“Halalkan semuanya ibu, sebenarnya saya sudah mati,” kata akhir anak maut kemalangan jadi kenyataan. Kata-kata pelik diungkap oleh Safitri Mulyana beberapa ketika sebelum meninggal dunia menjadi kenyataan apabila arwah terlibat dalam kemalangan dengan lori dan meninggal dunia di lokasi kemalangan.
Dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 74.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Tanjung Pagar, pada jam 8.51 pagi, Safitri Mulyana Mohamad, 31, yang tinggal di Kampung Gong Pasir maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan patah peha kanan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dipandu Safitri dari arah Dungun ke Kuala Terengganu dipercayai terbabas ke laluan kanan sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.
Pertembungan kemalangan ini mengakibatkan arwah meninggal di lokasi kejadian. Dirinya keluar membeli makanan untuk ibunya yang mengidap sakit buah pinggang.Beginilah keadaan Vivanya yang remuk dalam nahas meragut nyawa ini
Dalam masa sama, sebuah Proton Saga yang berada di belakang cuba mengelak namun bergesel dengan kenderaan mangsa.
Jelas ibunya, Norshikin Mustaffa, dia sama sekali tidak menyangka kata-kata pelik yang diungkap anaknya menjadi kenyataan.
Memetik Harian Metro, Norshikin, 64, yang menghidap penyakit buah pinggang berkata, arwah anaknya itu seorang ibu tunggal. “Dia tinggal bersama saya dan menjaga saya dengan baik, dia akan ambil dan hantar saya setiap kali saya menjalani rawatan mencuci buah pinggang di Hospital Dungun.
“Semalam, dia bawa saya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZ) untuk bertemu dengan pakar mata dan ketika dalam perjalanan pulang dia memberitahu saya bahawa dirinya itu sebenarnya sudah meninggal dunia,” katanya.
Ads
Kata-kata peliknya mengatakan dirinya sudah meninggal dunia jadi kenyataan
Katanya, dia terkejut dengan ungkapan pelik yang keluar daripada mulut anaknya itu sambil meminta anaknya itu tidak bercakap lagi perkara itu.
“Beberapa minit selepas itu, dia bertanya semula jika dia meninggal, adakah saya akan menghalalkan segala makan minumnya serta air susu saya membesarkannya. Saya kata saya halalkan semuanya dan selepas itu saya minta supaya dia tidak lagi mengulangi kata-kata sebegitu,” katanya.
Norshikin berkata, dia sangat terkejut selepas menerima panggilan daripada anak bongsunya yang memaklumkan arwah maut dalam kemalangan.
“Ketika kejadian, arwah keluar untuk membeli nasi lauk daging yang saya pesan, saya tunggu kenapa dia tak pulang rupanya dia terbabit dalam kemalangan. Biasanya dia akan bawa saya untuk menemaninya dan hari ini dia minta saya tidak mengikutinya seolah-olah dia sudah mengetahuinya dia akan pergi meninggalkan saya,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Menurutnya, pemandu lori yang berusia 45 tahun dan pemandu Proton Saga yang juga wanita berusia 21 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mayat di bawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Perjalanan berhari raya berakhir tragedi, empat sekeluarga meninggal dunia. Hari raya yang sepatutnya hari bergembira menjadi berita duka buat dua keluarga apabila kenderaan dinaiki bertembung hingga mengakibatkan enam meninggal dunia.
Dalam kejadian petang semalam, dua buah kenderaan bertembung secara berhadapan di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor di Cheneh dan kebanyakan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Perjalanan Berhari Raya Berakhir Tragedi
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa maut adalah empat penumpang di dalam Proton Persona yang pertama iaitu Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 23; Nur Syafinaz Naura Saiful Azwan, 2; Tuan Yah Dollah, 61; dan Rosliza Mat Hussin, 38.
Memetik laporan Harian Metro, pertembungan terjadi apabila pemandu kenderaan Pesona, Shah Rezzal Zanzalani, gagal mengawal kenderaan dipandu sebelum merempuh kereta dari hadapan.
Dua buah kenderaan bertembung hingga mengakibatkan enam meninggal duniaPeralatan khas digunakan akibat kenderaan remuk bagi mengeluarkan mangsa tersepit.
Sekeluarga Meninggal Dunia
Dalam kejadian itu, menurut pihak polis, Shah Rezzal Zanzalani, 27, dan tiga penumpang lain iaitu Wan Muhamad Adam Wan Muhamad Khalil, 11; Wan Alya Farhana Wan Muhamad Khalil,15; dan Nur Syafana Nasha Saiful Azwan, 2, mengalami kecederaan.
“Manakala di dalam Proton Persona kedua pula, mangsa yang maut adalah Abd Halim Ismail, 71 dan Alisha Mardhiah Muhammad Ubaidillah Zikri, 2. Pemandu kereta Muhammad Ubaidillah Zikri Adnan, 26 dan dua penumpang lain Nurul Fatihah Azman, 28, dan Zaiton Mohamad, 57, mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, tengah malam tadi.
Hanyan berkata berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku kira-kira 5 petang semalam itu berpunca apabila kereta dipandu Shah Rezzal yang dalam perjalanan dari Bukit Besi, Dungun ke Cheneh dekat sini, hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Situasi itu menyebabkan kenderaan dipandu Muhammad Ubaidillah Zikri dari Perasing dekat sini menghala ke Batu Rakit, Kuala Nerus, tidak dapat mengelak kerana jarak yang dekat dan menyebabkan kedua-dua kereta bertembung secara berhadapan, katanya.
“Empat mangsa maut di lokasi kejadian, manakala dua mangsa iaitu Alisha Mardhiah dan Rosliza meninggal dunia di Hospital Kemaman.
“Mayat semua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman, manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nabila Razali mohon maaf. Terbaru menerusi hantaran yang diberikan oleh wakil penyanyi dan pelakon Nabila Razali membuat permohonan maaf menerusi kenyataan media berhubung isu memandu kereta dengan Lesen Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.
Nabila Razali Mohon Maaf
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, Januari lalu.
Susulan itu, Nabila, 31, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul Rahman, 58, didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, hari ini.
Nabila Enggan Panjangkan Isu
Sehubungan itu, Nabila yang juga penyanyi lagu Tangis enggan memanjangkan isu itu dan memohon orang ramai tidak mensensasikan perkara itu.
“Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.
“Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).
“Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia.
“Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lisdawati bangga suami genggam diploma pada usia 51 tahun, “jadi contoh pada anak-anak.” Ternyata kesibukan kerja bukan penghalang buat pelakon Fauzi Nawawi menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Meatech Creative Academy.
Lisdawati Bangga Suami Genggam Diploma Pada Usia 51 Tahun
Memetik laporan mStar, Fauzi yang kini meniti usia 51 tahun itu meluah rasa syukur. Dalam masa sama juga, dia berasa sangat terharu kerana isterinya, Lisdawati sentiasa memberi semangat. Kejayaan itu juga secara tidak langsung dapat memberi contoh terbaik buat anak-anaknya atas kejayaan tersebut.
Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.
“Jadi Contoh Pada Anak-anak”
“Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.
Ujar bapa kepada lapan cahaya mata itu, dia berharap keputusannya menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir pihak berkaitan selebriti tidak mementingkan akademik.
“Ramai artis berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga mahu merasa seperti itu. Walaupun sibuk berlakon, pelajaran tak pernah tinggal.
“Mungkin ramai anggap orang yang tidak berjaya dalam pelajaran lebih memilih menjadi artis. Saya mahu perbetulkan tanggapan sebegitu dan menjadi bukti golongan artis juga berpelajaran,” ujarnya.
Fauzi juga mengakui perjalanan untuk menghabiskan dua tahun pengajian bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ada cabaran yang perlu dihadapi.
“Biasalah bila usia semakin meningkat, rasa malas nak belajar itu memang ada. Itu perlu saya lawan selama tempoh pengajian ini.
“Dalam masa sama saya juga sibuk dengan penggambaran dan jadual kerja lain. Perlu susun masa dengan betul supaya dapat seimbangkan semua perkara,” jelasnya.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.