Bila isteri bekerja, masanya berbahagi dua. Kena fikirkan tentang hal kerja dan masa yang sama perlu menguruskan rumahtangga.

Sebab itulah kadang-kadang isteri bekerja ini moodnya lain macam sikit. Mungkin sebab penat otak tentang kerja dan bali ke rumah perlu uruskan hal-hal kerja rumah pula.

Jadi, sebagai suami kenalah tolong apa yang patut sebab isteri bekerja bukan hanya untuk suka-suka tetapi demi ingin membantu mengurangkan beban suami.

Malah, dalam perkongsian daripada Abu Hurairah Roslan yang menarik perhatian adalah isteri bekerja ini suami mendapat isteri lain yang bergelar ‘pekerja’ walaupun hakikatnya isteri tetap sama.

Jadi, sebagai suami kenalah faham dan hadapi cara terbaik dalam berhadapan dengan isteri yang bekerja.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Surirumah Hidupnya Hanya Ada Suami, Anak Dan Rumah, Usah Pertikaikan Kerjaya HEBATNYA

Usah Banding SURIRUMAH Dengan ISTERI BEKERJA Sebab Cerita Hidupnya Tak Sama

Info Lebih Menarik DI SINI

Isteri Bekerja, Sama-sama Penat

Saya berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Siti.

Dulu siti tidak berkerja, maka 24 jam masanya adalah untuk saya sahaja.

Hari ini, saya adalah suami juga kepada Siti, tapi kali ini isteri saya dah ada gelaran.
Dunia yang baru padanya dan juga pada saya.

IKLAN

Sekarang dia teacher siti.

Dia membuka taska dan pusat transit. Taska untuk kanak-kanak. Dan pusat transit adalah budak-budak sekolah. Dengan 8 orang pekerja, 45 orang anak-anak di bawah jagaannya, itu bukan mudah.

Apalagi sekarang, satu persatu ujian di waktu PKP dan PKPB ini. Masih belum ada ruang untuk dibuka, dan masih berusaha agar punya sinar.

Maka, sebagai suami, saya perlu menukar diri saya bukan lagi abu, lelaki yang manja. Yang nak belaian isteri semata-mata. Bila nak baliknya di sambut. Yang makan minumnya di jaga. Bila sakit dan lelahnya di layan.

Apabila isteri kita memasuki alam bekerja, kita akan mendapat isteri yang lain, walau dia tetaplah isteri yang sama.

Bagaimana mahu menghadapi isteri yang bekerja?

Tip Hadapi Isteri Bekerja

Ini yang saya buat dan saya usahakan.

IKLAN
1. Anda mengahwini seorang wanita, yang anda pilih dan cintai. Kerana dirinya adalah dirinya, sebelum dia seorang pekerja. Pandanglah dia sebagai wanita itu, bukan sebagai seorang pekerja. Dia mahu dirinya dicintai sebagai dirinya. Bukan kerana dia sekarang sudah bekerja dan punya gaji yang kadang lebih besar dari kita.
2. Jika dirinya melakukan kesilapan, ia adalah kerana dirinya adalah dirinya, bukan kerana dia itu seorang pekerja. Jangan salahkan kerjanya, yang membuat dia mengabaikan rumahtangga. Tanyalah pada isteri, dia pun tidak mahu bekerja, tapi sebab dia sayangkan kita, maka dia mahu bekerjasama dalam mengusahakan bahagia.
3. Dia penat. Kita pun penat.
Cuma tenaga isteri akan habis tersisa dan yang tinggal beberapa peratus kasih sayangnya buat keluarga. Kita yang walau penat, cas terus bateri isteri kita. Bantu dia buat kerja rumah. Mandikan anak-anak. Angkat baju kotor. Bila isteri pandang suaminya berusaha, tenaganya akan tercas sekali dan dia automatik akan senyum dan melayani kita sendiri.
4. Jangan terkejut dengan kesibukan, menyalahkan kesibukan, marah-marah dengan kesibukan kerana ia sesuatu yang sepatutnya sudah ada dalam jangkaan.
Isteri kadang balik lewat, overtime dan kadang kursus. Bagi dorongan dan sokongan, selfie sekali dengan anak dan hantar padanya. Pasti dia akan semangat untuk siapkan kerja dan terus pulang memeluk suaminya dan anak-anaknya.
5. Sering berbincang. Kukuh mengukuhkan. Sangat bagus jika anda mengambil tahu tentang kerja isteri. Call dan whatsapp tanya kerja dia ok tak. Bagaimana suasana pejabat. Kawan dan bosnya steady tak. Walau sumpah! Kita kalau boleh tak nak semakkan kepala lagi. Tapi, buat tu sebab nak usahakan yang baik-baik dalam rumahtangga kita.
6. Berilah sokongan kepada apa yang dia lakukan.
Yakini itu terbaik kerana ia akan membantu dia membuat keputusan dengan baik dan seterusnya keputusan yang dibuat menjadikan dia seorang yang lebih baik. Anda dan anak-anak juga akan menikmatinya. Kerana kita meringankan beban dan fikiran isteri kita.

Menangis sama-sama.
Mata merah sama-sama.
Batuk sama-sama.
Itulah rumahtangga kita.

Ia adalah kemanisan yang kita rasai setelah kita berdua melalui sakit dan peritnya di uji.
Berkahwin ni, hanya untuk seorang lelaki dan wanita
Hebat yang bersemangat nak masuk syurga Allah!

#sweeterapi

MW: Suami yang faham dia akan bantu isteri tanpa di minta atau di suruh.

Sumber: Abu Hurairah Roslan

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

IKLAN

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Usah Salahkan ISTERI BEKERJA Kalau Abaikan Rumahtangga, Dia Kerja Demi Bantu Suami

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Usah Salahkan ISTERI BEKERJA Kalau Abaikan Rumahtangga, Dia Kerja Demi Bantu Suami

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI