Wanita Kena Pakai Emas Kalau Nak Aura Awet Muda

Ada cara mudah nak kekal awet muda, tak perlu diet atau ke spa. Anda hanya perlu pakai emas. Sebab tu nenek moyang kita memang jadikan emas perhiasan utama wanita kerana emas mempunyai aura yang membuatkan wajah kita tampak muda.

Satu lagi emas ni sebenarnya simpanan ‘diam’ wanita. Kalau sesak atau kecemasan, boleh digadai untuk dapatkan wang tunai. Menyimpan emas lagi untung daripada menyimpan wang kerana nilai emas stabil di pasaran dunia.

 

Wanita Kena Pakai Emas Kalau Nak Aura Awet Muda

Kelebihan Emas

1. Membuatkan tubuh bertenaga dan berasa hangat.

2. Dikatakan mampu meningkatkan kesihatan.

3. Melancarkan perjalanan darah dan oksigen.

IKLAN

4. Baik untuk kesihatan mental dan memperbaiki mood.

5. Membuatkan wanita relaks dan meredakan tekanan.

 

Wanita Kena Pakai Emas Kalau Nak Aura Awet Muda

6 Tip Beli Barang Kemas

Tak rugi ikut panduan beli barang kemas yang dikongsikan sendiri oleh pemilik kedai emas. Nanti mak-mak akan rasa lebih berbaloi dengan pembelian.

IKLAN

1. Survey Harga

Setiap kedai emas mempunyai harga yang berbeza. Jadi jangan terus beli, survey dulu. Jangan lupa minta diskaun pada tauke kedai emas.

2. Beli Masa Promosi

Kedai emas popular seperti Poh Kong menawarkan harga promosi terutama sempena perayaan. Ambil peluang ini untuk membeli emas dengan harga istimewa.

3. Kos Upah

Setiap design barang kemas mempunyai kos upah. Kos ini berbeza mengikut design, jadi sebelum beli tawar menawar kos upah supaya dapat harga berpatutan.

4. Pilih Perhiasan Emas Gred 916 (22 Karat)

Jangan beli barangan emas di bawah gred 916 misalnya 750 kerana kandungan emasnya kurang. Apabila digadaikan untuk dapatkan wang tunai, nilainya rendah.

IKLAN

5. Pilih Barang Kemas Padu

Beli barang kemas yang padu sebab ianya tahan lasak dan sesuai untuk pakai hari-hari. Kalau terlalu nipis boleh cepat putus atau pun kemik.

6. Jangan Beli Barang Kemas Yang Ada Hiasan Batu Permata

Barang kemas yang ada batu permata jika dijual semula, batu permata itu tidak dikira sekali dengan berat emas.

Samada kedai emas akan pulangkan semula dan beli dengan harga tertentu.

Ia juga agak sukar dinilai oleh mesin densimeter yang digunakan di Ar Rahnu atau pajak gadai Islam untuk proses gadaian jadi tak dapat timbang dengan tepat

Mesti tanya berapa susut nilai barang kemas yang dibeli. Susut nilai ni maksudnya berapa harga yang kedai emas beli balik jika kita nak jual semula barang kemas kita.

Susut nilai setiap kedai emas berbeza-beza ikut budi bicara tauke kedai, ada yang hingga 25%, lebih kecil susut nilai lebih bagus.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI