Lisdawati bangga suami genggam diploma pada usia 51 tahun, “jadi contoh pada anak-anak.” Ternyata kesibukan kerja bukan penghalang buat pelakon Fauzi Nawawi menyambung pengajian ke peringkat diploma dalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem di Meatech Creative Academy.
Lisdawati Bangga Suami Genggam Diploma Pada Usia 51 Tahun
Memetik laporan mStar, Fauzi yang kini meniti usia 51 tahun itu meluah rasa syukur. Dalam masa sama juga, dia berasa sangat terharu kerana isterinya, Lisdawati sentiasa memberi semangat. Kejayaan itu juga secara tidak langsung dapat memberi contoh terbaik buat anak-anaknya atas kejayaan tersebut.
Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk bagi contoh yang baik buat mereka semua.
“Jadi Contoh Pada Anak-anak”
“Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini. Jadi saya harap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.
Ujar bapa kepada lapan cahaya mata itu, dia berharap keputusannya menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir pihak berkaitan selebriti tidak mementingkan akademik.
Ads
“Ramai artis berjaya dalam pelajaran mereka. Saya juga mahu merasa seperti itu. Walaupun sibuk berlakon, pelajaran tak pernah tinggal.
“Mungkin ramai anggap orang yang tidak berjaya dalam pelajaran lebih memilih menjadi artis. Saya mahu perbetulkan tanggapan sebegitu dan menjadi bukti golongan artis juga berpelajaran,” ujarnya.
Fauzi juga mengakui perjalanan untuk menghabiskan dua tahun pengajian bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ada cabaran yang perlu dihadapi.
“Biasalah bila usia semakin meningkat, rasa malas nak belajar itu memang ada. Itu perlu saya lawan selama tempoh pengajian ini.
Ads
“Dalam masa sama saya juga sibuk dengan penggambaran dan jadual kerja lain. Perlu susun masa dengan betul supaya dapat seimbangkan semua perkara,” jelasnya.
“Rasa dunia ini milik akak…inilah respon gembira usahawan pandan yang terpilih menerima Anugerah Ibu Inspirasi Mingguan Wanita X Nona di Malam Gala baru ini.
Kisahnya membesarkan 8 anak dengan air mata hingga hampir meracun mereka kerana tidak tahan dengan ujian tetapi akhirnya bangkit memerah keringat demi memberi pendidikan buat anak-anak.
Kisah usahawan pandan berjaya ini cukup memberikan inspirasi dan dirinya menitip pesanan buat ibu-ibu yang membesarkan anak sendirian.
“Pandanglah diri akak. Jadilah ia satu perkongsian kehidupan,” katanya yang tidak pernah menyangka menerima anugerah dari Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dalam hidupnya.
Malam gala Ibu Inspirasi dibawakan oleh @alkauthareduqids_hq, diserikan oleh @sabihahgoldhq
Pelakon wanita yang juga seorang pencinta kucing, Rita Rudaini sebelum ini pernah kehilangan kucing kesayangan. Malah dia sanggup mencari kucing tersebut walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
Camilla kucing kesayang Rita dan anak-anak.
Malah dia yang sanggup berhabis wang demi keselamatan kucing-kucing kesayangannya sekali lagi berhadapan dengan masalah kehilangan kucing.
“Alhamdulillah, Syukur Ya Allah”
Rita menerusi perkongsian di akaun Instagramnya semalam, bersyukur apabila haiwan peliharaannya yang bernama Camilla dijumpai dengan selamat. Malah Camilla yang sudah dianggap seperti ‘anak’ dijumpai di dalam semak di kawasan perumahan pelakon itu dalam keadaan mengigil ketakutan.
“Alhamdulillahhhh…syukur YA ALLAH…dgn doa semua,terima kasih ..guard jumpa kt dlm semak kt row depan tgh gigil takut…terima kasih tuhan sbb temukan balik ank sy dgn sy …” luah Rita.
“Mommy Sedih Sangat”
Beberapa jam sebelum itu Rita telah memuat naik entri di Instagram tentang kehilangan Camilla. Ketika itu, ibu kepada dua cahaya mat aini begitu risau dan sedih apabila Camilla tiba-tiba hilang.
“Dah maghrib..Camilla xjumpa2 lg …mommy susah hati…kul 10lebih mcm tu pg td sedar dia dah hilang…dia selalu suka lompat balcony nk tgk luar..klau lompat dia akan lari nk masuk balik atau klau ada bunyi atau stranger dia nyorok kt semak tepi umah…bila mommy sedar kurang sekor,mommy dah agak mesti dia lompat ni..n jenguk luar nk buka pintu slalu dia tggu kita bukak sbb nk masuk balik…tp xde..mommy pggil xdtg2..mommy g tgk kt semak pokok2 tempat biasa dia sorok,pon xde…cari sampai tghari…ptg cari lg smpai nk masuk maghrib..xde ….mommy susah hati …mommy sedih sgt2 xtau nk ckp…
“YA ALLAH selamatkan dia..pulangkan Camilla pd kami semua mesti xmkn…dia mmg sejenis housecat yg penakut dgn bunyi dan org xkenal…xpernah kluar umah n pijak tanah…mcm mana la dia nk tido mlm ni..selalu dia tido dgn kami ….” kongsinya.
Syukur alhamdulillah kucing kesayangan Rita dan anak-anak akhirnya ditemui.
Anak Rita juga begitu manja dengan Camilla.
Kucing adalah haiwan peliharaan paling popular di kalangan pencinta haiwan. Tidak hairanlah, ia sentiasa mendapat tempat di hati manusia yang tebal sifat kasih-sayangnya.
Kebanyakan orang, tidak kira wanita atau lelaki memilih kucing sebagai binatang peliharaan di rumah kerana sifatnya yang manja, mudah dijaga dan sangat memahami jiwa tuannya.
Malah sifatnya yang manja dan penuh kasih-sayang membentuk diri tuannya untuk sentiasa berasa belas ikhsan dan menyantuninya dengan adab yang baik.
Paling terkesan tentulah adik bongsunya, Qaseh Khadijah yang baru berumur 6 tahun. Sungguh anak kecil ini begitu merindui ibunya.
Tulisnya, “Mami kenapa tinggal adik.. mi.. adik nak duduk ngan mami.. adik rindu mami.. nanti kita jumpa di syurga ya mami.”
Malah kongsi abangnya, adik bongsunya itu semakin banyak bertanyakan soalan kepadanya. Dan pertanyaan adiknya itu tetap mengundang sebak di hati.
Adik Bongsu Tanya Kenapa Mami Masuk Syurga Awal
Kata adiknya, “Abang kenapa mami masuk syurga awal. Kenapa dia tak masuk sekali ngan kita.” Bila adik dah tanya macam itu, abang pun terangkanlah dari A sampai Z.
Adiknya juga bertanyakan hal ini, “abang siapa yang nak ganti mami.” Yang mana pertanyaan adik itu buat abangnya jadi petak atau stuck sekejap nak jawab.
“Tapi saya cakap abang ada.. kakak ada.. semua ada. Lepas saya jawab, dia pun cakap. ‘I am bongsi abang, adik lah ganti mami. Sebab adik pun garang (sambil dia cubit saya)”
“Ya Allah, abang akan cerita ataupun selalu mengingatkan adik tentnag kemuliaan Mami kita. Kita kena ikut itu ialah pedoman dan ikhtibar.”
Hadiah Duit Raya Untuk Staf DNARS
Sememangnya keluarga ini mewarisi kemuliaan dan kebaikan hati arwah ibu mereka. Hari ini, DNARS meraikan kakitangan syarikatnya dengan memberikan hadiah duit raya kepada mereka.
Tulis Iqbar lagi, “Alhamdulillah selesai penyerahan duit raya kepada staf-staf DNARS. Semoga Allah SWT merahmati keluarga DNARS.”
MW : Al-Fatihah.. semoga roh allahyarham Faizni Rohban Ahmad ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Penyakit jantung ternyata ‘pembunuh’ paling senyap yang tidak dijangka bila boleh berlaku serangannya. Terbaru, Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Menurut portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.
“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,”kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.
Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.
Suami Bunga Citra Lestari
Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979. Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.
Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.
Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
Sementara itu di Instagram pelakon ini, ramai rakan artis Malaysia dan Indonesia yang turut berduka dan mengucapkan salam takziah. Antaranya seperti Neelofa, Nora Danish, Luna Maya, Aeril Zafrel, Laudya Cynthia Bella, Yasmin Hani, Hunny Madu, Baim Wong dan sebagainya.
MW: Mingguan Wanita mendoakan semoga roh allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga, semoga tabah dengan dugaan ini.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...