Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Mingguan Wanita kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Harap Taubat Diterima, Pelakon Bollywood Sana Khan Umum Tinggalkan Dunia Hiburan

Harap Taubat Diterima, Pelakon Bollywood Sana Khan Umum Tinggalkan Dunia Hiburan

Sumber: Instagram Sana Khan

Pelakon Sana Khan mengumumkan untuk tinggalkan dunia hiburan dan berharap serta berdOa taubatnya diterima Allah setelah beliau sedar bahawa apa yang dia lakukan selama ini sesuatu yang sia-sia.

Ternyata tindakan Sana Khan ini bukanlah sesuatu yang mudah, dalam usia yang begitu muda dan sedang disanjung, dia mengambil keputusan nekad untuk tinggalkan segalanya.

Selepas 15 tahun bergelumang dalam dunia lakonan, aktres terkenal Bollywood, Sana Khan akhirnya menyedari kerja-kerja yang dilakukannya itu tidak menggembirakannya.

Harap Taubat Diterima

Bahkan, sejak beberapa hari lalu pelakon jelita berusia 32 tahun itu tertanya-tanya apakah makna sebenar kehidupan seorang manusia semata-mata mengejar kekayaan dan kemasyhuran?

IKLAN

Bertitik-tolak pada kesedaran serta petunjuk yang diperoleh, Sana mengumumkan hasratnya meletakkan noktah pada kerjaya seni dan beralih untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.

IKLAN

Sana Khan Tinggalkan Dunia Hiburan

“Hari ini saya membuat keputusan yang penting dalam hidup. Saya sudah melalui kehidupan dalam bidang seni bertahun-tahun lamanya dan sepanjang perjalanan itu, saya amat bersyukur kerana dikurniakan kemasyhuran, penghormatan dan kekayaan.

“Namun, sejak beberapa hari lalu, saya memikirkan apakah maksud sebenar dalam kehidupan manusia hanya semata-mata mengejar kekayaan dan kemasyhuran?
“Tidakkah menjadi tanggungjawab setiap seorang daripada kita menghulur bantuan kepada yang memerlukan?
“Bukankah seseorang itu harus berfikir dia boleh sahaja diambil nyawanya pada bila-bila masa? Dan apakah yang akan terjadi selepas kita tiada (meninggal dunia)?” tulis Sana dalam akaun media sosialnya beberapa hari lalu.
Harap Taubat Diterima, Pelakon Bollywood Sana Khan Umum Tinggalkan Dunia Hiburan
Sumber: Instagram Sana Khan

Tinggalkan Demi Redha Allah

Membicarakan soal kehidupannya sebagai seorang pelakon, Sana berkata, dia sering melakukan pemerhatian dan mencari jawapan apakah yang akan terjadi padanya selepas dia dijemput Ilahi.
“Untuk sekian lama, saya mencari jawapan pada dua soalan terutamanya pada soalan apa yang akan terjadi pada saya selepas kematian saya?
“Apabila mencari jawapan itu dalam agama saya, saya menyedari bahawa kehidupan di dunia adalah persiapan untuk kehidupan yang lebih baik selepas kematian,” tulisnya dalam hantaran yang mendapat perhatian peminat-peminat setianya.
Sana turut berkongsi pandangan bahawa matlamat sebenarnya seseorang manusia itu bukanlah semata-mata kerana kekayaan dan kemasyhuran.
Sebaliknya, harus menjauhkan diri daripada terjebak dalam kehidupan yang melalaikan dan mengundang dosa, berbakti kepada sesama manusia serta melakukan apa yang disuruh oleh-Nya.
Sehubungan itu, Sana mengumumkan dia akan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya dan melakukan apa yang dituntut oleh Allah.
Harap Taubat Diterima, Pelakon Bollywood Sana Khan Umum Tinggalkan Dunia Hiburan
Sumber: Instagram Sana Khan

Baca Juga Di sini: 

IKLAN

Pintu TAUBAT Sentiasa Terbuka, TAK Bermakna Boleh LAKUKAN Kesilapan Sama Berulang

Solat Taubat Kena Buat Selalu Sampai Hati Rasa Lapang

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Dalam masa sama, Sana meminta peminat-peminatnya agar sama-sama mendoakan dia dapat melakukan taubat dan usahanya itu diterima oleh Allah.
“Saya minta semua peminat berdoa semoga Allah menerima taubat saya dan memberi saya panduan untuk mampu meneruskan kehidupan mengikut apa yang disuruh oleh Pencipta,” katanya lagi.
Sepanjang bergelar pelakon, Sana pernah membintangi 14 buah filem dalam lima bahasa iaitu Hindi, Malayalam, Tamil, Kannada dan Telugu.
Dia juga pernah muncul dalam 50 iklan komersial selain aktif sebagai penari. Pada 2019, aktres terkenal Zaira Waseem juga mengumumkan pengundurannya dari industri perfileman kerana ingin kembali kepada ajaran agama.
MW: Jangan dikesalkan permulaan seseorang, sebaliknya hargailah pengkahiran seseorang. Dalam usia yang muda, Sana Khan telah mengambil tindakan drastic meninggalkan kemasyhuran semata-mata untuk mendapat redha Ilahi. Semoga kisahnya menjadi inspirasi buat wanita di luar sana. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI