tak-pernah-rasa

Cikgu Nancy akui masa kecil banyak perkara yang tak pernah rasa semasa zaman kanak-kanaknya. Sebab itu sewaktu sambutan Hari Guru yang lalu, Cikgu Nancy mahu tebus kembali apa yang tak dapat dinikmati waktu dulu.

Semasa mencari gambar lama, Cikgu Nancy sebak bergenang air mata. Tak jumpa gambar yang dihajatkan. Iyalah.. dulu mana ada kamera.

Pergi sekolah pun Cikgu Nancy berkaki ayam saja. Padang permainannya pula hutan dan sungai.

Walaupun hidup serba sukar, kesusahan itu tidak menjadi halangan semangat belajarnya hingga Cikgu Nancy menjejak menara gading.

Cikgu Nancy Tebus Apa Yang Tak Pernah Rasa Semasa Zaman Kanak-kanak

Cikgu Nancy Imbas Kenangan Lama Di Hari Guru

Sambutan Hari Guru di Sekolah: TEMA BACK TO SCHOOL.
Terima kasih Tuhan atas peluang ini, sekali lagi.

Semasa memilih dan mencari pakaian sekolah untuk digayakan hari ini, memori lama saya sering menerjah.

Bergenang air mata. Bermula dengan episode mencari gambar-gambar lama menggunakan pakaian seragam sekolah. Tiada gambar saya berpakaian sekolah rendah.

IKLAN

Kami di Ulu Belaga tahun 80-an tidak mengenal apa itu kamera. Hanya 1 sahaja yang saya jumpa, saya memakai seragam sekolah menengah semasa Tingkatan 5 tahun 1994.

Baca sini : Cikgu Nancy Bercantik-cantik Dalam Google Meet, Mahu Murid Sama-sama Seronok Belajar

Cikgu Nancy Tebus Apa Yang Tak Pernah Rasa Semasa Zaman Kanak-kanak

Tebus Kembali Apa Yang Tak Pernah Rasa Semasa Zaman Kanak-kanak

Melalui kesempatan ini, saya ingin menebus kembali apa yang saya tidak pernah rasa semasa zaman kanak-kanak saya di SRK Long Dupah Belaga tahun 1984-1989.

IKLAN

1. Kami tak pernah pakai selipar ke sekolah. Apatah lagi kasut. Kami hanya berkaki ayam ke sekolah. Hari ini saya pakai kasut.
2. Tak pernah rambut panjang dan bertocang sebab susah diurus, tiada kedai gunting. Semua rambut pendek ala-ala rambut lelaki. Hari ini saya tebus.
3. Tidak pernah rasa ada botol air, sumber air kami adalah tangki air hujan di dewan makan.
4. Tiada beg sekolah, kami guna beg guni beras saja.
5. Zaman kanak-kanak tiada peluang memiliki bear, hari ni saya tebus kembali bawa ke sekolah sebagai pelajar darjah 1. Playground kami hanya hutan dan sungai sahaja.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru sekolah rendah saya, Cikgu Anu Garing, Cikgu Goem Pijar, Cikgu Linya Ranyos, Cikgu Rose Jimbey, mendiang Cikgu Ambi Setam, Cikgu Garan Dagit, Cikgu Anthony Along.

Baca sini : Walau Seorang Saja Pelajar Sambut Deepavali, Cikgu Nancy Pakai Sari Dalam Google Meet

Cikgu Nancy Tebus Apa Yang Tak Pernah Rasa Semasa Zaman Kanak-kanak

IKLAN

Terima kasih juga kepada guru-guru saya di SMK Belaga, SMK Bandar Bintulu, SMK DPHAG Kuching. Dan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah saya di UKM, Bangi dan pensyarah KPLI saya di Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit, Terengganu.

TERIMA KASIH CIKGU!!!

Tanpa kalian, siapalah kami. Semoga kalian terus sihat sejahtera dan berbahagia selalu.

Mingguan Wanita : Jika dilihat, beruntung sebenarnya anak-anak murid sekarang. Walaupun ada yang diuji susah, masih belum dapat menandingi kesusahan yang Cikgu Nancy pernah alami ketika zaman persekolahannya.

Namun, bukan perbandingan yang mahu ditekankan di sini. Sebaliknya, hargailah setiap momen yang dinikmati di sekeliling anda. Kerana, pengalaman itulah kelak yang akan mendewasakan.

Sumber/Foto : Nancy Maria

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI