Ramai wanita sebenarnya mengalami Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS ) namun tidak tahu dan tidak menyedarinya.PCOS boleh menganggu kesuburan wanita, memberi ketidakseimbangan hormon dalam badan serta boleh menjejaskan penampilan. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan, ia tak boleh sembuh namun simptomnya hanya boleh dirawat dan kekal berterusan pada diri seseorang sejak lahir hinggalah ke akhir hayat.

Wanita yang mengalami Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), seringkali rendah diri dan rasa tidak sempurna. Sering beranggapan tidak berpeluang untuk hamil dan mempunyai cahayamata sendiri apabila mempunyai  Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) ini.

Sebenarnya,tanggapan ini kurang tepat.Wanita yang mempunyai Sindrom PCOS ini tak perlu bimbang, Mereka juga sebenarnya berpotensi untuk hamil dan bergelar seorang ibu dengan panduan doktor.

Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS )

Dato’ Dr. Zamri Abdul Rahim, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Dan Perubatan Reproduktif, dari Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena, berpengalaman hampir 29 tahun dalam bidang Obstetrik & Ginekologi ada memberi penjelasan mengenai perkara ini.

“Wanita yang ada PCOS ovarinya mempunyai cyst atau telur yang kecil-kecil dan hormon lelaki berlebihan (Androgen excess).Antara simptom atau masalah yang sering dihadapi bagi wanita mempunyai PCOS ialah period yang tidak menentu, tidak datang period, rambut gugur, wajah berbulu (facial hair), berbadan besar, darah tinggi, jerawat dan sebagainya,

“Bagi wanita yang telah berkahwin, jika memilki PCOS ini mereka sukar untuk mengandung. Ini kerana bagi wanita normal,apabila waktu subur telurnya akan menetas. Sebaliknya bagi penghidap PCOS waktu suburnya telurnya tidak menetas atau folikelnya akan terhenti. Tidak cukup besar dan capai saiz besar untuk menetas. Jika telurnya mampu untuk menetas pun ia tidak berkualiti. Ini kerana hormon androgen yang tinggi dalam badan,” ujar Dr Zamri.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) Wanita Tetap BOLEH Hamil Dengan Panduan Doktor

Namun demikan jangan mudah berputus harap dan rasa rendah diri. Menurut Dato Dr Zamri, wanita tetap berpeluang tinggi untuk hamil boleh mendapatkan anak, dengan pantauan dan rawatan yang sesuai dari doktor sebaiknya.

“In fact, sebenarnya wanita yang mempunyai Ovari Polisistik peluangnya untuk hamil begitu tinggi kerana telurnya banyak. Tapi sayangnya telurnya yang ada itu selalunya tidak besar dan kualiti telur itu tidak begitu cantik. Jadi sekiranya dapat dirawat dengan memberi ubat yang betul dan sesuai dengannya, Insya Allah wanita ini berpeluang lebih baik berbanding wanita yang sering mengalami senggugut dan sebagainya.”

“Untuk mendapat anak pula bergantung pada umur. Jika wanita muda, jadi peluangnya lebih tinggi. Wanita yang mempunyai Ovari Polisistik dan umur meningkat, peluang untuk hamil tetap ada kerana telurnya masih banyak.

“Jangan cepat sangat beranggapan mereka tak boleh hamil secara semulajadi dan kena buat rawatan IVF.Kalau mempunyai rawatan yang sesuai, mereka boleh hamil dengan macam-macam cara,”

“Cuma seperti yang saya beritahu, kena faham bagi wanita yang mempunyai PCOS bila dia mengandung dia mempunyai masalah  yang tersendiri. Risikonya lebih tinggi jadi doktor akan berikan rawatan yang lebih sesuai.Jika mampu untuk mengandung, kebanyakkannya akan mengalami masalah kerap keguguran. Malah jika mampu meneruskan kandungan, wanita hidap PCOS berpontensi hidap kencing manis, darah tinggi, bayi kecil dan sebagainya,”ujar beliau.

IKLAN

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) Wanita Tetap BOLEH Hamil Dengan Panduan Doktor

Antara Cara Merawat PCOS

1.Berbadan besar- doktor akan nasihatkan kurangkan berat badan dan kawal pemakanan diet.

2.Haid tidak menentu- Pil Perancang

3.Muka dan badan berbulu- Ubat Anti Androgen

4.Insulin Dalam Badan Tinggi- Ubat Anti Insulin atau Inositol

PCOS Masalah Dari Janin Sampai Liang Lahad

Masalah bagi wanita penghidap PCOS adalah bermula dari dalam rahim sehingga ke liang lahad. Ia bermaksud sindrom PCOS ini bermasalah dari dari lahir sehinggalah meninggal dunia, tidak boleh disembuhkan namun hanya boleh dirawat dan dikawal. Selain persekitaran, kebanyakkan penghidap PCOS berpunca daripada genetik yang boleh diwarisi dan memang sedia ada dalam badan. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kebarangkalian mempunyai penyakit ini meningkat.

Menurut doktor ini lagi, penyakit PCOS, TIDAK BOLEH sembuh tetapi ia boleh dirawat mengikut rawatan yang bersesuai dengan masalah yang dihadapi.Sebagai contoh, penghidap PCOS diperingkat remaja sekiranya mengalami jerawat, wajah berbulu doktor akan sarankan ubat tertentu bagi merawat penyakit ini. Begitu juga, apabila telah berkahwin mempunyai masalah ingin mengandung, doktor akan memberi rawatan bersesuaian bagi mengatasi masalah kesuburan.

IKLAN

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) Wanita Tetap BOLEH Hamil Dengan Panduan Doktor

Dapatkan Rawatan Awal

Adalah penting dapatkan rawatan Ovari Polisistik (PCOS) daripada awal, pada usia muda remaja. Kenali tanda-tandanya, pilihan rawatan yang sesuai mampu mengurangkan simptomnya. Jadi apabila berumahtangga ia terlalu lewat untuk dirawat dan mempunyai untuk mengandung sekaligus mendapatkan cahaya mata.

Ditambah rawatan kesuburan adalah mahal. Sebenarnya jika diperbetulkan pada peringkat awal, masalah dapat dirawat serta dikawal malah kos perubatan juga dapat dijimatkan. Malah ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit lain yang berbahaya ketika usia meningkat.

“Ovari Polisistik adalah antara penyakit yang paling ramai hadapi namun lebih 50 peratus wanita tidak tahu dan tidak menyedarinya. Bagi saya ia adalah  masalah dari dalam rahim hingga ke liang lahad. Setiap peringkat umur ada melibatkan masalah ini.”

 “Kajian yang dibuat di Universiti Sains Malaysia, wanita-wanita di Kelantan yang mempunyai kencing manis, darah tinggi kebanyakkannya sejak dari muda mempunyai masalah Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) tapi tidak dirawat. Jadi jika ia dapat dirawat pada peringkat awal, apabila memasuki peringkat berumur peluang untuk mempunyai kencing manis, darah tinggi, sakit jantung adalah berkurangan. Selain daripada masalah ketika remaja, kesukaran mengandung, ketika mengandung dan sebagainya.

“Walaupun setelah menopause juga Ovari Polisistik (PCOS) ini tidak hilang dan pupus. Ia kekal ada dalam tubuh dan berterusan, malah boleh menyumbang dan berkaitan dengan penyakit-penyakit lain yang berbahaya,” ujar beliau lagi.

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) Wanita Tetap BOLEH Hamil Dengan Panduan Doktor

IKLAN

Rawatan PCOS di AVISENA

Bagi wanita yang mengalami PCOS boleh berjumpa doktor terlebih dahulu dan mendapatkan rawatan di Hospital Wanita & Kanak-Kanak AVISENA. Selain rawatan perubatan, pendekatan yang diguna pakai sangat praktikal dan berbentuk ubah gaya hidup ke arah lebih baik.

“Di AVISENA rawatan bagi pengidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) adalah lebih kepada berbentuk lifestlye atau ubah gaya hidup ke arah lebih baik. Seperti kawal pemakanan dengan berdiet, melakukan senaman dan sebagainya.”

“Di AVISENA sendiri ada mempunyai satu program untuk penghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) iaitu selain rawatan perubatan, iaitu dikehendaki menyertai *High Intensitive Interval Cleaning (H.I.I.T). Fisioterapi akan ajar bagaimana untuk melakukan senaman bagi menurunkan berat badan dan turut dipantau oleh dietitian bagi memantau pengambilan makanan.”

 “Di AVISENA pesakit Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) juga dirawat menggunakan Inositol iaitu salah satu suplemen yang diguna pakai di seluruh dunia. Banyak kajian pengambilan suplemen ini disamping ubat kesuburan lain, keberangkalian untuk mengandung itu tinggi.”

“Di AVISENA kita telah membantu dan mendapati terdapat sebilangan besar pesakit kita mengandung tanpa membuat IVF. Sebab kita rasa, mereka ini bukanlah bermasalah tiub, bukan masalah suami tetapi masalah bahagian ovari dia sahaja.Jika membuat rawatan yang betul pada ovarinya, dia berpeluang untuk mengandung,”ujar Dr. Zamri.

Masalah (PCOS) Bermula Dari Dalam Rahim Sampai Ke Liang Lahad!

Ramai wanita sebenarnya mengalami Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS ) namun tidak tahu dan tidak menyedarinya.PCOS boleh menganggu kesuburan wanita, memberi ketidakseimbangan hormon dalam badan serta boleh menjejaskan penampilan. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan,simptomnya hanya boleh dirawat dan kekal berterusan pada diri seseorang sejak lahir hinggalah ke akhir hayat.#MingguanWanita

Posted by Mingguan Wanita on Friday, 1 May 2020

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut boleh layari;

Website AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital: http://avisena.com.my/awcsh/

Facebook AVISENA Women’s & Children’s Specialist Hospital: https://www.facebook.com/avisenawcsh/

Instagram avisenawcsh: https://www.instagram.com/avisenawcsh/?hl=en

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI