Mak-mak yang mengalami tekanan memang tak nampak secara luaran, nampak lembut dan ramah macam orang lain. Padahal dalamannya tengah bertarung dengan kesakitan mental dan emosi.

Jika anda mengalami tekanan atau depresi, jangan malu berjumpa doktor atau pakar. Jangan memendam rasa, bimbang lama-lama akan memakan diri.

Ikuti perkongsian, Nomie Mat Lias

Situasi di kafe hospital:
“Dik, sebelah ni ada orang?”
“Tak ada kak, jemputlah duduk. Saya sorang je.”
“Akak pagi-pagi mesti kena kopi dulu. Kalau tidak, layu jer.”
“Eh sama lah kita kak, saya pun.”
“Ada appointment ke kak?”
“Ya.”
Kami pun borak-borak biasa, tanya itu, ini.
“Bagus dik, jaga mak. Akak dulu pun jaga mak akak. Akak anak tunggal. Hinggalah mak tak ada.
Lepas tu ayah pulak. 5 tahun lepas mak meninggal, ayah pun pergi.
Cuma masa ayah meninggal, akak di luar negara, ikut suami kerja. Akak balik seorang, walaupun tak sempat nak tengok wajah akhir ayah.
Dan itulah kali terakhir akak menangis.”
Akak tu teruskan bercerita, muka memang sebak, tapi, betul, tak ada air mata.
“Akak ke sini, appointment klinik apa?”
“Psikitrik.”
Terkedu saya. Pause.

Bimbang Salah Tanya

Tak tau nak cakap apa. Bimbang salah tanya, akak tu kecik hati.
Mungkin akak tu faham perasaan saya, dia teruskan perbualan.
“Inilah sejak ayah akak meninggal, 2007, sejak itulah jadi depression.
(Dah 13 tahun dia menderita depression)

Akak tak boleh menangis. Setiap kali rasa sedih, sebak, perasaan itu tersekat ke tekak. Akak tak boleh nak luahkan dengan menangis.”
“Bila macam tu, apa jadi kak?”
“Akak rasa emosi, nak marah. Bengang. Memang tak boleh tahan.”
“Jadi, setiap kali sesi dengan Psikiatris, buat apa?”
“Dia tahu nak tackle kita. Kita akan cerita, dan dia tahu nak handle.
Orang macam akak ni, tak boleh orang setakat nak cakap sabar, sabar.”
Akak ni ada anak perempuan seorang. Buat masa ini, dia sibukkan diri dengan aktiviti sekolah anak dia. Kurang masa untuk dia sendirian.
“She is the reason for me to live and stay”
Senyum dia, begitu besar makna anak dia.

Allahuakbar.

IKLAN

Mengaku Depresi

Sungguh, ini kali pertama saya berdepan dengan pesakit yang mengaku beliau ada masalah depression. (Yang disahkan doktor).
Secara zahirnya, beliau kelihatan sama macam kita semua, normal. Berbaju kurung, bertudung. Mukanya lembut dan ramah. Tiada yang pelik pada dirinya.
Namun, itu luaran, rupanya dalamannya amat “sakit”. Beliau menderita bertarung dengan “kesakitannya”.
Sebelum meninggalkan beliau saya peluk akak tu. Baru kenal, tapi saya yakin, ianya bukan kebetulan. Allah temukan saya dengan beliau untuk memberi pengajaran pada saya.

Mari kawan-kawan, jika ada rasa gelisah, tak tenteram, ada yang tak kena, dapatkan rawatan.

1. Jumpa psikiatrik, bukan bermakna awak gila.
2. Berjumpa dengan yang pakar boleh membantu kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
3. Pelukan terhadap insan yang kita sayang, suami atau isteri, anak-anak, mak,ayah, adik-beradik mampu menenangkan jiwa. Dapat memecahkan ego hati seorang manusia.
4. Perancangan kita tak selalunya terbaik. Kita rasa itulah plan kita yang harus dibentuk untuk anak-anak. End of the day, Allah juga Maha Mengetahui. Dialah sebaik-baik perancang.
5. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Al-Quran itu penenang jiwa. Setiap kali buka Al-Quran, doa dan katakan, Ya Allah, aku ingin bersahabat dengan Al-Quran. Jadikan ia peneman hidup ku. Mudahkan urusan ku untuk membacanya siang dan malam.

IKLAN

Maka, benarlah, kasih sayang itu perlu ditunjuk, bukan sekadar kata-kata.
Depression, sesiapa pun mudah menyebutnya,
Tak semudah orang yang menanggung.

Berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul.

IKLAN

Saya izinkan #SHARE, #Tag sahabat, ahli keluarga dan sesiapa saja, kita tak tau mungkin ada jiwa yang sedang sakit, tapi tidak kelihatan secara zahir. Mudahan perkongsian ini bermanfaat.
Coretan #KisahKehidupan

Nomie Mat Lias
12.02.2020
HDS, HUKM.

Sumber: Nomi Mat Lias

MW: Memang mudah menuturkan depresi tetapi tidak mudah bagi mak-mak yang menanggungnya. Sebelum terlambat berjumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan masalah yang dihadapi anda.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI