Tahniah diucapkan buat aktor Fauzi Nawawi yang selamat menerima menantu apabila anak sulungnya, Nurul Hainil Fatihah, 25, melangsungkan perkahwinan, semalam.
Isteri Fauzi yang juga Lisdawati berkongsi foto-foto menarik menerusi akaun Instagram Lisdawati sekitar majlis berkenaan yang menurut pelakon itu berlangsung dalam suasana yang serba sederhana di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, Selangor.
Bergambar kenangan bersama pengantin.
Meraikan Cinta Anak Pertama
Seperti yang ditulis:
“Meraikan cinta anak pertama kami yang serba sederhana. Akan kami update lagi gambar-gambar sekitar majlis perkahwian ini.
Ads
“Maaf atas segala kekurangan daripada kami sekeluarga. Maaf juga tidak dapat menjemput semua kenalan.
“Hanya meraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat,” kongsinya.
Sementara menerusi perkongsian hidup bersama Lisdawati, Fauzi juga dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.
Pengacara cantik yang begitu ramah, Dayah Bakar telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki petang semalam.
Dayah atau nama lengkapnya Nurhidayah Abu Bakar, 31, bersalin menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, dengan ditemani ibu dan keluarga.
Difahamkan suami Dayah, Muhammad Hanif Hamidi yang juga merupakan seorang pegawai tentera tidak dapat berada di sisi menyambut kelahiran tersebut kerana bertugas di Australia.
Berkongsi kisah gembira tersebut di akaun Instagram miliknya, Dayah menulis;
“Alhamdulillah.. saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 2.23 petang tadi tadi.
“Both mommy and baby doing fine, Alhamdulillah,”beritahu Dayah.
Titipkan Doa
Pengacara rancangan Borak Kopitiam itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang menitipkan doa buat dirinya dan bayi yang baru sahaja dilahirkan.
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami. Sehingga saat ini, saya masih tak percaya that little baby is already out.
“Macam mimpi. Indescribable feeling masha-ALLAH. Syukur Alhamdulillah,” luahnya penuh syukur.
Untuk rekod Dayah dan Muhammad Hanif mendirikan rumah tangga pada Jun 2018.
Anugerah Terindah
Sehari sebelum melahirkan, Dayah juga berkongsi luahannya yang terpaksa berjauhan dengan suami tercinta yang juga seorang perajurit.
“Perjuangan ini bukan milikku sahaja,
bukan juga milik kamu,
tapi milik kita bertiga ….
Dalam kejauhan dan perjalanan panjang yang tidak terduga, dari awal kehamilan hingga sudah hampir sampai ke penghujungnya, disini kita. Masih tidak dapat menatap mata, tak berpeluang merasa hebatnya pergerakan si kecil dengan sentuhan seperti yang diimpikan, tetapi percayalah, pasti besar rahsia hikmah dan ganjaran yang Allah sediakan 🤲🏻
Sehingga waktu kita bertemu kembali dengan anugerah terindah, in sha Allah🤍
Untuk yang membaca, mohon kalian mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk saya dan little bb. Semoga Allah membalas kebaikan kalian yang tak putus mendoakan . Terima kasih 🙏🏻🤍
P/s : This photo was taken separately malaysia 🇲🇾 🇦🇺 Thank you to @zaidiel_afiqie for making it happen for us 📸”
Rupanya yang tampan dan dianggap doktor paling kacak di Malaysia, Muhammad Shazril Shaharuddin atau lebih ramah dipanggil Dr. Say mempunyai pengikut dan peminatnya yang tersendiri.
Dr Say pernah aktif menjadi model editorial, peragaan mahupun komersial. Kemudia beliau terkenal dan mulai viral di laman-laman sosial.
Terbaru menerusi entri di Instagram, Dr Say berkongsi tentang perkembangan terkini dirinya yang kini sudah bergelar pelakon.
Paling menarik Dr Say menjelaskan pada awal ingin menceburi bidang lakonan banyak perkara yang bermain di fikiran.
Selain kerisauan keluarga dan isteri, Dr Say juga cukup bimbang dengan tanggapan orang lain tentang dirinya. Namun apabila sudah berada dalam bidang tersebut, Dr Say bersyukur kerana pelakon yang bekerjasama dengan dirinya, memberikan nasihat yang positif.
Luah Dr Say;
“Topik : Pengalaman Berlakon Drama
“Sememangnya TERBAIK! Yg membezakan drama dengan iklan is drama suuuper chill. Nak olah script ikut keselesaan sendiri boleh janji point tu ada sebab tu kalau korang perasan tadi sy gelar “I YOU” sebab sy biasa guna I & You dengan wanita. Kalau iklan kena ikut 100% scriptnya. Pastu sy ingat artis2 ni jenis tak sembang dengan orang macam sy. Sy anak ikan ja peeps, @fahrinahmad_fa @nabila.razali @mona.allen ni sume bapak & mak ikan tapi depa layan sy seadanya.
Fahrin Nasihat Kena Pelbagaikan Bakat
“Fahrin siap btau sy yg in life kena pelbagaikan bakat yg kita ada untuk kekal “laku” macam dia boleh berlakon, hosting & ada bisnes sendiri. Bella pulak btau sy yg in life kita kena grab opportunity yg datang sebab opportunity comes once in a lifetime & tengoklah di mana dia berada sekarang.
Isteri Risau
“Sambung cerita semalam, salah satu sebab sy tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah sy memikirkan impression others terhadap sy.
“Yelah “Belajar tinggi2 tuptap end up berlakon. Apo cito?” At least itu ape yg parents sy bisingkan bila sy cerita hasrat sy nak berlakon. Tapi bila fikir balik “why not?” & “what’s wrong with doktor berlakon?”.
“Apa pendapat korang? Korang rasa doktor tak patut atau tak sesuai ke menceburi bidang lain? Ape2 pun it was a good 1st experience for me.
“Bersyukur sesangat ditemukan dengan production house yg sporting & well organized yakni Orange Tree. Tak dilupakan juga barisan pelakon veteran yg banyak berkongsi tips dengan sy.” luah Dr Say menerusi Instagram say_shazril.
Drama lakonan Dr Say yang berjudul, Kebaya Kasut Kanvas disiarkan di TV3 setiap hari Rabu dan Khamis jam 6 petang. Menerusi drama ini Dr Say turut beraksi disamping pelakon popular tanahair seperti Fahrin Ahmad dan Nabila Razali.
Isteri Takut Saya Alpa – Dr Say
Selain entri tersebut, Dr Say juga ada berkongsi tentang dirinya yang sebelum ini pernah menerima beberapa jemputan lakonan namun terpaksa ditolak.
“Topik : 1st Time Berlakon Drama
“Sebelum sebelum ni sy ada terima jemputan untuk berlakon tapi bini sy takut sy alpa & lupa dia maka sy turuti cakap dia. Tapi sekarang lepas ada Ace, dia macam kurang risau kehilangan sy maka saksikan kemunculan terunggul sy di #kebayakasutkanvas sebagai Doktor Zuki ni pukul 6 petang kat TV3!
“Apa perasaan sy berlakon drama berganding dengan artis2 hebat seperti @nabila.razali @fahrinahmad_fa? Ahaa nanti sy buat post special bercerpen pengalaman sy naaa. Sy keluaq esok tapi tengok la oppa Msia @seanlje beraksi dulu arini k?” kongsinya.
Bagi anda yang mahu menyaksikan penampilan sulung Dr Say yang kacak ini bolehlah menonton drama ini ya.
Bukan semua suami mudah diajak bergambar berdua. Ada tu sampai isteri merajuk barulah nak relakan hati selfie sama-sama. Tapi, kalau orang lain minta bergambar laju pula langkahnya.
Sebenarnya, penuhi hajat isteri selfie berdua pun boleh gembirakan hati isteri. Dia punya seronok macam dapat hadiah emas.
Nak dapatkan kualiti gambar yang cantik pun kenalah ada kamera telefon yang boleh menyokong dan memudahkan suami isteri ambil gambar berdua. Tak adalah nanti bila suami dah penuhi hajat, hasil gambar pula tak seperti yang diharapkan.
Telefon pintar Mi Note Lite ini paling sesuai sekali. Kerana kamera utama telefon pintar ini disokong oleh 64MP Kamera AI Quad dengan SONY IMX686 yang membolehkan warna-warna menarik dirakam dengan setiap butiran yang jelas
Kombinasi lensa lebar, ultra lebar, makro dan kedalaman juga menghasilkan gambar yang memuaskan hati. Malah, anda juga juga boleh mendapatkan gambar berdefinisi tinggi HDR yang baik.
Bergambar di malam hari pun, tetap dapat menghasilkan mood malam yang jelas dan cahaya yang tak berselerak. Malah, anda juga boleh mendapatkan gambar bokeh yang memuaskan hati ketika selfie berdua dengan suami.
Peranti versi Lite ini juga boleh menghasilkan video berkualiti tinggi kerana kamera 64MP menyokong sehingga 4K semasa anda membuat rakaman video. Video gerak perlahan pula disokong dengan 960fps. Hanya dengan satu sentuhan saja mode Vlog dapat anda hidupkan.
Peranti Mi Note 10 Lite keluaran Xiaomi Malaysia ini menggunakan paparan skrin melengkung di sisi MOLED 6.47 inci 3D. Lengkungan 3D pada panel belakang memberi pengalaman berbeza ketika memegangnya.
Warna-warna menggoda iaitu Nebula Purple, Glacier White dan Midnight Black didatangkan untuk peranti ini. Menonjolkan personaliti tersendiri kepada setiap pemiliknya. Anda pilih saja warna-warna pilihan hati yang digemari.
Dengan sokongan bateri 5260mAh dan kepantasan pengecasan 30W menjadikan telefon pintar Mi Note 10 Lite boleh bertahan lebih dari dua hari. Malah, anda cuma memerlukan 46 minit untuk mendapat pengecasan penuh dari 0 hingga 100 peratus.
Bermakna jika anda perlu keluar jalan-jalan dengan suami, tak perlu risau dengan masalah pengecasan telefon. Sehingga pulang semula ke rumah pun, telefon masih bertahan baterinya.
Peranti ini juga hadir dengan cipset Snapdragon 730 dan processor 8nm. Ditambah dengan RAM 8GB dan 128GB ROM, bermakna penstoran yang lebih besar untuk anda menyimpan apa saja gambar, fail malah video.
Setelah memahami hebatnya peranti Mi Note 10 Lite ini bagaimana cara untuk mendapatkannya? Sebelum itu, kenalah tahu harganya yang tentunya berbaloi untuk dimiliki. Cuma RM1599 dengan RAM 8GB dan 128GB.
Telefon pintar ini boleh didapati di Lazada dan semua kedai Mi yang sah yang ada di pasaran.
Niat awalnya nak ke sekolah, tetapi tiba-tiba motor yang dibonceng bertembung kereta guru di Kilometer 51.4 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Machang hari ini