Sekitar Februari lalu, pelakon dan mantan pengacara Mingguan Wanita Talkshow, Siti Elizad membuat keputusan mahu fokus dengan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat.

Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, Elizad begitu mengharapkan kehadiran cahaya mata. Bukan sekali dua doanya dititip agar Allah membukakan pintu rezeki zuriat untuknya dan suami.

Perjalanan IVF ini juga sesekali dikongsi dengan followernya di instagram.

Dah Masuk Fasa Suntikan Untuk IVF

Terbaru, Elizad kongsikan yang dia sudah pun memasuki fasa suntikan untuk IVF. Bukan doktor yang cucuk, tapi suami sendiri yang perlu buat di rumah.

Bismillahhirrahmanirrahim.. My very 1st day injection for IVF. Hari ni check darah. Sambil tu Doctor & nurse ajar husband cara nak inject dekat bahagian perut.

Jadi, hari ni hari pertama kami. Dah mula proses cucuk-cucuk sendiri dekat rumah sendiri, doakan kami ya. Inshaallah jumpa Doctor lagi 2 weeks time. Thank You Doctor Azlin @sophea_fertility.”

IKLAN

Baca sini : ‘Doakan saya dapat zuriat’ Mohon Siti Elizad jalani prosedur IVF esok.

Susahnya Nak Dapatkan Awak Ni Anak – Siti Elizad

Akui Elizad, tak mudah untuknya mendapatkan cahaya mata sulungnya itu. Dalam masa yang sama berkongsi video dan gambar perjalanan IVF nya yang tak mudah itu di instagramnya.

Susahnya nak dapat awak ni ANAK“ Harap-harap awak tengoklah lah video & gambar-gambar macam mana strugglenya nak dapatkan awak. Ya Allah perkenankan lah doa ku yang satu ni, juga buat mereka yang TTC (cuba hamil) seperti saya.”

Demi mendapatkan zuriat ini juga, Elizad membuat keputusan berhenti dari mengacara rancangan bual bicara program Mingguan Wanita Talkshow.

IKLAN

Bagaimanapun, Elizad tidak dapat berkongsi kos rawatan yang sedang dijalankan ketika ini. Memandangkan setiap individu permasalahannya berbeza.

Yang tanya tentang harga, I takde jawapan. Sebab masalah kita semua lain-lain ya. Cuma apa I boleh rekemen harga berpatutan & Doctor, nurse semua sangat friendly. Boleh call & DM @sophea_fertility terus mereka ya..”

Penyampai radio Sinar FM ini juga mendoakan agar wanita yang sedang usaha untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan urusan mereka.

IKLAN

Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkahwin dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Hantaran Doa Untuk Elizad

 

MW : Mendoakan agar usaha Elizad dan suami dipermudahkanNya dan diperkenankan rezeki cahaya mata untuk suami isteri ini.

Sumber/Foto : Elizad Sharifuddin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI