Peminat sedih & terkejut, pelakon Bollywood Tunisha Sharma ditemukan meninggal dunia di set penggambaran. Bagaikan tidak percaya, pelakon wanita muda Tunisha Sharma, 20 ditemukan meninggal dunia ketika sedang menjalani siri penggambaran drama.
Pelakon TV India, Tunisha Sharma ditemukan meninggal dunia di set penggambaran siri lakonannya dekat Vasai, Palghar.
Tunisha sebelum ini pernah membintangi drama Bharat Ka Veer Putra – Maharana Pratap, Chakravartin Ashoka Samrat, Gabbar Poonchwala, Sher-e-Punjab: Maharaja Ranjit Singh dan lain-lain.
Peminat Sedih & Terkejut
Sebelum kejadian, Tunisha, 20, dikatakan pergi ke tandas namun hilang dalam tempoh yang lama dan tidak kembali semula menyambung penggambaran.
Krew produksi yang menyedari kehilangannya dan kemudian selepas pintu tandas dipecahkan dan jasadnya ditemui tidak bernyawa Sabtu lalu.
Pihak polis memberitahu media tempatan bahawa jasad Sharma kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk disahkan kematiannya dan akan menyiasat kes itu dari semua sudut termasuk jenayah pembunuhan.
Ads
Sempat Muat Naik Video Di Instagram
Pada hari sama, Tunisha didapati ada memuat naik video di Instagram Story ketika berada di set penggambaran drama tersebut.
Insiden tersebut amat mengejutkan mereka yang mengenali pelakon itu.
Ads
Meninjau ruangan Instagram miliknya, rata-rata peminat dan pengikutnya meluahkan kesedihan atas apa yang berlaku.
Rumah sewa, tak semua berkemampuan untuk mendapatkan rumah sendiri. Harga rumah sekarang pun boleh dikatakan agak tinggi dan belum lagi bayaran bulanan yang perlu dilunaskan di bank.
Kalau dikira dan dicongak balik, macam tak berbaloi pula bila beli rumah, harga mahal belum lagi termasuk ‘bunga’. Rasanya sampai tua pun belum habis hutang rumah.
Tidak hairanlah ada yang rasa lebih mudah dan untung dengan tinggal di rumah sewa. Tak perlu fikir pasal bunga, hanya bayaran bulanan saja. Masing-masing ada pendapat tersendiri.
Ada orang yang tinggal di rumah sewa berpuluh tahun sampaikan ada yang cakap, ruginya sebab kalau rumah sendiri dah tentu habis bayar pinjaman di bank.
Jangan terus mengata, setiap orang ada pendapat tersendiri. Masing-masing punya pilihan. Menariknya perkongsian daripada Dzuriasikim Dzulkefli ini tentang kisah viral seorang pelakon yang sudah 32 tahun menyewa.
Saya ambil tangkap layar ini dari akaun Instagram milik seorang pelakon veteran yang memberitahu dengan jujur beliau akhirnya akan berpindah setelah 32 tahun menetap di rumah sewa.
Beliau juga ada menjawab pertanyaan dari salah seorang pengikut bila dikatakan tempoh 32 tahun itu adalah lama dan jika rumah itu dibeli pasti sudah habis dibayar.
Kata aktor itu, “Kalau bank benarkan pelakon buat pinjaman”…
.
Saya bukanlah pakar penasihat ekonomi. Jauh sekali dari bijak dalam hal hartanah.
Namun sangat suka untuk berkongsi kata-kata dari salah seorang sepupu saya…
Katanya….
“Aku sangat cemburu tengok orang yang tinggal di rumah sewa. Setiap bulan mereka hanya perlu bayar sewa rumah tanpa meminjam dengan bank. Dan tanpa perlu membayar bunga. Tidak ada hutang. Aku ada rumah dan kereta. Tapi semua ini hutang. Aku sangat takut kalau aku mati dalam keadaan berhutang dan belum habis bayar hutang aku semua ni termasuk segala bunga. Sedangkan orang yang menyewa rumah, kalau dia mati hutangnya mungkin hanya satu dua bulan sewa sahaja…”.
Barangkali kita berasa sedih apabila melihat orang susah mendapat pinjaman bank bagi membeli rumah, lalu mereka terpaksa menyewa rumah. Sedangkan apa yang menyedihkan adalah apabila ada orang yang terpaksa mengambil pinjaman yang besar untuk tinggal di rumah yang lebih besar.
Selalulah memandang dari sisi yang indah bagi setiap perkara. Segala ketentuan Allah adalah sangat sangat baik. Tidak ada satupun yang tidak baik.
Sebagai seorang wanita yang berusia, saya tidak hidup dengan mengumpul kekayaan dan harta. Ketenangan dan kesihatan adalah jauh lebih berharga buat saya.
Saya juga pernah menulis begini….
Segala harta yang kita ada ini hanyalah pinjaman yang tidak ubah seperti buku yang kita pinjam di perpustakaan sahaja. Apabila cukup masanya, kita perlu menghantar buku itu, nama kita akan dipadamkan. Kemudian akan dituliskan dengan nama peminjam baharu pula.
Begitu kita semua hidup di dunia dan menganggap segala yang kita ada adalah milik kita. Sedangkan semua hanyalah pinjaman semata.
Sungguh kita sangat mudah terleka dengan dunia. Sedangkan kehidupan yang satu lagi adalah lebih kekal.
Boleh jadi ada orang yang kelihatan miskin di dunia ini, akan lebih kaya di akhirat kelak.
Mingguan Wanita : Setiap orang ada pendapat tersendiri. Jangan mengutuk kalau belum diberikan rumah sendiri dan jangan rasa hebat dapat tinggal di rumah yang mewah. Sebab hidup ini sementara dan pinjaman. Nikmati kehidupan dengan tenang dan bahagia.
Bila perempuan merajuk be like, gelagat kanak-kanak sempat brbincang ketika menangis raih 1.3 juta tontonan. Anak-anak permata hati ibu ayah. Ada saja gelagat mereka lakukan dan ia menjadi kenangan saat membesar.
Gelagat seorang kanak-kanak comel, Hana yang merajuk kerana tidak dibelikan head massage (benda dipegang ketika dirakam ibunya) meraih tontonan 1.3 juta orang. Dirinya merajuk kerana ibunya tidak membelikannya barang tersebut.
Apa yang membuat ramai ketawa dan terhibur, saat menangis, dirinya masih boleh dibawa berbincang.
Ini kerana saat merajuk dan menangis itu, saat ditanya ditanya ibunya adakah dirinya sudah habis menangis, Hana sempat pause menangis dan menjawap soalan ibunya dahulu. Not yet katanya, cutenya mu dikk. Namun masa yang sama, ibunya masih sambung menyakat, ok sambung menangis lagi
Dalam video yang dikongsi ibunya, @dearlynn, kelihatan Hana diusik oleh ibunya, kalau dah habis menangis beritahu ya. Dan dirinya sempat menjawap ok.
Tangisannya masih diteruskan termasuk saat disakat ibunya yang bertanya bagaimana kalau air matanya habis kerana berterusan menangis. Dan cutenya Hana masih sempat menyambung tangisannya. Hahaha, boleh pause dan play again. Dan tatkala lagu kesukaannya Combi keluar, Hana boleh berhenti menonton tv seketika sebelum menyambung tangisannya semula.
Berdasarkan komen-komen orang ramai, rata-rata mengakui kecomelannya dan bijaknya dirinya menjawab setiap soalan ibunya dan ada mengusiknya sangat berbakat sebagai pelakon.
Ha, gelagat beginilah yang akan jadi kenangan mak ayah sampai hari tua kelak.
Fazley tak mahu ulangi perasaan tunggu anak ‘meninggal dunia’. Hati ibu dan ayah mana yang tidak sedih apabila mengetahui anak yang dilahirkan mempunyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun sahaja.
Begitulah luahan penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob yang tidak mahu mengulangi lagi perasaan menanti anak yang menanti waktu ‘meninggal dunia’.
Fazley dan isterinya, Azrene Ahmad telah mendirikan perkahwinan selama 16 tahun.
Seperti mana yang dilaporkan, Fazley begitu sedih mengimbau kembali kisah sedih mengenai anak keduanya, Ahmad Fieradz Shah, 12, yang menghidap sindrom ‘squeaky baby’ semenjak dilahirkan.
Menurut bapa kepada empat cahaya mata ini dirinya pernah diberitahu oleh doktor yang anak kesayangannya itu mempunyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun sahaja.
“Anak kedua saya banyak ujian. Ketika isteri sedang hamil anak kedua, dia hampir keguguran sebanyak lima kali. Bayi tersangkut leher, jantung lemah, kecil sangat dan macam-macam perkara lagi.
“Bila dia dilahirkan sebulan setengah daripada masa yang sepatutnya, keadaan dia kurus dan tak cukup nutrisi. Bila pemeriksaan dijalankan, Fieradz ada lubang berdekatan dengan leher dan dia mempunyai sindrom squeaky baby.
“Apabila Fieradz bernafas, ada bunyi dan segala rongga badan dia kecut ke dalam. Doktor pernah cakap, umurnya mungkin sampai lima tahun, jika dia masih hidup sekali pun, kita kena masukkan tiub di tekak Fieradz.
“Alhamdulillah, kini dia sudah berusia 12 tahun dan kami dapat melalui segala rintangan bersama,” jelas Fazley seperti mana dilaporkan menerusi portal Gempak.
Bapa penyayang ini juga akui pengalaman begini ramai yang tidak tahu.
“Jika dia salah makan, muka semua bengkak dan tekak ketat, akan muntah macam pili air. Selaku ibu bapa, menanti masa untuk anak itu ‘pergi’ seperti yang dikatakan doktor adalah pengalaman yang orang tak pernah tahu. Sebab itu ramai yang terkejut.
“Saya sangat bersyukur, Fieradz boleh bermain bola, skateboard, kemana-mana saya dukung dia sebab takut dia terjatuh atau terlanggar.
“Hakikatnya, perasaan menunggu anak meninggal dunia adalah perasaan yang saya tak nak ulangi,” kongsinya.