Suami Tak Seperti BAYANGAN, Walau Tanpa Gelang Emas Itulah Jodoh Terbaik Aturan Tuhan

Ada ketika terdetik di dalam hati, “Ya Allah kenapalah suami saya ini tak macam suami si polan-si polan. Isteri lahirkan anak, dihadiahkannya gelang emas. Kalau lima orang, lima kali dapat gelang emas.

Tapi kenapa suami saya tidak begitu?” Walaupun suami boleh usahakan seumpama itu, tapi dia tak beri. Ah! Mulalah rasa sayu, patah hati bila suami tak memenuhi ‘ekspektasi’ (jangkaan) yang kita harapkan.

Dan semua itu selalunya bermula, apabila kita mula menerjah blog-blog, laman web atau status kawan-kawan yang berbahagia hidupnya.

Sedangkan hakikat sebenar ujian setiap orang itu tuhan beri tidak sama. Begitu juga jodoh mahupun rezeki berbeza. Tuhan beri ikut kemampuan dan keperluan hambaNya. Cukup-cukup.. tidak terkurang sedetik pun.

Sebab apa tau, mak-mak kena hargai apa suami buat hatta dia cuma memberikan sekuntum bunga plastik sebagai tanda dia mahu beromantis dengan anda. Haa.. cuba baca moga mak-mak akan lebih menghargai suami sendiri.

Kerana apabila dia sudah menjadi milik orang lain. Memang tangisan bulan madu yang mak-mak akan dendangkan nanti.

Walau Tanpa Gelang Emas, Ini Yang Isteri Kena Hargai Jodoh Yang Tuhan Beri

Pertama : Suami Bukan Jenis Naik Tangan

Isteri bayang setiap kali mahu keluar bekerja, suami akan dakap dalam seminit dua. Berikan kucupan kiri dan kanan sebelum keluar bekerja.

Tapi apa suami buat, sebaik saja bersarapan suami terus melangkah keluar.

Paling mesra pun cuma bersalaman atau cium tangan isteri.

Jangan sentap dengan tindakan suami, asalkan suami bukan kaki pukul, bukan mudah baran apatah lagi naik tangan, isteri bersyukurlah dalam-dalam.

Perlahan-lahanlah dekati dan minta suami agar memanjakan diri kita. Kitakan isteri.. jadi mintalah dengan cara yang paling halus dan lembut. Jangan paksa suami, sebab orang lelaki paling pantang bila dipaksa. Egonya tercabar. Berlembut dan perlahan-lahanlah meminta ya mak-mak.

Bukan minta gelang emas pun.. minta peluk seminit dua je.

Kedua : Asal Jejak Kaki Ke Dalam Rumah Suami Buat Rutin Wajib

Apa rutin wajib itu? Bukan tidur atau tonton TV tau mak-mak. Tapi terus bantu kerja rumah isteri. Ada suami yang suka bantu isteri basuh baju, kadang isteri dalam bilik air pun dimintanya baju yang isteri pakai buat pergi kerja itu. Sebab dia mahu basuh.

Tak kurang juga suami yang suka menyapu dan mengemop lantai. Kalau nampak rambut kita bertabur masa dia sapu tu, bebelnya panjang berjela.

Jangan ajak lawan gaduh pula. Biarkan saja, nanti bila dia dah selesai menyapu mintalah dia belikan tonik rambut bagi rambut tak gugur.

Haa.. mudah kan? Kalau tak mudah, gunakan lagi kuasa pujukan dan berlembutlah. Sebab suami yang disayangi isteri, dibelai dan dimanjai itu akan lebih lembut hatinya.

Nanti, dia akan buat sendiri kerja rumah dengan rela hati.

Sebab apa tau mak-mak, sebab suami akan jadi jatuh kasihan lihat isterinya yang baik tapi terpaksa lalui cabaran hidup berumah tangga dengannya.

Sekali lagi, tiada juga gelang emas kan mak-mak. Tak perlu berkecik hati, sebab sikap ringan tulang suami itu nilainya dah macam bergantang-gantang emas dalam simpanan.

Ketiga : Gaji Suami Kita Sekadar Mencukupi

Biarpun gajinya tak besar malah kadangkala sesak di hujung bulan, janganlah kita perkecilkan suami sendiri. Kadangkala, bukan dia tidak kecukupan, cumanya komitmennya terlalu banyak.

Ada hal-hal yang dirasakan remeh baginya tapi besar pada kita, dan dia tidak sedar akan keinginan isterinya mak-mak.

Jika mahu bantu suami, kalau mak-mak bekerja. Janganlah lokek berkongsi rezeki. Tapi jangan hulur semua. Kita pun kena ada simpanan sendiri mak-mak. Tak boleh sangat terlalu bermurah hati. Berpada-padalah..

Suami yang baik dia pun sebenarnya segan nak guna duit isterinya. Sebab dalam hatinya akan rasa satu perasaan sayu sebab tak boleh nak beri bahagia dekat isteri.

Itu ditujukan khas untuk suami yang benar-benar cinta akan isterinya. Dan MW percaya, masih ramai lagi suami yang begitu.

Berdoalah selalu, semoga suatu hari nanti Allah akan bukakan pintu rezeki untuk suami.

 

Suami Tak Seperti BAYANGAN, Walau Tanpa Gelang Emas Itulah Jodoh Terbaik Aturan Tuhan

Allah Murahkan Rezeki Suami Yang Layan Isteri Dengan Baik

Lagi-lagi buat suami yang ada semua ciri-ciri baik di atas. Sebab suami pun kena tahu, jika dia bahagiakan isterinya, Allah akan murahkan rezekinya.

Allah buka pintu rezekinya seluas lautan jika isteri dan anak-anak rasa bahagia disamping dirinya.

Biarpun sukar hidup mereka, ketenangan hati itu pasti sentiasa ada jika saling kasih mengasihi, memahami dan percaya setiap ujian dari tuhan itu bukanlah satu kebetulan.

Jangan Lupa Komen