantung kepada kondisi diri kita. Tak perlu nak mengata, masing-masing ada cara nak kurus dengan betul. Kurus dengan sihat!

Sumber: Lily Moha

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita