Biasanya mak ayah mudah terpengaruh dengan iklan produk untuk bagi anak bijak. Mulalah beli dan bagi anak makan dengan harapan ia boleh membantu.

Tak salah pun untuk mencuba dengan produk yang dijual supaya anak bijak. Tapi, sedar tak, ia tidak akan membantu kalau mak ayah terlebih dahulu jadi bijak.

Bukan bermakna, tak perlu ‘support’ produk yang dijual untuk jadikan anak bijak. Itu mungkin sekadar usaha mak ayah yang begitu ‘insecure’ dengan anak-anak.

Perkongsian daripada Noor Afidah ini ada betulnya. Bila kita sebagai mak ayah tak insecure tentang anak-anak, macam-macam yang kita usaha dan lakukan termasuklah mencuba pelbagai produk untuk anak-anak supaya kelak jadi anak yang pandai.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Tak Duduk Diam & Makin Panjang Akal, Sebenarnya Ciri Budak BIJAK

‘Anak Bijak Tapi Mak Biasa-Biasa’, Amalkan Bacaan Ini Pada Anak Setiap Pagi

Info Lebih Menarik DI SINI

Anak Bijak Bukan Beri Makan Produk Tertentu

Dalam pada kita hendak menjadikan anak merasa selamat atau ‘secure’, kadang-kadang kita tidak sedar betapa ‘insecure’nya kita sebagai mak ayah.

Kita takut anak lambat berjalan.

Takut anak lambat bercakap.

Takut anak tidak pandai berkawan.

Takut anak lambat membaca.

Takut anak tidak menjadi ‘top’ dalam kelas.

Takut anak ketinggalan.

Takut anak tidak mendapat anugerah.

Takut anak tidak dapat masuk asrama penuh.

Takut anak itu..takut ini…kerana mak ayah sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak.

Ramai yang suka mengambil kesempatan atas sifat ‘insecure’ mak ayah dengan menjual produk-produk yang tidak bermanfaat untuk anak.

Untuk melahirkan anak yang ‘bijak’, mak ayah terlebih dahulu perlu menjadi bijak.

Bijak Bukan Ada Ijazah Tertinggi

Bijak bukan bermaksud memiliki ijazah peringkat tertinggi, tetapi bijak menilai apakah yang diperlukan untuk membantu perkembangan anak dan apakah yang tidak perlu tetapi hanya mengambil kesempatan atas kurang bijaknya mak ayah.

Apabila pakar psikologi Anthony De Casper menjalankan eksperimen yang membuktikan bahawa bayi dalam perut dapat mengecam suara ibunya, maka berbondong-bondonglah individu yang cuba mencipta sesuatu dari dapatan kajian tersebut.

Adakah mereka benar-benar faham dan kaji dengan lebih mendalam dapatan kajian tersebut?

Tidak.

Mereka berminat kerana mereka dapat mengaut keuntungan daripada mak ayah yang rasa ‘insecure’ dan juga mak ayah yang FOMO mengikut istilah sekarang.

Hasilnya adalah produk yang dinamakan ‘Pregaphone’ .

Ia seakan-akan stetoskop besar untuk diletakkan pada perut ibu mengandung agar ibu dapat berkomunikasi dengan bayi dalam perut.

Tujuan ‘Pregaphone’ ini adalah untuk menjadikan anak bijak dari dalam perut lagi kerana mendengar suara ibu.

Maka ‘hingar-bingar’lah dunia anak yang belum dilahirkan itu dengan stimulasi yang berlebih-lebihan tetapi tidak perlu, semata-mata kerana ibu takut ketinggalan sekiranya tidak memiliki produk ‘viral’ yang dikatakan berdasarkan kajian pakar.

Sedangkan kajian itu tidak ada kaitan dengan ‘intelligence’.

Kajian itu juga mengambil kira faktor ketenangan bayi dalam perut.

Tidak Akan Terhasil Dengan Produk

Anak yang bijak, pandai membaca, mendengar kata, taat, anak yang solat, anak yang tidak kencing malam, anak yang soleh, anak yang ‘yadayada’ tidak akan terhasil hanya dengan menggunakan satu produk.

Tidak ada satu produk yang dapat menyelesaikan SEMUA cabaran ibubapa dengan anak-anak.

Jika sesuatu produk itu ‘is too good to be true’, maka ‘it IS too good to be true’.

Untuk melahirkan anak yang ‘bijak’, ibubapa perlu terlebih dahulu menjadi bijak.

 

Mingguan Wanita : Ada mak ayah sanggup berhabisan beratus atau beribu ringgit untuk anak jadi bijak. Sedangkan bijak bukan hanya dapat keputusan hebat dalam peperiksaan tapi bijak dalam semua hal.

 

 

Sumber: Noor Afidah Abu Bakar

Parent Connect Consultancy

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

#bangkitwanita

#langkahyakinlakarkejayaan

#bisnesdarirumah

#mingguanwanita

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI