Nora Ariffin Tak Pernah Terfikir Jadi Imam Solat Tarawih Di Rumah

Apabila seseorang melihat ujian musibah Covid-19 sebagai hikmah, maka dia akan memperolehnya dengan hati yang lapang. Inilah yang dikongsikan penyanyi popular, Nora Ariffin atau nama sebenarnya, Norafizah Ariffin.

Akui Nora, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih diteruskan sehingga bulan Ramadan ini memberi hikmah buat dirinya dan keluarga. Terutama bab solat tarawih di rumah sendiri. Malah tidak pernah dibayangkan sebelum ini, yang dia akan menjadi imam solat tarawih di rumah untuk anak-anak perempuan dan maidnya.

Kongsinya, “Tak pernah terfikir untuk jadi imam solat tarawih untuk anak-anak dan maid di rumah. Sebelum ini memang kami selalu ke masjid.”

Jarang solat di rumah apatah lagi saya terpaksa jadi imam. Tapi dalam PKP, tak sampai hati membiarkan anak-anak abaikan tarawih begitu saja, walaupun ibadah sunat.”

IKLAN

Sambungnya, “Mama bukan ‘terror’ sangat pun. Tapi niat di hati nak cuba yang terbaik. Namun, dengan tunjuk ajar ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah. Cara-cara mudah untuk jadi imam solat tarawih di rumah.”

“Alhamdulillah, tak susah sangat pun. Kita ingat susah sebab nak perfect macam solat kat masjid. Slow-slow practice makes perfect. In Shaa Allah. Doakan saya istiqamah.” Kongsi Nora yang ditemani dua orang puterinya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah.

Nora Ariffin Tak Pernah Terfikir Jadi Imam Solat Tarawih Di Rumah

IKLAN

Hikmah PKP Untuk Anak-anak – Nora Ariffin

Waktu PKP ini anak-anak tidak bersekolah. Jadi, mudah untuk anak-anak Nora berpuasa dengan penuh pengisian dan kesabaran.

Masuk waktu terus ajak solat. Alhamdulillah.. moga terus istiqamah sampai bila-bila. Doa untuk papa dan abang Alif tak pernah putus. Moga mereka tenang di sana. In Shaa Allah.”

IKLAN

Disember tahun lalu, Nora diuji kehilangan anak keduanya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan, 20 yang meninggal secara mengejut di rumah. Manakala suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang merupakan seorang komposer meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.

MW : Sememangnya Ramadan di waktu PKP inilah waktu terbaik untuk meningkatkan amalan dan mendekatkan diri denganNya sepanjang melaksanakan ibadah berpuasa.

Sumber/Foto : Nora Ariffin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI